"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Wednesday 29 October 2014

GIVEAWAY CONTEST RM700 JUALAN HEBAT LAZADA MALAYSIA

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN:

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen.
3. Follow blog wawa. *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini.


ALERT!
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain.
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain.
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook .


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

Tuesday 28 October 2014

RAWATAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA DENGAN SHAKLEE

Morning semua....
 
Mulakan hari ini dengan senyuman kerana senyuman adalah pembuka pintu rezeki buat kita...InsyaALLAH..Mood perlu baik supaya dapat perkara yang baik-baik jer...kalau pagi-pagi dah moody rezeki nak masuk pun susah..

Saya ni tengah mood happy lah..sebab regular customer nak repeat order Revitalizing shampoo Shaklee lagi..Alhamdulillah..bukan 1 satu tapi dia nak 2..




Antara pilihan yang ada berkenaan masalah rambut atau kulit kepala ni..

MASALAH RAMBUT GUGUR
1) Revitalizing Shampoo
2) Lightweight Conditioner
3) Nourishing Scalp Treatment
* set ini boleh digunakan secara harian
* Untuk kesan yang lebih optimum elok ditambah dengan pengambilan Zinc Complex yang boleh boleh menghalang rambut gugur dan ESP yang menggalakkan pertumbuhan rambut.


MASALAH KELEMUMUR
1) Purifying Shampoo
2) Replenishing Conditioner
3) Nourishing Scalp Treatment
*set ini boleh digunakan 1-2 kali seminggu.

Yang bestnyer shampoo Shaklee ni..


Revitalizing Shampoo
*Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
*Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
*Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa perlu melembapkan dan mengeringkanya.
 


Purifying Shampoo
*Membersih dengan menyeluruh,menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut,pengumpulan mineral dan bahan-bahan pencemaran persekitaran yang lain.
*Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.
*Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.
 


Replenishing Conditioner
*Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera.
*Memperbaiki kerosakkan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.
*Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.



Lightweight Conditioner
*Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikanya terlalu melekit.
*Mengembalikan elemen struktur supaya rambut lebat,berkilat dan sihat.
*Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah diurus dan digayakan.



Nourishing Scalp Treatment
*Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran,menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
*Vitamin antioksida iaitu A dan E dan juga Koenzim Q10 melindungi kita daripada kerosakkan akibat  radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
*Bertindak membekalkan ruang yang optimum bagi rambut.
*Formula tanpa bilas yang memudahkan kita menggunakan dan menggayakanya.
*Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
*Prosante Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksekutif yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan rambut prosante.


Perbezaan Shaklee

 ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

20130218-134103.jpg
 

Jom Suburkan Rambut Anda!

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut. Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
 
Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Sekiranya ada di kalangan anda semua yang ada masalh kulit kepala,kelemumur dan rambut gugur bolehlah try amalkan set penjagaan ini daripada Shaklee..

Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh menghubungi saya..

Salmizah Omar
03-3752001/010-2985359
salmizahomar@gmail.com


Monday 27 October 2014

KEMASUKAN HAFIY KE TASKA

Memandangkan pada tahun hadapan umur Hafiy dah 4 tahun, saya duk sibuk-sibuklah cari taska untuk dia. Ye lah sepanjang saya bekerja ni Hafiy tinggal dengan pengasuh jer...tak pernah hantar mana-mana taska pun. Kalau dia kecil-kecil tinggal dengan pengasuh ok lah tapi bila dah besar ni dia bosan. Sebab tu kalau duk dengan pengasuh dia tidur jer..pastu kalau malam-malam pukul 12 atau pukul 1 baru tidur. Ada pernah sekali tu dia tak tidur langsung, sampai pukul7 pagi..Time nak hantar rumah pengasuh baru dia tidur.. Seharian tu dia tidur jer lah kat rumah pengasuh..Sah ni mesti kes dia dah puas tidur rumah pengasuh dan malamnya dia berjaga malam lah...tak tidur...last-last kita pun sama-sama turut ikut dia tak tidur..Alih-alih kita yang mengantuk kat ofis....Tahan jer lah...

Kat ofis ramai kawan-kawan yang ada anak umur 4 dan 5 tahun..so pakat-pakat tanya diorang tempat kat mana diorang hantar anak-anak diorang. Kiranya ni survey lah..kalau boleh nak yang banyakkan belajar bab-bab agama ni..maklumlah sekarang ni macam-macam hal berlaku..Pendidikan agama mesti dilebihkan dahulu dan diajar start dari kecil. Bukan kita tak boleh ajar tapi tahu jer lah budak-budak ni..kalau kita yang mengajarnya sekejap jer dia dengar..pastu macam-macam alasan..penatlah,letihlah,nak tidurlah dan macam-macam lagi lah alasanya...

Kalau kat Putrajaya ni antara tempat taska yang boleh menjadi pilihan antaranya...


1)CIC
Lokasi: Presint 14

 
 
Lokasi: Presint 11
 
 
 
Lokasi: Presint 16
 
 
 
4)TADIKA PASTI (PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM)
Lokasi: Presint 8
 
 
 
 
5)KEMAS
Lokasi: Presint 9 dan beberapa lokasi lain sekitar Putrajaya

 
 
6)TADIKA MAIWP (MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN)
Lokasi: Presint 9,16
 
 
Setelah difikir baik buruknya serta dari segi masa, kemudahan nak pergi dan balik maka saya dan husband membuat keputusan nak hantar Hafiy ke PASTI Presint 8..
 
 
  
Ini antara borang dan dokumen yang diperlukan semasa sesi pendaftaran 
 
Cerita pasal nak ambil gambar tu sampai dua kali gak gi kedai foto..ni gara-gara sebab Hafiy tak nak ambil gambar. Selepas dipujuk-pujuk baru dia nak. tu pun kena bagi upah dulu..beli aiskrim baru dia nak.
 
Masa nak daftar pula dia tak nak pula try baju uniform sekolah.. Last-last saya agak-agak jer dan ukur bahu jer lah...sabarlah Hafiy ni macam-macam lah..tu belum masuk sekolah lagi..nanti-nanti bila dah sekolah harap-harap lah dia ok lah..
 
 
 
 

 
 
 
 

Tuesday 21 October 2014

EBM UNTUK TRAVEL

Untuk ibu-ibu yang bertanya bagaimana cara pengendalian frozen EBM jika travel lebih dari 4 jam, boleh cuba cara ini..Terbukti menjadi sebab saya dah buat..travel EBM Harazz dari Terengganu ke Putrajaya lebih kurang 7 jam..
 
 Cara-cara..
1) Gunakan bekas polistrin atau cooler box .
2) Sediakan ais dan garam secukupnya.
3) Tabur ais satu lapisan di bahagian dasar bekas, tabor garam dan masukkan botol-botol frozen EBM berselang seli dengan ais.
4) Tabur ais sehingga memenuhi ruang kosong terutama lapisan atas.
5) Tabur garam seratanya.Fungsi garam ialah untuk membantu melambatkan ais mencair. Sebaiknya letak kain basah di atas sebelum menutup bekas.
6) InsyaAllah dengan izin Allah frozen EBM akan kekal beku.

EBM UNTUK TRAVEL
sumber google

Friday 17 October 2014

RAHSIA STOK SUSU BANYAK

Ini saya kongsikan pengalaman daripada blog Farah Farhan untuk perkongsian bersama.Semoga ianya menjadi panduan dan rujukan kepada ibu-ibu diluar sana. Saya pun suka godek-godek blog beliau berkenaan penyusuan ni. Sebenarnya dunia penyusuan ni luas....so kena selalu mempelajarinya.

Antara perkongsian daripada blog beliau................
Bila baca tajuk ini, saya tahu, bermacam yang bermain di fikiran yang membaca.

Saya saja buat tajuk ni :-)

Ramai yang selalu tanya, bagaimana saya boleh mengumpul stok susu terlalu banyak.

Mungkin mereka tak tahu, ada yang laaggiii banyak dari saya.

Blog ini bukan saja diikuti oleh ibu2 muda, malah bapa2, adik2 yang masih belum berkahwin dan makcik2 yang telah berusia.

Ada yang pernah tanya mama saya “mcm mana ye cikyong (nama panggilan manja di rumah) tu boleh simpan susu banyak mcm tu. Memang susu dia banyak kot.”

Tak kurang “dia kaunselor laktasi, boleh la simpan banyak2″
atau “anak dia baby lagi, mmg susu tgh banyak”
atau “dia mmg jenis susu banyak”
dan mcm2 lagi.
Saya terima setiap pendapat semua :-)
Tapi tahukah anda saya juga seorang ibu dalam erti kata lain manusia seperti semua?
Jadi, kita serupa. Kita dikurniakan kelenjar susu yang sama. Mungkin saiz kita berbeza, tapi proses fisiologi kita sama. Secara anatomi nya sama.

Apa yang membezakannya?

Teknik kita. Mind Set kita. Pemahaman kita. Dan yang lain2.

Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:

1) Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.


2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.


3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.


4) Lihat gambar di bawah:

Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.

Antara contoh Let Down Reflex.
 

1-2 oz boleh dapat. Sayangnya kalau kita biarkan ianya basah di baju begitu saja. 1 oz kalau di kumpul 3 kali, bukankah dah lengkap utk sekali penyusuan untuk anak?


Ini sewaktu kami keluar bersiar2. Saya susukan adik adrian di sebelah kiri dan di sebelah kanan, saya menakung susu semasa Let Down reflex. Indah betul ciptaan Allah, mmg tak boleh nak cerita! Dan bila saya menyusukan anak, saya takkan sampai hati nak buang begitu saja. Saya akan simpan.

Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya :-)

5) Displin dalam penyusuan.
Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).


Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.


6) Pengurusan EBM yang betul
Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.

Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.

Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.

Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:
Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.
Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan :-)
2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!


Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.


Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.


Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini :-)

** Kdangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu  itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.


Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun. :-)


7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).


8) Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.


9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.


10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita :-)

                          Sebelum ‘re-packaging’. Moga dapat menaikkan semangat ibu2 semua.

* bila kita mahu, bila kita usaha, ia akan tiba. bila ada alasan, ianya tak kemana.

EBM HARAZZ TERPAKSA DIBUANG

Sayang sangat-sangat.....tapi apakan daya dah expired....
tak tahu nak cerita macam mana rasa time nak buang semua EBM ni...sedih,pilu jer rasa.
Oleh sebab kesihatan Harazz yang kurang memuaskan, so saya tak bagilah dia minum susu EBM. Hari-hari saya bekalkan dia dengan susu fresh jer...hari ni pam kat ofis..esoknya bawa pergi rumah pengasuh..Setakat ni Alhamdulillah lah susu cukup untuk dia..Harazz pun dah start makan..

Ni stok untuk bulan 1 dan 2..semuanya dah expired...




Ni stok untuk bulan 3. Yang ni pun dah expired. Sayangnyer..



Stok untuk bulan 4 dan 5 masih ada simpan dan peti ais tu..bakal dibuang gak tu...tak banyak sangat kerana time ni Harazz dan tak minum EBM..minum yang fresh jer..so takdelah saya buat stok untuk EBM.


TAHAP KESIHATAN HARAZZ
Sejak dalam pantang kesihatan Harazz kurang memuaskan..Selalu jer bila dia bernafas macam ada bunyi kahak..Mak kata salah satu sebabnya adalah kerana masa lahir tu nurse tak buang habis kahak tu..tapi saya tak pastilah betul atau tak...Selalu gak lah bawa Harazz pergi klinik dan hospital. Kalau kat klinik dan hospital kalau kes macam ni diorang bagi nebulizer lah...Kesian Harazz..Ada tu pernah sekali bawa dia pergi hospital, doctor ambil darah dan buat x-ray kot-kot ada jangkitan kuman. Alhamdulillah Harazz sihat...Melalak-lalak dengar dia menangis...sayu jer rasa dengar dia kena cucuk nak ambil darah...Bila balik kat rumah tengok tangan dia ada 5 bekas diorang cucuk...kesian Harazz. Atas sebab faktor ni saya dah tak bagi Harazz EBM...

 

Harazz sekarang dah berumur 9bulan setengah berat dah 8.4kg(masa timbang umur 8 bulan),fully breastfeed


SEDIKIT PERKONGSIAN TENTANG EBM
Istilah-istilah berkenaan EBM
*EBM-Expressed Breast Milk
*Fresh EBM-susu yang baru diperah
*Chilled EBM-susu yang dah diperah, disejukkan di bahagian sejuk
*Frozen EBM-susu yang disimpan di tempat beku


TEMPOH HAYAT 
*FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik
*CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dah minum perlu habiskan dalam masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dengan susu
*FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yang diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan
 
Sesungguhnya luas sebenarnya ilmu pasal EBM ni. Kite perlu sentiasa mempelajarinya agar anak-anak kita mendapat khasiat yang penting untuk perkembangan dan tahap kesihatan mereka yang baik.
 
 


Wednesday 15 October 2014

HANTARAN PERKAHWINAN DAN HADIAH UNTUK TERSAYANG

Menjelang penghujung tahun mesti ramai di kalangan kawan-kawan atau kenalan atau ahli keluarga kita yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan atau majlis pertunangan..Mesti sekarang ni sibuk-sibuk duk siapkan hantaran bagai..al maklumlah sekali seumur hidup..tapi kalau ada yang dah berkali-kali tu takyah kira lah..sebab biasanya yang pertama akan diingati sampai bila-bila....yer tak???

Kalau pening-pening tak tahu barang apa yang nak dibuat hantaran mah sini saya bagi cadangan...Apa kata bagi pasangan anda set kecantikan atau set kesihatan atau pun set kesuburan(sesuai yang nak anak cepat ni....hihihi)....

mari sini tengok....ni antara contoh-contoh set untuk dibuat hantaran....
set hantaran shaklee
sumber google
 
 
 hantaran perkahwinan
 sumber google

 
 set hantaran shaklee
sumber google


Antara set-set cadangan

*SET KESIHATAN LELAKI
Omega Guard,Vitamin E,Zinc

*SET KESIHATAN WANITA
Vitamin C,B Complex,Vitamin E,GLA

*SET KECANTIKAN
Enfuselle Basic System Normal-Oily
Enfuselle Basic System Normal - Dry
Set Nutriwhite

*SET PENJAGAAN KULIT KEPALA
Prosante Shaklee

 
Pelbagai lagi set kesihatan lain yang boleh dicadangankan. Menarik bukan!!!....
 

Monday 13 October 2014

MASAK LEMAK CILI PADI SPECIAL

MASAK LEMAK CILI PADI PERUT LEMBU DAN PERIA KATAK

Hari ni dah genap seminggu kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau kita panggil hari raya korban..Pada tahun ini giliran saya menyambut hari raya korban di kampung halaman sendiri di Dungun, Terengganu..

Time nak balik ke sini mak bekalkan dengan daging korban dan perut lembu..Duk fikir-fikir nak masak apalah sedap perut ni tetiba datang idea masak lomak pun sedap..apa lagi semalam sesi mengchefkan diri...

 Moh kita sama-sama jadi chef tak bertauliah hari ini....

BAHAN-BAHAN(sukatan ikut bahan utama)
Perut lembu (bahan utama)
Lada
Kunyit
Serai
Santan
Buah peria katak
Asam keping@gelugor
Garam


MASAK LEMAK PERUT


CARA-CARA


 
Tumbuk lada bersama kunyit, serai diketuk. Masukkan ke bahan-bahan ini bersama-sama perut lembu. Kemudianya, gaul sedikit dahulu sebelum dimasak.
 

 
 semua bahan yang sudah digaul.
 
 

Masukkan santan dan asam keping.
 
 

Bila perut dan lembut masukkan peria katak. Jangan lupa masukkan garam.
 
 

Ni lah rupanya masak lemak cili padi yang siap dimasak. Makan bersama-sama ikan masin sedap ni.
 
 
Sekian masakkan untuk hari ini. Nanti-nanti kite citer pasal masak-masak lagi ya..selamat mencuba!!
 

Wednesday 8 October 2014

PROMOSI DI BULAN OKTOBER 2014

Assalamuaikum dan Salam sejahtera...

Bulan ni Shaklee buat PROMOSI untuk produk paling diminati ramai dan tersangat-sangatlah hotttt...apa lagi kalau bukan ESP....best tuuuu...rugi kalau tak grab ni..pada yang dah biasa consume ESP ni pasti grab 6 tin terus kerana boleh dapat 1 tin percuma...kalau yang belum join keahlian bila beli 6 tin, automatik akan dapat keahlian percuma..pertengahan bulan depan dapat lagi rebat tunai dalam RM30++....best tu...dapat guna, dapat bonus lagi dapat free gak 1 tin...fuyoooooo....
ESP PROMOSI

Kalau rasa-rasa tak mampu nak beli 6 tin terus boleh beli kongsi-kongsi dengan kawan-kawan,saudara mara,adik beradik or saper-saper lah...sebab banyak untung tau kalau beli time promosi ni...

Sebab apa saya kata rugi kalau pada sesiapa yang tak pernah consume ESP ni dan tak grab time promosi ni kerana ESP ni banyak kebaikanya,antaranya....:



 

Ini antara feedback yang diterima daripada mereka-mereka dan pengalaman sendiri setelah consume ESP  ni...


 
Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Jadi, vitamin C adalah anti penuaan. ESP ni bonus untuk kulit jugak tau. Sebab protein yang terkandung dalam ESP tu boleh bantu baiki dan maintain sel-sel tubuh kita. Bila sel-sel, tisu semua tu segar, maka cantiklah kulit nanti.....kombinasi ESP dan Vitamin C pasti meletup dan mervolus...kalau tak percaya,mai try ni...
 

 
untuk kesan yang macam ni akak ni consume ESP selama 3 bulan bersamaan 3 tin...kenapa 3 bulan baru boleh nampak kesannya?..Ini kerana tubuh kita mengambil masa 90 hari untuk menggantikan sel-sel yang baru..Apa-apa pun bergantung pada individu masing-masing kerana tahap penerimaan badan terhadap supplemen berbeza.
 
 
 
 
Ini feedback dari kawan ofis Pn Ana yang consume ESP semasa mengandung..
 
 
 
 
yang menjadi kesukaan saya...ESP dan Oat
 
 
 
 
Yang ni saya consume semasa menyusukan Harazz..Alhamdulillah masih ada rezeki susu untuk Harazz
 
 
 
Ni pula kawan ofis jugak ni Pn Farrah consume ESP untuk tujuan penyusuan dan dalam masa yang sama untuk menurunkan berat badan...Dalam 5 bulan turun sebanyak 26 kg...banyak tu...
 
 
Sebenarnya banyak lagi feedback yang positif yang diterima setelah consume ESP ni..kepada yang tak pernah try ESP ni apa kata try bulan ni..sempena promosi dari Shaklee...sangat-sangat berbaloi dan bestttt....
 
Andai ada apa-apa permasalahan dan perlukan konsultasi percuma daripada saya boleh menghubungi saya...
 
Salmizah Omar
sms/tel/wtsps/wechat:0133752001/0102985359
 



 

 
 

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah