"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Friday 16 May 2014

KRISIS PEMULIHAN

Sesetengah daripada kita apabila kita mengambil apa-apa produk supplemen atau makanan tambahan,akan ada beberapa perubahan ke atas diri kita..Itu dinamakan krisis pemulihan atau penyembuhan.
 
Krisis pemulihan adalah merujuk kepada satu proses berterusan di dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan kita sepanjang kehidupan kita. Semasa proses penyingkiran toksin, badan kita akan mengalami tanda-tanda atau sintom-sintom yang membuatkan kita rasa tidak selesa. Dalam perubatan Cina,penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
 
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul berkata apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan,penyingkiran,menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.Sebagai contoh...jika kita mengalami ruam pada kulit,lebih banyak pergerakan usus dan ini merupakan satu tanda bahawa badan kita sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan kita seperti besi paip yang berkarat dan bila kita meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip,banyak karat yang terhakis akan keluar dari paip tersebut dan itu akan menyebabkan kita berasa lebih teruk serta banyak kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan,paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
 
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan yang sebenar. Umumnya,krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
 
Setiap orang adalah berbeza krisis penyembuhan mereka. Ada di antara mereka yang mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan ada sesetengah mereka yang akan mengalami krisis penyembuhan ini selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan,lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
 
Secara umumnya selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,kita sepatutnya telah merasai perbezaanya...contoh, tenaga bertambah,pergerakan system usus yang lebih baik dan lain-lain...Sekiranya tiada sebarang peningkatan,kita berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
*Tidak mengamalkannya setiap hari.
 
*Tidak mengikut doa yang telah dicadangkan.
 
*Takut kepada krisis penyembuhan,lalu berhenti dari mengambilnya.
 
*Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
 
*Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.
 
*Mengalami masalah emosi.
 

Antara tanda-tanda krisis penyembuhan ini adalah:
*Sakit kepala yang melampau,tekanan darah tinggi petanda menyahtoksin.
.....Demam,tidak cukup rehat.
.....Meningkatkan metabolisma,merangsang fungsi imunisasi badan.
.....Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus,najis berbau,air kencing yang berbau petanda bagi     menyahtoksin.

*Kembung perut, sIstem penghadaman yang lemah
.....Ruam,kulit gatal,kelemumur
.....Penghasilan lendir seperti selsema
.....Keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

*Pendarahan hidung mungkin bagi kekurangan darah
.....Rasa sakit pada otot dan sendi badan berasid,toksin terkumpul dibahagian yang sakit.

*Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif sistem saraf yang lemah.

*Kitaran haid yang tidak menentu,hormon yang tidak seimbang
.....Perubahan waktu kitaran haid,kegatalan pada alat sulit.
.....penghasilan lendiran yang banyak.

* Lapar,pening,tekanan darah rendah,anaemia.

*Loya,sembelit,sistem hadaman yang lemah,masalah hati.

*Edema (membengkak) masalah buah pinggang.



No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah