"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Monday 29 September 2014

AKTIVITI DI JKIDS

Biasanya pada tiap-tiap hujung minggu kami sekeluarga akan balik rumah family sebelah husband di Kota Damansara..Tapi minggu ni kita orang tak balik ke sana memandangkan mak mertua masih berada di kampug di Kuala Selangor..
 
Mulalah otak ni ligat duk fikir ke mana destinasi kami pada minggu ni....dapat tahu dari member ofis ada jualan gudang barangan elektrik..bolehlah pergi memandangkan memang tengah cari oven..kononnya nak buat kek,roti tapi tak tahulah bila buatnya...tengok pada kerajinan gak sebenarnya...bila mood rajin datang,apa-apa pun menjadi..
 

 
Ni tempat jualan gudang tu..awal-awal pagi kami dah pergi...first time pergi ni, mr waze bantu tunjukkan jalan..

 
Bertolak pukul10 pagi..sampai dalam pukul11 pagi...memang ramai orang. Nak parking pun susah. Dua kali jugaklah main pusing-pusing..last-last dapat parking dekat dengan gudang...Alhamdulillah...
 

oven ni lah yang saya beli..dapat harga rm110..murah dan berbaloi kan..barang baru maybe sebab kat atas tu ada kesan kemek cikit,tu sebab harga murah..tapi kalau beli kat  luar ni pun dalam rm200 lebih jugak ni...
 
 
water dispanser murah
 
asalnya memang nak beli oven jer..sekali terjebak beli water dispanser jugak..yang ni dapat harga rm130..kalau tak biasa harga kat luar dalam rm230..balik-balik terus pasang dan guna ni..pas ni senang nak bancuh susu Hafiy...
 
 
Habis memborong ni dalam pukul 2 petang. Awal lagi nak balik..Ajaklah husband bawa budak-budak pergi jalan-jalan lagi.Sebab dah janji dengan Hafiy nak bawa pergi main ball, kami singgahlah di Jkids Paradigm Mall...
 

 
 Bawa Hafiy dan Harazz ke Jkids di Paradigm Mall..first time datang dulu bayaran dalam rm25 untuk weekend..sekarang dah rm30..masa datang dulu Harazz masih dalam kandungan 5 bulan. Untuk baby 6 bulan ke atas diorang dah kira..ni Harazz dah 8 bulan. So bayaran masuk untuk Harazz pun dah dikira,rm30 jugak..
 
Jom layan aktiviti Hafiy dan Harazz di Jkids ni...
 
 
 
 

 

 
 
 
 


Ini antara yang sempat diambil.. 
 
 


Ini Harazz kepenatan dah...tidur jer dia..bising-bising pun lena jer..Abang dia aktif lagi main..Dalam pukul 5 petang kitaorang pun balik lah....
 
 
Memang seronok bawa Hafiy dan Harazz datang sini..Pada sesiapa yang takde idea nak bawa anak-anak jalan-jalan dan nak kan aktiviti indoor bolehlah datang ke sini...harga walaupun mahal cikit tetapi berbaloilah...lagi pun bukannya selalu kita berhabis untuk diorang kan.......

 
 

Wednesday 24 September 2014

SET 2 IN 1

Salam sejahtera semua...
 
Hari ni nak share pengalaman kawan ofis saya...Pn Farrah yang consume Alfalfa, Lecithin, ESP..Dia consume untuk tujuan penyusuan badan dan dalam masa yang sama nak menguruskan badan...
 
Alhamdulillah produk ini memang sesuai dan serasi dengan dia...Tengoklah perubahan dia..mervolus..

Farrah dulu.....Farrah sekarang


Kalau ikutkan dulu-dulu dia kurus jer tapi selepas habis sekolah dan bekerja, bila dah pegang duit sendiri bila nak makan apa-apa dah takde masalah...makan jer..yang selalu jadi kegemaran, makanan fast food..McD, KFC,piza hut dan macam-macam lagi lah...Tu yang jadi penyumbang utama.

Selepas melahirkan anaknya yang ketiga melalui pembedahan dia bertekad untuk kuruskan badan..memang betul-betul dia bertekad ni..Hasilnya memang menakjubkan..Berat badan dia turun sebanyak 26 kg dalam masa 5 bulan..wowwwwww...banyak tu..


Ini gambar masa jamuan raya kat ofis....makin vogue dan glemer ibu gorges ni..makin berseri-seri pula tu..
 
 
Kalau sesiapa yang kenal dia dulu-dulu kalau jumpa sekarang mesti akan tegur dia...Wahhhhh dah kurus dan makin bergaya tu...Kalau ada kawan-kawan yang tegur naik segan pula dia..Tapi memang berbezalah daripada dulu-dulu..

Ini serba ringkas produk yang Pn Farrah ni consume..
ESP (Energizing soy protien) ni boleh bagi kita tenaga berpanjangan tau since ia pun diperbuat dari protein. ESP ni bonus untuk kulit jugak tau. Sebab protein yang terkandung dalam ESP tu boleh bantu baiki dan maintain sel-sel tubuh kita. Bila sel-sel, tisu semua tu segar, maka cantiklah kulit nanti.....


 Lecithin merupakan agen pemecah lemak (fat emulsifier) yang akan memecahkan lemak-lemak di dalam badan mahupun makanan yang diambil. Jadi lemak itu akan terapung di dalam salur darah dan tidak termendap. Bahaya jika salur darah ini tersumbat. Risikonya adalah boleh mendatangkan strok jika keadaan ini berlarutan dan tidak diatasi.

Ramai yang tidak tahu bahawa lecithin juga kaya dengan kolina yang penting untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Kan kita selalu dengar perempuan yang dah bersalin ni cepat lupa...jadi,boleh cuba ambil lecithin bagi mengatasinya.

 
Alfalfa adalah merupakan fiber yang bertindak untuk mengangkut keluar lemak yang terapung yang telah dipecahkan oleh lecithin. Tanpa alfalfa, lemak-lemak itu tidak diangkut keluar. Selain itu, alfalfa juga bertindak sebagai detoks lembut untuk menyahtoksin badan serta membantu sistem percernaan dengan lebih mudah dan lawas.
Mengandungi galactalogue yang menjadi milk booster. Namun bagi menghadapi masalah SLE atau bayi G6PD, anda TIDAK BOLEH MENGAMBIL ALFALFA.
 
 Sekiranya ada dikalangan anda ingin berubah sepertinya, boleh menghubungi saya...
Ini saya kongsikan antara perkongsian pengalaman mereka-mereka yang lain...


pengalaman set menyusu dan menguruskan badan

Thursday 18 September 2014

UNTUK KUATKAN ANTIBODI DAN DEMAM ANAK

Salam semua....
Memandangkan sekarang ni cuaca tak menentu, maka macam-macam penyakit yang singgah kat kita ni...kalau kat kita boleh tahan lagi tapi kalau anak-anak kita yang kena macam mana?...Dahlah nak hujung-hujung tahun, tak pasal-pasal kena ambil cuti lagi..Tapi kalau yang dah cuti cukup-cukup jer tu macam mana pula?...Nak kena plan betul-betul lah ni..

Minggu lepas Harazz tak sihat,demam dan selsema...Terpaksa cuti satu hari tapi takpelah sebab cuti ada lagi..Bila umi cuti abah pun cuti lah jugak..Hafiy pun tak hantar rumah pengasuh. Suhu badan Harazz takdelah panas sangat, dalam 37.6%-38% tapi kepala dia panas. Petang tu abah mandikan dia, rendam dalam air...suka dia main air..
 
 

Budak demam...Bukan main suka dia duduk dalam air ni..
 
Keesokkan harinya pagi selepas subuh terasa panas semula kepala dia. Lap-lap dengan kain basah dan bagi makan ubat demam yang hospital bagi dah kurang sikit. Pagi tu hantar rumah pengasuh sebad saya dah kerja abah pun dah kerja. bila ambil Harazz dari rumah pengasuh selepas balik kerja rasa dedar-dedar lagi badan dia..Saya fikir tak kan nak bagi dia makan ubat lagi sebab bila bagi makan ubat dia ok sekejap selepas tu panas semula...on off on off....

Sebab dia belum umur setahun saya takut nak bagi supplemen Shaklee tapi memandangkan keadaan dia yang on off on off macam tu saya try bagi dia Nutriferon secubit jer..masak dalam air, selepas tu letak dalam picagari..So far dia boleh telan dan tak muntahkan balik. Kalau makan ubat demam yang warna merah yang hospital bagi tu memang susah betul dia nak telan..kalau dah masuk mulut, dia keluarkan semula..kalau dah telan, dia muntahkan semula..sebab ubat tu rasa manis-manis dan payau-payau sikit.   Nutriferon ni tak ada rasa..tawar..macam minum air masak jer...boleh lah dia telan..Selebihnya Nutriferon yang berbaki lagi tu saya pula yang minum sebab Harazz masih menyusukan badan lagi..Supaya Harazz pun dapat kebaikkan dari Nutriferon yang saya ambil tu...Boleh kuatkan antibodi saya....kuatkan antibodi Harazz juga..
 

Nutriferon untuk Harazz

Selepas ambil Nutriferon ni Alhamdulillah Harazz dah sihat...dah tak demam dan takde on off on off dah..Selsema dia pun dah takde. Syukur Alhamdulillah....

Antara lain Nutriferon ni sesuai untuk....
*Mengukuhkan sistem imum badan dalam masa 3 hari
*Melawan kanser dan tumor
*Melindungi dari influenza
*Mengurangkan stress dan kelesuan
*Mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatatis B dan C
*Melambatkan penuaan
*Mempertingkatkan PMS

Adalah elok kalau anak atau kita yang tak sihat ni ambil supplemen daripada ambil hospital memandangkan produk Shaklee ni mesra alam,bersih dan selamat...Kalau dah telan panadol 2 3 biji tu tak kebah-kebah juga, better ambil Nutriferon. Kalau ada yang suspek nak kena denggi pun elok ambil Nutriferon ni sebab ianya untuk melawan virus yang ada di dalam badan...dan dalam masa yang sama elok untuk kuatkan antibodi badan..

Ini saya kongsikan pengalaman mereka-mereka yang mengalami masalah kesihatan yang sama ini..
Perkongsian daripada blog Umi Akid..

Hari Khamis 12 May, saya dapat call di pejabat dari suami mengatakan Akid demam, malangnya hari itu kerja di office sangat banyak. Saya tiba di rumah lebih kurang pukul 8 dan saya rasa badan akid sangat panas. Terus saya bancuh Nutriferon di dalam air 100 plus dan bagi kepada Akid. lepas tuh saya suruh dia kunya 2 biji vitamin C. Badannya terus panas sepanjang malam. Pagi Jumaat saya rasa badan agak kurang panas. Sebelum pergi ke pejabat saya bancuhkan lagi Nutriferon dan suruh pembantu bagi Vitamin C lagi dua biji setelah dia bangun. Tengahari saya telefon rumah dan tanya pembantu sama ada Akid masih demam. Terkejut saya bila pembantu kata tak demam dah. Tapi saya kurang nak percaya so saya suruh bagi lagi vitamin C.
Petang tu tiba rumah saya memang sangat bersyukur..Akid memang tak demam lagi and dia dah mula main basikal. Dgn izin Allah nutriferon dan vitamin C tu help Akid untuk recovery tanpa ambil antibiotik.
 
Apa itu nutriferon ya? Ok Nutriferon nie adalah serbuk campuran biji labu, plantago seed, bunga jepun honeysuckle dgn bunga saffflower. Dia menreplikasikan tugasan interferon-cell protein dlm tubuh kita yang mengaktifkan sel-sel untuk melawan penyakit.Walaupun interferon sel nie dihasilkan oleh badan kita namun disebabkan gaya hidup dan pemakanan kita selalunya tidak menggalakan penghasilan interferon ini secara cukup untuk melawan penyakit. Oleh itu nutriferon dari shaklee ini boleh membantu meningkatkan imun badan terutamanya kanak-kanak.
Kenapa saya yakin utuntuk memberi anak-anak saya nutriferon? Kerana semua bahannya adalah dari tumbuhan jadi sudah pasti tidak ada kesan sampingan. Tidak ada bahan pengawet dan tidak ada bahan kimia yg merbahya.

Untuk anak-anak saya, saya beri 1/2 sachet seorang kerana mereka dibawah umur 12 tahun tapi bila ada sakit seperti demam atau selsema saya akan beri 1 sachet penuh dan jika demam/selsema terlampau teruk saya akan beri 2 kali sehari dan 1 sachet setiap kali. Saya bancuh dgn air 1/4 gelas dengan ribena, orange sunquick atau 100 plus.

Hari ini dalam pukul 2.30pm Hafiy pula demam jadi saya telah campurkan 1 sachet nutriferon dgn sebotol penuh botol sus air ribena. Dia belum kurang lagi tapi badannya tidak terlalu panas. Merengek lebih. Saya juga letak vitamin C di dalam air ribenanya. Vitamin C nie mudah larut jadi mmg tak ada traces dlm airnya. Saya akan update bila dia recover. harapnya esok demam dia dah berkurang.
Hafiy pukul 8pm minum air ribena dicampur dgn nutriferon 1 scahet dgn 1 vitamin c
 
Saya memang sangat nak menggalakan agar pembaca semua consider mula member anak2 sekurang2nya vitamin C supaya mereka kurang kerap diserang demam/selsema. Jadi saya akan menawarkan trial pack untuk vitamin c dengan nutriferon untuk percubaan.

Today update 16 May Monday - Pagi tadi dlm pukul 11 saya telefon rumah dan pembantu mengata Hafiy dah tak demam.Sudah bermain dgn car hotwheel dia. Bila saya balik ptg ni di ammg dah tak terbaring lagi seperti semalam. Berdiri tengok spongebob..

 
Antara perkongian lainnya daripada blog Ummitiqah...
 
Semasa Muadz baru 3 bulan dia kena selsema yang agak teruk. Hidung tersumbat sampai tak mau menyusu. Masa tu takut nak bawa ke doktor sebab tak mahu bagi baby makan ubat. Tapi bila dia dah sampai tak nak menyusu terus pergi ke klinik.

Doktor kata paru-paru dia dah kena infection dan kena masuk hospital. Masa tu Allah sahaja yang tau betapa risaunya hati ini. Nasib baik ayahnya ada sekali. Seboleh-bolehnya tak mahu dia tinggal di hospital. Selepas berbincang dengan doktor, doktor bagi nebulizer. Katanya ok sedikit tetapi masih banyak kahak dalam paru-paru.

Doktor ni memang sangat bagus. Dia ajar cara tepuk belakang anak secara cupping untuk longgarkan kahak. Doktor juga pesan supaya sedut hingus anak dengan mulut sebab lebih berkesan. (walaupun masa tu rasa geli tapi buat juga sebab nak anak cepat sihat.) Doktor pesan lagi, kalau nampak anak susah bernafas cepat2 bawa ke klinik/hospital terus. Petang nanti datang lagi ambil nebulizer. Doktor bagi MC untuk kami berdua 2 hari untuk monitor baby.
 
 
Masa tu Muadz memang sedikit tak bermaya. Tak mahu senyum, tak mahu main. Sedangkan dia anak yang ceria. Dah la anak pertama, baru 3 bulan pula tu. Jadi memang saya sangat risau. Balik tu bagi juga ubat sedikit kemudian saya ambil bancuh sepeket nutriferon dan minum dan pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah, dia menyusu juga walaupun sekejap-sekejap berhenti untuk bernafas sebab hidung tersumbat.
 
Doktor kata kalau dia muntah kahak lebih cepat keluar tapi muadz tak muntah pula. Petang tu nampak muadz dah macam sihat sikit tapi kami bawa juga ke klinik untuk check semula dan ambil nebulizer. Bila jumpa doktor dan check doktor sangat terkejut. Dia kata ‘A lot of improvement.’

 
Doktor bagi juga nebulizer sekali lagi dan kata tak perlu datang dah. tak perlu ke hospital. Alhamdulillah. Masa tu gembira sangat-sangat. Tak sangka cepat juga kesan nutriferon tersebut. Ada juga tanya doktor ke mana kahaknya pegi sebab sepanjang hari dia tak buang air besar atau muntah. Doktor kata tak mengapa, kahak tu akan cair dalam badan.



Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa yang mengalami masalah kesihatan yang sama tak kira pada anak atau pada diri sendiri..Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubati....


Saturday 13 September 2014

MEMBELI DAN BERAMAL

 Salam Hari Jumaat.....
Pada Bulan September 2014 Shaklee telah membuat promosi 2 in 1, iaitu Colagen Powder  dan Mealshakes. Dengan setiap pembelian 3 tin Mealshakes akan dapat 1 tin free...Banyakkk untung tu...rugi saper-saper tak grab mealshakes ni..Collagen Powder pula kalau beli 6 dapat free 1..best tu..ni khas untuk mereka yang nak cantik,putih gebu..untuk elak penuaan gak. Al maklumkah makin lama kita makin berusia kulit pun makin lama berkedut..

Disamping kita guna, dengan setiap pembelian set promosi Mealshakes ini Shaklee akan menyumbang 10% daripada keuntungan kepada 2000 keluarga yang kurang berkemampuan selama setahun...bolehlah kita membeli sambil beramal...



Wednesday 10 September 2014

TENTANG SHAKLEE YANG PERLU KITA TAHU

Perkongsian daripada Kak Cery daripada blog beliau, www.mamafaiz.com. Ini antara sebab mengapa saya masih lagi stay dengan Shaklee walaupun macam-macam cerita kita dengar pasal Shaklee ni.
 
Jom sama-sama kita baca ni...



Inilah barisan saintis Shaklee yang kami jumpa dalam lawatan ke ibupejabat Shaklee Corporation di Pleasanton, California bulan lepas. Setelah lebih 5 tahun consume Shaklee, tapi baru kalini berpeluang jumpa LIVE dengan semua saintis2 ni. Mereka lah yang terlibat dalam menjayakan ujikaji klinikal,kajian (R&D) utk produk baru dan lama
Beberapa fakta ringkas
  • Shaklee telah berada selama 55tahun dalam pasaran suplemen
  • Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya
  • Shaklee menjalankan lebih dari 100ribu ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi
  • Dari segi pelaburan, Shaklee melaburkan 250juta USD untuk  ujian klinikal,kajian dan pembangunan (R&D)


Kalau nak ikutkan Shaklee tak wajib  buat clinical test (ujian klinikal) sebab produk Shaklee ni suplemen. Hanya ubat yang wajib buat ujian klinikal. Sebab tu tak semua pengeluar melakukannya (kos sangat tinggi untuk melakukan ujikaji klinikal). Tetapi Shaklee buat gak ujian klinikal. Kenapa? Sebab Shaklee keluarkan sesuatu produk bukan suka2, mereka nak pastikan kualiti dan hasil terbaik jadi diorang ada bajet untuk buat ujian klinikal. Pulak tu ujian klinikal bukan kat tikus ke musang ke arnab ke.. tapi kat manusia yer. Kalau produk tak elok, seribu orang yang consume, rasanya 1 orang je yang survive. Dan sure lah dah lama produk ini berkubur tapi kenapa dah bertahan lebih 55tahun. renung2kanlah yer.


Apa motif saya tulis ni semua? Macam saya tulis kat facebook saya, jangan rahsiakan apa sahaja yang anda tahu tentang Shaklee. yer tak. Jadi saya war2kan lah ni. 

Okey itu sahaja cerita harini.Nanti saya tulis lagi. Kepada anda yang baru nak mula makan, atau dah separuh jalan makan vitamin Shaklee, pastikan anda dapatkan vitamin ini daripada pengedar yang sah, yang tahu tentang vitamin, yang bukan sekadar jual dan beli sahaja. Kalau ada apa2 kemusykilan, contact pengedar anda, atau email direct ke Shaklee, Shaklee ada ramai dah sekarang nutrionist yang boleh memberi nasihat berkaitan. Sila rujuk ke laman baru Shaklee. cantik tau website baru mereka
 
Saya yakin dengan Shaklee mampu merubah kehidupan kita. Malah telah ramai yang dah berjaya dengan Shaklee ni. Anda pula bagaimana???

Tuesday 9 September 2014

KELAS BLOG


Suka suki sekitar kelas berlangsung

Pada 31 Ogos 2014 yang lepas telah berlangsung kelas blog yang diadakan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya area Kampung Pandan. Sebenarnya tu first time pergi situ. So nasiblah ada Mr waze...ia lah yang tunjukkan jalan..
 
Kelas bermula pada jam 10.30 pagi dah berakhir pada jam 5.00 petang. Memang seronok,happening jer. Tempat pun ok. Banyak ilmu blog yang diperolehi..Al maklumlah saya ni bukannya pandai pun dalam dunia blog-blog ni..selalu suka baca blog diorang-diorang..jeles...cantik-cantik dan berinfomasi, tapi nak buat sendiri tak berapa nak pandai.,Sebab tu lah saya pergi kelas blog ni.
 
Kelas blog ni anjuran mak Shaklee saya..Masitah Mamat..serius,jeles tengok blog dia,cantik..Ye lah dia dah 5 tahun menceburi dalam dunia blog ni...saya?...ummmmm baru beberapa bulan jer..Tapi terima kasih kat mak saya ni sebab sudi luangkan masa dan bersama-sama berkongsi ilmu tentang blog...

Antara ilmu yang diperolehi semasa kelas blog ni termasuklah:
*Cara nak bina blog
*Cara nak buat blogwalking
*Nak masukkan gambar dalam entry
*Buat Properties di setiap gambar yang dimasukkan
*Heading gambar...warna
dan banyak lagi lah..semuanya basic jer..

Sebenarnya,blog saya ni masih lagi dalam proses penambahbaikan..mana-mana yang kurang tu adakan ditambah dan diubahsuai..al maklumlah saya budak baru belajar ni...hihihi....
 
Tengaharinya kami disajikan dengan hidangkan nasi dagang..Lama tak makan nasi dagang, sedap pula rasanya..dan macam-macam desert ada. Semuanya atas usaha masing-masing yang hadir untuk turut serta membawa makanan...Alhamdulillah...kenyang...
 
Sebelum kelas ni berakhir, kami disajikan dengan majlis memotong kek..Mak Masitah Mamat yang design kek ni...Serius cantik dan sedap..
 
Memangkan saya ni budak baru balajar, harap-harap selepas ni banyak lagi kelas-kelas yang akan diadakan bagi menampung kekurangan ilmu yang ada ini...Sesungguhnya tak rugi kalau kita banyak ilmu kerana dengan ilmu tu kita boleh menolong mereka-mereka yang memerlukan...InsyaALLAH....


Friday 5 September 2014

SHAKLEE PENYEBAB RAHIM WANITA BENGKAK

Hai apa khabar semua...Semoga di penghulu segala hari ni kita mendapat keberkatan dan dipermudahkan dengan segala uurusan..
 
Semalam boleh dikatakan heboh pasal isu seorang guru ni yang ambil supplemen Shaklee dan menyebabkan rahimnya bengkak..kesan daripada isu ini ramailah jugak kawan-kawan dan customer saya message dan bertanyakan hal ini..Dalam keadaan begini kita sebagai seorang yang waras saya rasa tak perlu lah kita menunding jari kepada mereka yang berkenaan..sebagai seorang yang bijak pandai,kita perlulah kaji dulu sejauh mana kesan supplemen ni terhadap seseorang tu...Tapi kalau yang baik-baik tu tak ada pula saper-saper nak puji atau nak agung-agungkan kan...Dah memang fitrah manusia begitu agaknya..

Jom kita baca kisah selanjutnya daripada blog FaizalFairuz  untuk perkongsian kita bersama...
 
As salam
Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Sentiasa bergerak aktif untuk membakar lebih kalori dan makan secara sederhana. Ingat pesan Nabi Muhammad SAW, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Jangan semua 3/3 untuk makanan semata mata. Kalau tak ikut sunnah, itulah jadinya pelbagai penyakit kepada diri kita.

Malam ni, ada member saya PM dalam FB bertanyakan isu SHAKLEE PENYEBAB KANSER. Hurmm macam macam isu yang timbul hampir setiap bulan.
Saya jarang melatah hanya disebabkan tajuk tajuk seperti ini. Lazimnya masyarakat kita hanya baca tajuk tetapi tidak baca isi.
Jika dikatakan 'Lembu Boleh Bertelur' pun silap silap terus kita percaya sebab ianya SENSASI berbanding kita bagitahu 'Lembu Boleh Melahirkan Anak Lembu' .... bunyi macam biasa ja kan !!!!
Ok let's back to this topic. Isunya timbul apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan seorang Guru telah meletakkan post ini di Wall Facebook miliknya.

Tarikh 3 September 2014

Ok untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya gambar gambar yang diletakkan di Wall facebook itu, boleh tengok di bawah ini;



 


 

 

APA JAWAPAN SAYA?
Sebelum saya memberi pandangan saya, jom kita tengok dulu beberapa jawapan daripada pengguna pengguna Facebook yang lain di laman Facebook milik si 'Cikgu' ini.


 

CIKGU .... PANDANGAN IKHLAS SAYA
Untuk pengetahuan cikgu, saya bukanlah di sini untuk menidakkan kebenaran yang cuba disampaikan oleh cikgu. Jika saya la menjadi agen yang menjual supplement tersebut kepada cikgu, pasti saya akan memberi maklum balas yang TERBAIK kepada cikgu kembali, mungkin bermula dari awal lagi bila saya nak menjual Set Vitamin tersebut kepada cikgu.
Saya terpaksa mengakui sememangnya bukan semua agen Shaklee mempunyai pengetahuan mengenai kesihatan. Demi mencari sesuap nasi bagi diri sendiri dan keluarga, ramai mengambil langkah untuk buat bussiness. Ada yang suri rumah, kerani dan lain lain yang berbeza dunia mereka dengan bidang kesihatan. Mungkin tidak sesuai untuk saya menjadi wakil kepada agen tersebut untuk meminta maaf kepada cikgu.
Tapi ternyata agen Shaklee tersebut tidak sama dengan saya dan kawan kawan yang lain. Mungkin bila pertanyaan cikgu tidak diendahkan, malah dikatakan membuat fitnah, jika saya menjadi cikgu pun, mungkin saya juga akan marah seperti cikgu. Takut jugak tengok cikgu marah seperti dalam Post di bawah ini;


KITA SAMA SAMA MENCARI REZEKI
Saya juga ramai kawan yang menjual supplement supplement yang lain, tetapi saya sedikit pun tidak pernah memperlekehkan bussiness kawan kawan saya kerana saya sedar rezeki itu datang dari Allah SWT.
Sejauh manapun kita berusaha jika ditakdirkan rezeki itu bukan milik kita, memang selama lamanya tidak akan menjadi milik kita.
Cikgu juga merupakan usahawan produk untuk menurunkan berat badan iaitu Ultra Shape.


 
Rupa rupanya kita di gelanggang yang sama dengan produk yang berlainan. Semoga niat kita bersama untuk buat bussiness diberkati Oleh Allah SWT.
Mungkin produk kami bukan produk Bumiputera, produk kami datang daripada USA, sebuah negara yang katanya menyokong Yahudi. Mungkin cikgu marah dengan USA sebab serang Palestin. Saya dapat tengok sejak pertengahan bulan Ogos pun cikgu dah menyebarkan propaganda propaganda ini.


 
Owh baru saya perasan, rupa rupanya cikgu sejak dari awal lagi telah membenci kami. he he he. Tak baik benci teruk teruk nanti akan jatuh sayangnya !!!!

BEGINILAH CIKGU .....
Apa yang berlaku antara cikgu dan agen Shaklee tersebut biarlah menjadi isu cikgu dengan agen tersebut.
Sebab jika saya, saya memang tak boleh nak terima bulat bulat apa yang cikgu cuba propagandakan. Ini berdasarkan sebab;
1. Bukti yang cikgu tunjukkan adalah tidak telus kerana kenapa perlu sembunyikan nama pengadu yang bermesej dengan cikgu.
2. Cikgu juga merupakan usahawan produk supplement kesihatan iaitu Ultra Shape. Saya juga agak 'curious' dengan produk cikgu kerana saya tak pasti adakah ia telah menjalani beribu ribu ujian klinikal seperti mana produk Shaklee? Yang lebih membimbangkan adakah cikgu juga turut mengambil produk tersebut? Saya juga boleh katakan cikgu mungkin berpenyakit kerana produk tersebut !!!!!
Cikgu kata cikgu ambil supplement Shaklee awal Ramadhan (awal Bulan Julai) dan STOP 29 Ogos 2014.

Tapi dalam pertengahan Bulan Ogos cikgu dah mula membenci Shaklee dengan mengatakan Shaklee membantu Israel !!!! Dalam membenci cikgu masih makan supplement Shaklee sehingga 29 Ogos 2014. Hurmm .....
3. Adakah mungkin rahim cikgu sememangnya dah bengkak sebelum ini, mungkin rahim cikgu yang bermasalah sebelum ini. Adakah terdapat sebarang pembuktian yang rahim cikgu ok sebelum ini?
Saya bukan berniat hendak membuktikan cikgu tidak bersalah. Tetapi saya juga orang yang bekerja dalam kesihatan. Dalam masa 2 bulan cikgu makan supplement Shaklee cikgu dah membuat anggapan semua ini disebabkan oleh Shaklee !!!


Cikgu perlu buktikan dengan apa jua kajian klinikal yang mana makanan tambahan boleh memberi kesan kepada pembengkakan Rahim jika diambil dalam tempoh hanya 2 bulan ?!!!!
Saya mungkin akan menjadi lebih hormat kepada cikgu jika cikgu dapat buktikan sememangnya hanya supplement Shaklee yang telah menyebabkan cikgu jadi seperti itu. Buat ujian, buat pemeriksaan. Ini baru setakat mendapatkan pemeriksaan di klinik yang 'pakar', cikgu telah membuat persepsi sendiri. Lagipun doktor tu hanya bagi kat cikgu Asid Folik dan Kalsium kan .... !!!! 
Untuk seorang pesakit itu dikatakan mempunyai kencing manis sekalipun, ia bukan mengambil masa 2 - 3 bulan tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan setelah 5 - 10 tahun lamanya. 
 
CIKGU ...... CIKGU ....... CIKGU .......
Jika benarlah bagai di kata, cikgu mungkin ada yang tidak serasi dengan beberapa nutrisi yang terdapat dalam supplement Shaklee.
Mungkin jugak cikgu turut mengambil supplement lain.
Mungkin jugak cikgu berdendam dengan Agen Shaklee tersebut.
Mungkin juga sebab cikgu marah Shaklee yang katanya menyokong Israel.
Kalau nak dibandingkan kes cikgu ini, banyak lagi testimoni lain yang membuktikan sebaliknya. 


 
Saya telah menggunakan penaakulan fikiran saya yang waras dalam membantu cikgu mencari penyelesaian terbaik. Mungkin saya boleh marah dan maki cikgu menggunakan cara yang digunakan oleh cikgu, tetapi sebagai lelaki yang ada 9 akal tak mungkin saya berbuat demikian.
Saya tidak bertanding untuk membuktikan cikgu bersalah atau berniat untuk membuatkan cikgu menukar persepsi cikgu. 
Mungkin cikgu boleh renung kembali Posting yang cikgu buat dalam facebook cikgu sendiri;

 
Sekian ini kongsikan untuk pemahaman kita bersama.. Semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan....

Wednesday 3 September 2014

KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Oleh kerana permintaan daripada kawan-kawan ofis, maka terhasilah ketupat sotong versi Terengganu ni..dah lama sebenarnya nak buat tapi mood rajin tu belum datang..bila mood rajin datang apa-apa pun boleh....hihihi...

Misi pertama adalah mencari sotong..memandangkan semalam ada pasar tani so bolehlah beli sotong kat situ..walaupun barang-barang basah mahal sikit tapi berbaloilah sebab segar-segar...ikan-ikan pun sama..takdelah kalau makan rasa tawar jer...adalah rasa....tapi kalau balik kampung di Terengganu jangan ceritalah ikan-ikan,sotong semua segar-segar..Al maklumlah rumah dekat dengan laut...Pernah abang bawa balik sotong hidup lagi,,bila masak tu perggghhhh memang mervolus lah rasanya...manis dan sedap sangat-sangat....Itu untungnya kalau jadi orang Terengganu ni....Tapi memandangkan dah tinggal jauh daripada Terengganu sekali sekala balik kampung memang layan ikan-ikan,budu jer...ayam, daging memang tak pandang dah.....Itu bezanya kalau tinggal kat sini dengan di Terengganu....

Oleh kerana ada kawan-kawan yang nak resipi Ketupat Sotong Terengganu ni, maka kat sini saya kongsikan resipi nya..Cuba tau..senang jer...syaratnya buat dengan kasih sayang...mesti sedap...
 
KETUPAT SOTONG VERSI TERENGGANU
 Bahan-bahannya...
1) Sotong,sederhana besar (anggaran dalam 15 ekor)
2) Beras pulut (2 pot beras)
3) Bawang merah  (2 ulas,dimayang)
4) Halia (sikit jer..dimayang)
5) Halba (secubit)
6) Santan (1 kotak santan kalau guna santan kotak)
7) Garam secukup rasa
 8) Lidi

Cara-caranya...


Kalau boleh cari sotong yang fresh. Kalau yang lembik tu susah nak letak beras pulut nanti..dan rasanya pun kurang sedap. Asingkan kepala sotong dengan badan ia. Kepala sotong tu nanti boleh masak sambal..


Kemudian, sotong yang telah diasingkan tadi dibuang kulit agar masa masak nanti kuahnya tak jadi warna merah.


Basuh dahulu beras pulut..Kemudian rendam sekejap dalam 15-20 minit..Bagi ia kembang sikit.


Kemudian,masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong. Jangan isi beras padat-padat sangat sebab nanti kot beras tak masak..


Nanti sotong yang telah diisikan dengan beras cucukkan hujungnya dengan lidi macam dalam gambar tu supaya beras tak terkeluar.


Kemudian, rebus dahulu sotong yang telah diisikan dengan beras tadi.
 
 
Bila beras dan sotong agak-agak dah masak (anggaran dalam setengah jam dimasak), masukkan santan.


Selepas masukkan santan, masukkan halba,bawang dan halia. Jangan lupa masukkan sekali garam.


ketupat sotong
Ketupat sotong yang hampir masak.


Dah masak dah...Inilah rupanya ketupat sotong yang dimasak tadi....Sedia untuk dimakan.

Senang jer kan....Boleh makan bila-bila masa...sedappp...
Selamat Mencuba!!!


ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah