Bagi ibu-ibu atau bakal-bakal ibu mesti pening
kepala nak fikir atau cari apakah vitamin yang perlu diambil sewaktu berpantang
nanti...nak ambil jamu kan risau tak sesuai pula...anak panaslah..susu keringlah
dan bermacam-macam lagilah. Pengambilan vitamin dalam masa berpantang adalah
sesuatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang selama 44 hari itu
terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak kerana pada masa itu
kita masih dalam kesakitan akibat luka jahitan semasa kelahiran,badan sangat
lemah akibat kehilangan banyak darah,emosi yang tidak stabil ditambah pula
dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tak mahu tidur
malam...sememangnya amat memenatkan..tidur pun tidak menentu...So,jadilah ibu
yang bijak,cergas dan bertenaga dalam memilih set bersalin yang mana sesuai dan
patut diamalkan.
Apa yang bestnya kalau mengambil set bersalin
Shaklee ini...kerana set bersalin ini antara yang terlaris dan sering mendapat
perhatian ibu-ibu di luar sana..Ianya terdiri daripada:
1)B-Complex - Asid Folik
B-Complex bertindak sebagai penenang dan
mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu-ibu yang berpantang. Ianya
juga berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk
menukarkan makanan yang diambil menjadi tenaga. Justera itu, ibu-ibu akan merasa
lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam
dan penting untuk kecantikan.
2)Vita-Lea- Multivitamin - Zat Besi
Sangat penting diambil oleh ibu-ibu berpantang
kerana vita-lea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan
oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang. Zat besi pula sangat
diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan
darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan
kelihatan pucat,letih dan tidak bermaya.
3)Vitamin C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka
jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga
penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C
Shaklee bersamaan 7 biji kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam
membentuk cologen dan penting dalam kecantikan kulit.
4)Zink
Sangat penting untuk membaik pulih luka
jahitan luar dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan
haruan. Agak sukar kalau hendak memasak atau memakan ikan haruan setiap hari.
Justeru itu pengambillan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat. bagi
ibu-ibu yang berpantang. Zink juga membantu dalam masalah 'kediginan' selepas
bersalin.
Jika semasa berpantang mengalami masalah
sembelit atau susah dan sakit semasa membuang...cubalah ambil Ostematrix
sekali,kerana Ostematrix ini akan melawaskan ibu-ibu yang mengalami masalah
ini..