"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Wednesday 28 May 2014

SUSU IBU VS SUSU FORMULA

Rata-rata ibu yang menyusukan anak berhasrat untuk menyusukan anak mereka sepanjang 2 tahun..Tapi ada sesetengah ibu yang menyusu menghadapi masalah,contohnya seperti kekurangan susu..Pelbagai alternative dah dicuba namun susu tetap kurang..Mulalah terbayang susu formula..Pada masa ini mesti rasa serba salah dan was-was nak bagi atau tak..Jom kita ikuti kebaikan susu badan berbanding susu formula.
 

 
Nak tahu tak yang susu  ibu itu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi dan ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, dan tiada pencemaran.

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
 
 
Apa pula pentingnya kolostrum ini pada bayi?

 
Sebenarnya kolostrum ini boleh membantu bayi untuk mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
 
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
 
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari dan sekaligus susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
 
Kelebihan Susu Ibu

Banyak lagi faedah yang boleh diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Antaranya ialah...
 
1)      Susu ibu meningkatkan perkembangan otak dan saraf bayi dan kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
2)      Menyusukan anak dapat membantu ibu untuk mengurangkan berat badan kerana penyusuan ini dapat membakar kalori
3)      Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit kerana susu ibu mengandungi bahan anti kuman yang dapat melindungi bayi dan belum ada lagi bayi yang alah dengan susu ibu.
4)      Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu kerana dapat merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
5)      Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
6)      Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

Kekurangan Susu Formula

Mari kita lihat pula antara kekurangan susu formula dibandingkan dengan susu ibu ialah
  • khasiatnya yang tidak sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
  • Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap oleh bayi.
  • Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
  • Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
  • Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
  • Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.
  • Beberapa proses tertentu perlu dilalui untuk menukar kondisi susu dari bentuk cecair ke bentuk serbuk. Jadi disini boleh lah dikatakan ianya tidak lagi semula jadi berbanding dengan susu ibu

susu tepung


Susu Ibu VS Susu Formula

Susu ibu atau susu formula...mana satu pilihan anda?

Dalam surah Lukman ayat 14, Allah menjelaskan ;

“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”  (31:14)
 
Juga dalam surah Al-Baqarah ayat 233 Allah menegaskan ;

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu” (2:233)
 
Islam menggalakkan supaya bayi yang baru lahir diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkan…banyak kajian telah membuktikan susu ibu mempunyai kelebihan berbanding susu formula yang mudah kita dapati di pasaran kini namun apapun terserah lah kepada para ibu di luar sana untuk memilih samada memberikan susu ibu atau susu formula kepada bayi anda..saya hanya kongsikan yang menilainya anda…
 
Selamat berjuang kepada ibu-ibu di luar sana untuk mempertahankan hak anak sehingga dia berumur 2 tahun......

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah