"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Wednesday 17 December 2014

9 MAKANAN PANTAS BAKAR LEMAK

Selalunya kalau kita buat sesuatu perkara mesti nak cepat jer kan..kalau nak kurus mesti nak cepat nampak kesan kurusnya tanpa kita mempedulikan effect yang kita akan dapat suatu hari nanti..Bahaya tau kalau kurus dan gemuk dengan mendadak ni...takut nanti badan dan otot terkejut..kang datang plok penyakit lain.....


Sebab tu pentingnya kita tahu kesan dan akibat sesuatu tindakan yang kita ambil tu..kalau nak berdiet perlu pilih diet yang sesuai dengan badan kita...pola diet orang lain dengan kita berbeza atas sebab beberapa faktor, antaranya kemungkinan seseorang tu gemuk sebab pemakanan,keturunan,penyakit lain atau lain-lain..



Di sini saya nak share 9 jenis makanan yang pantas membakar lemak. Makanan pembakar lemak ni membantu mempercepatkan kadar metabolisme..
1) Yogourt rendah lemak
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti mempercepatkan metabolisme. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang menngamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan
2 kali lebih cepat. Ia disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1200mg kalsium sehari berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

2) Omega 3
Ia merupakan sumber protein yang sangat baik. Omega 3 adalah asid lemak yang dapat membantu membakar kalori dan mengurangkan selera makan. Sumber omega 3 yang paling mudah adalah daripada ikan.

3) Kekacang
Kacang contohnya adalah makanan protein yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan,begitu juga kacang soya.

4) Daging dibuang lemak
Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna.

5) Telur
Telur juga merupakan sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat.

6) Cuka
Diperbuat daripada asid,cuka membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan.

7) Limau
Buah-buahan jenis limau mampu meningkat tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren juga mengandungi serat rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu anda rasa kenyang lebih lama.

7) Cili
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan metabolisme.

8) Bijirin
Membantu mengawal kadar insulin di tahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda.

(Sumber mingguan wanita:28 Nov- 4 Dis 2014)


sumber google : Cili pun boleh membakar lemak...bonus untuk yang suka makan pedas-pedas tapi AWAS kalau yang tak tahan tu boleh kena cirit birit dan apendiks..so hati-hati..

Tuesday 16 December 2014

LAGI KISAH 2 BERADIK

Hari ni nak share gambar suka duka dua beradik ni sepanjang seminggu dua ni...rasa macam sekejap jer masa berlalu..lagi 2 minggu Harazz dah umur setahun...Hafiy pula dah nak masuk sekolah..tak tahulah macam mana time dia sekolah nanti...hope dia dapat menyesuaikan diri..al maklumlah selama ni duk dengan pengasuh jer...
 
 
Hafiy dan Harazz time balik kampung dua minggu lepas.
 
 
Khusyuk duk tengok tv.
 
 
Kat rumah atok dan wan di Kota Damansara.


Sepit baju wan pun dia buat main.


Malam semalam punya cerita....berebut jagung dua beradik ni..
 
 
 
 

Monday 15 December 2014

SOLAT DHUHA

Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal 


Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:



Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:

Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Nota
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.


Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”  (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 


kredit to: http://ibuberbicara.blogspot.com

Friday 12 December 2014

BERITA GEMBIRA VS BERITA SEDIH

Rasanyer belum terlambat lagi saya nak buat pengumuman ni...
 
GOOD NEWS..
 
"Pihak Shaklee berbesar hati memberikan PROMOSI Collagen Powder beli 3 percuma 1..tawaran sah sehingga 31 Disember 2014"
 
Yang BAD NEWS nya...
 
".Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari 2015. Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 Disember untuk membeli produk ini...Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan"
 
Harus lah kita borong Collagen kalau macam ni..kalau tak nanti nangis tak berlagulah..saper nak tolong...huhuhu...
 
 
collagen powder

 
Bulan ni Shaklee memang nak semua pakat-pakat cantik...dengan promosi Vitamin C beli 6 percuma 1 dan Vitamin E beli 6 percuma 1..ni tambah lagi dengan promosi Collagen Powder beli 3 percuma 1...memang mervollus dan aauuummmmm....
 
 
 
 

Wednesday 10 December 2014

HAND DISH WASH

Dalam zaman sekarang yang serba serbi mahal dan memerlukan duit ni, kita patut mencari alternatif lain untuk menjimatkan perbelanjaan kita kan..

Salah satu alternatif yang saya ingin cadangkan adalah dengan menjimatkan perbelanjaan barang pencuci di rumah..

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan jugak..

 
 
Saya kata jimat sebab kita memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk kita...Betul...beberapa titisan jer..Masih tak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
 
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain


Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

HAND DISH WASH

Yang bestnya jugak Dish Wash ni boleh digunakan untuk basuh botol susu anak..kerak-kerak susu yang melekat kat botol atau putting susu boleh ditanggalkan...kita boleh gunakannya tanpa was-was..Kalau kita beli sebotol tu ada 473ml dan hanya guna untuk basuh botol susu anak boleh tahan sehingga setahun...Jimat kan...



Monday 8 December 2014

SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA CIKGU FARHA



Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.


Friday 5 December 2014

BENGKAK SUSU ATAU MASTITIS

Assalamualaikum w.b.t,..

Hari ni saya nak share pasal bengkak susu atau mastitis sebab 2 hari yang lepas saya mengalaminya..memang rasa macam nak demam dan menggigil jer..

Jom kita ikuti info tentang bengkak susu atau mastitis ni...

tompok merah dan ketulan di bahagian bawah payudara
 
Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.
 
 
tompok merah di bahagian atas payudara
 
 
Antara simptom-simptomnya..
  • Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara
  • Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayi
  • Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)

Pengalaman sendiri sepanjang menyusukan Harazz..

Ni kali kedua saya kena time menyusukan Harazz ni..First time kena masa dalam pantang..Memang menggigil badan..masa tu kat kampung cuaca pagi-pagi memang tersangatlah sejuk tambah kena mastitis ni lagilah tak tahan..dengan bibir-bibir pun ketar-ketar..

2 hari lepas saya ke majlis konvo adik,,Harazz pun ikut sekali..masa dalam kereta on the way ke Uitm Shah Alam tu saya memang dah pam tapi dapat susunya tak banyaklah dalam 3oz jer..Dalam pukul 10 pagi ada try nak bagi direct susu kat Harazz tapi dia menolak..Dia minum sikit lepas tu dia tak nak dah..masa tu gak dia duk gigit-gigit jer....sakit tu..jadi fobia nk bagi direct susu hari tu..Petangnya dalam pukul 2 baru saya start mengempam semula..tu pun sebab duk dalam kereta dan on the way balik..Time pam tu susu banyak dapat dalam 8oz..Pas mengempam baru bagi susu dengan botol kat dia..memang dah takut nak bagi direct..

Masa malam tu dah rasa badan macam semacam dah...rasa macam nak demam jer..tapi breast belum terasa sakit lagi..Time tidur dalam pukul2 pagi tu yang terasa macam kena bentan tu..menggigil dan sejuk2 jer rasa..nak demam pun ya jugak..
 
Seharian tu kat ofis memang sejuk sangat-sangat..rasa macam nak balik jer..duduk dalam econ lagilah bertambah sejuk..balik daripada ofis mandi dengan shower..sambil-sambil tu urut dengan sikat..ni pun masih terasa lagi ni..
 
Nak demam ni saya ambil Vitamin C Shaklee...bagi kuatkan sistem imum badan supaya tak terdedah kena demam dan bagi badan tak rasa lemah..Alfalfa terpasksa stopkan dulu buat masa ni..takut nanti bertambah bengkak sebab Alfalfa ni milkbooster saya..

Ni susu yang saya pam...kat bawah tu macam ada keladak..mulanya takut gak nak bagi kat Harazz tapi bila rasa susu tu tak ada bau dan tak masam boleh jer kan bagi?..lagipun ada ker istilah susu yang baru kita pam tu basi...

 
Melalui pembacaan saya, antara cara untuk merawat bengkak susu ni adalah...

1. Makan Vitamin C 

Bila kena mastitis ni, biasanya kita akan demam.  Since baby pun baru lahir saya tak rasa nak telan ubat sebab baby menyusu.  So pengganti ubat demam terbaik adalah Vitamin C.

Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
 
Saya akan makan Vitamin C bila sahaja ada tanda-tanda nak demam macam rasa seram sejuk, mula nak menggigil ke.. biasanya kita sendiri akan tahu kondisi tubuh badan kita kan? :)
 
Vitamin C pilihan saya


2. Tuam Panas dan Tuam Sejuk Berselang-seli

Tuam panas  -
Tuam panas ini bertujuan untuk mengurangkan sedikit bengkak dan membantu aliran susu lebih baik.
Antara caranya boleh jadi mandi pancuran air suam atau kain yang dicelup air suam atau botol air yang diisi air suam atau macam mana sekalipun lah.  Pancuran air tu hala directly pada bahagian yang bengkak.
 
Tuam dengan tuala panas
 
mandi dengan shower
 
Kita tuam panas ni sambil pam/ menyusukan bayi. Untuk clearkan saluran susu yang tersumbat. sambil pam tu boleh guna sikat biasa dan sikat cik B dari atas/luar ke arah areola atau boleh juga urut secara circular di tompok-tompok yang bengkak perlahan-lahan..
 
urut mana-mana ketulan dengan cara circular/memutar secara perlahan-lahan
  
Tapi satu masalah lain; kalau tuam panas ni adalah susu akan sentiasa keluar dan keluar dan keluar..
Tapi disebabkan ada saluran susu yang tersumbat/ tersekat/ block akan menyebabkan payudara lebih bengkak dan sakit

So the next step membantu..

Tuam sejuk -
Caranya boleh guna ketulan ais yang dibalut dengan kain atau kalau ada ice-pack pun boleh.. Kelopak kobis yang sejuk dari peti sejuk pun adalah salah satu teknik tuam sejuk.
 
Letak kelopak kobis yang telah disejukkan dalam peti ais
 
atau gunakan air kiub yang dibalut dengan kain
 

Tujuan tuam sejuk ni untuk 'sekat' atau 'renjat' atau memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang 'panas' dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa.

Amaran: 
Tuam sejuk tak boleh lama-lama.. sebab boleh stop kan pengeluaran susu terus 

Selang-selikan tuam panas dan sejuk. Sebab kita nak clear kan saluran yang tersekat dan dalam masa yang sama kita taknak pengeluaran susu terganggu jadi kena buat selang-seli sehingga semua saluran susu clear dan susu dapat flow dengan baik..

3. Makan Bawang Putih Mentah Sehingga Simptom Mastitis Hilang
Antara khasiat bawang putih adalah ia membantu dalam melegakan keradangan (inflammation) akibat mastitis. 
 
 
Bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang sangat kuat. Tompok-tompok merah yang sakit tu adalah salah satu tanda radang. Kalau dibiarkan mungkin melarat. Jadi pengambilan bawang putih mentah dalam menu pantang tu membantu.

Caranya, bawang putih yang dah dikopek kulit tu dicincang dan campur dalam nasi putih panas yang kita nak
makan. Saya dulu makan tiap kali 3-4 ulas bawang putih cincang. Rasa memang tak sedap, pedas pedar tapi nak baik, telan juga..
 
Tapi tak semua orang suka bawang putih. So, kalau tak lalu nak telan bawang putih mentah, kat pasaran ada
pilihan supplemen garlic. Boleh gantikan dengan supplemen garlic tu.

Namun begitu, perhatikan juga reaction baby pada bawang putih. Baby maybe tak suka 'rasa' bawang putih bila menyusu. Dan sekiranya perut baby macam tak selesa atau ada kesan sampingan, stop pengambilan bawang putih.


4. Teruskan Penyusuan Bayi Dengan Kerap Untuk Halang Bengkak Susu/ Mastitis Berulang
Ya, maybe akan sakit sikit tapi ini memang wajib dilakukan untuk pastikan saluran susu tidak berterusan tersumbat.

Dan selalu offer baby breast yang bengkak tu dulu. Kadang-kadang mungkin susu tak banyak keluar sebab ada saluran tersumbat tapi teruskan sahaja.
 
5. Berjumpa Dengan Doktor

Mastitis atau bengkak susu yang dibiarkan akan boleh menyebabkan jangkitan seterusnya terkumpul nanah atau terjadinya Breast Abscess.
 
Jadi jangan dibiarkan melarat. Berjumpa dengan doktor.  Mungkin akan diberi antibiotik. Kalau dibiarkan melarat mungkin memerlukan pembedahan membuang nanah.
 
6. Elak Dari Memakai Makaian Yang Ketat

Pakai pakaian yang longgar sahaja dan kalau boleh tak perlu pakai pakaian dalam supaya tidak memberi 'tekanan' pada breast.  Dan tidur dalam keadaan terlentang/ mengiring (bukan meniarap).

7. Minum Air Secukupnya dan Makan Makanan Berkhasiat Serta Cuba Dapatkan Rehat Yang Secukupnya  
 
Memang sewaktu tempoh berpantang, susah sangat nak dapatkan tidur yang mencukupi.  Tapi cubalah.. Mana-mana kerja yang kurang penting, tinggalkan atau dapatkan bantuan orang lain.
 
 
Harap-harap sangat lah ni kali terakhir saya kena bengkak susu ni..dan saya dapat menyusukan Harazz sehingga dia berumur 2 tahun..
 
"YA ALLAH KAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN SEMANGAT SEMOGA DAPAT MENYUSUKAN HARAZZ SEHINGGA DIA BERUMUR 2 TAHUN"...AMIN..

Thursday 4 December 2014

MAJLIS KONVOKESYEN UITM

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam sempatlah saya sekeluarga menghadiri majlis konvokesyen adik di UiTM Shah Alam...memang meriah sungguh..teringat zaman saya konvo beberapa tahun yang lepas..Tapi time saya konvo hanya mak dan abang jer yang datang..al-maklumlah jauh...

Seawal jam 6.30 pagi kami dah bertolak dari Putrajaya...kalau lambat-lambatkan jalan jem plok..

Jom layan gambar kami..

konvokesyen uitm
wajah-wajah kesayangan kami
 
 
Hafiy dan belon-belon..tak ketinggalan belon ipin


kaki yang sentiasa comel
 
 
konvokesyen uitm
Inilah semua adik beradik perempuan saya. Harazz yang tidur lena..penat sangat dah ni..panas-panas pun lena jer dia tidur..
 
Tahniah untuk adik saya  kerana telah selamat bergelar graduan..beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Perhotelan..selepas ni mesti sibuk cari kerja pula...
 
 
 


 



Monday 1 December 2014

PENJELAJAHAN BERTARAF DUNIA & KEMBARA BERKUASA SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t.

Petang ni saya nak share dengan semua orang tentang penjelajahan bertaraf dunia dan kembara Shaklee...


Jom kita sama-sama baca...

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.
 
 
Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.
 
 
Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.
 
1983
Gunung Everest
Pendakian warga Amerika yang pertama tanpa bekalan oksigen.
 
 
1986
Voyager
Penerbangan tanpa henti yang pertama mengelilingi bumi.
 
1986
Will Steger
Penjelajahan luncur anjing ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic.
 
 
1987
Daedalus
Penerbangan dengan kuasa kayuhan manusia yang pertama menyeberangi Laut Aegean.
Calypso & Alcyone
Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka.
 
 
1991
Projek Biosphere 2
Produk pencuci rumah dan penjagaan diri Shaklee telah dipilih untuk kegunaan projek ini.
 
 
1993
NASA
Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde – minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle
 
Menarik kan!!!...
 

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah