"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Thursday 18 September 2014

UNTUK KUATKAN ANTIBODI DAN DEMAM ANAK

Salam semua....
Memandangkan sekarang ni cuaca tak menentu, maka macam-macam penyakit yang singgah kat kita ni...kalau kat kita boleh tahan lagi tapi kalau anak-anak kita yang kena macam mana?...Dahlah nak hujung-hujung tahun, tak pasal-pasal kena ambil cuti lagi..Tapi kalau yang dah cuti cukup-cukup jer tu macam mana pula?...Nak kena plan betul-betul lah ni..

Minggu lepas Harazz tak sihat,demam dan selsema...Terpaksa cuti satu hari tapi takpelah sebab cuti ada lagi..Bila umi cuti abah pun cuti lah jugak..Hafiy pun tak hantar rumah pengasuh. Suhu badan Harazz takdelah panas sangat, dalam 37.6%-38% tapi kepala dia panas. Petang tu abah mandikan dia, rendam dalam air...suka dia main air..
 
 

Budak demam...Bukan main suka dia duduk dalam air ni..
 
Keesokkan harinya pagi selepas subuh terasa panas semula kepala dia. Lap-lap dengan kain basah dan bagi makan ubat demam yang hospital bagi dah kurang sikit. Pagi tu hantar rumah pengasuh sebad saya dah kerja abah pun dah kerja. bila ambil Harazz dari rumah pengasuh selepas balik kerja rasa dedar-dedar lagi badan dia..Saya fikir tak kan nak bagi dia makan ubat lagi sebab bila bagi makan ubat dia ok sekejap selepas tu panas semula...on off on off....

Sebab dia belum umur setahun saya takut nak bagi supplemen Shaklee tapi memandangkan keadaan dia yang on off on off macam tu saya try bagi dia Nutriferon secubit jer..masak dalam air, selepas tu letak dalam picagari..So far dia boleh telan dan tak muntahkan balik. Kalau makan ubat demam yang warna merah yang hospital bagi tu memang susah betul dia nak telan..kalau dah masuk mulut, dia keluarkan semula..kalau dah telan, dia muntahkan semula..sebab ubat tu rasa manis-manis dan payau-payau sikit.   Nutriferon ni tak ada rasa..tawar..macam minum air masak jer...boleh lah dia telan..Selebihnya Nutriferon yang berbaki lagi tu saya pula yang minum sebab Harazz masih menyusukan badan lagi..Supaya Harazz pun dapat kebaikkan dari Nutriferon yang saya ambil tu...Boleh kuatkan antibodi saya....kuatkan antibodi Harazz juga..
 

Nutriferon untuk Harazz

Selepas ambil Nutriferon ni Alhamdulillah Harazz dah sihat...dah tak demam dan takde on off on off dah..Selsema dia pun dah takde. Syukur Alhamdulillah....

Antara lain Nutriferon ni sesuai untuk....
*Mengukuhkan sistem imum badan dalam masa 3 hari
*Melawan kanser dan tumor
*Melindungi dari influenza
*Mengurangkan stress dan kelesuan
*Mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatatis B dan C
*Melambatkan penuaan
*Mempertingkatkan PMS

Adalah elok kalau anak atau kita yang tak sihat ni ambil supplemen daripada ambil hospital memandangkan produk Shaklee ni mesra alam,bersih dan selamat...Kalau dah telan panadol 2 3 biji tu tak kebah-kebah juga, better ambil Nutriferon. Kalau ada yang suspek nak kena denggi pun elok ambil Nutriferon ni sebab ianya untuk melawan virus yang ada di dalam badan...dan dalam masa yang sama elok untuk kuatkan antibodi badan..

Ini saya kongsikan pengalaman mereka-mereka yang mengalami masalah kesihatan yang sama ini..
Perkongsian daripada blog Umi Akid..

Hari Khamis 12 May, saya dapat call di pejabat dari suami mengatakan Akid demam, malangnya hari itu kerja di office sangat banyak. Saya tiba di rumah lebih kurang pukul 8 dan saya rasa badan akid sangat panas. Terus saya bancuh Nutriferon di dalam air 100 plus dan bagi kepada Akid. lepas tuh saya suruh dia kunya 2 biji vitamin C. Badannya terus panas sepanjang malam. Pagi Jumaat saya rasa badan agak kurang panas. Sebelum pergi ke pejabat saya bancuhkan lagi Nutriferon dan suruh pembantu bagi Vitamin C lagi dua biji setelah dia bangun. Tengahari saya telefon rumah dan tanya pembantu sama ada Akid masih demam. Terkejut saya bila pembantu kata tak demam dah. Tapi saya kurang nak percaya so saya suruh bagi lagi vitamin C.
Petang tu tiba rumah saya memang sangat bersyukur..Akid memang tak demam lagi and dia dah mula main basikal. Dgn izin Allah nutriferon dan vitamin C tu help Akid untuk recovery tanpa ambil antibiotik.
 
Apa itu nutriferon ya? Ok Nutriferon nie adalah serbuk campuran biji labu, plantago seed, bunga jepun honeysuckle dgn bunga saffflower. Dia menreplikasikan tugasan interferon-cell protein dlm tubuh kita yang mengaktifkan sel-sel untuk melawan penyakit.Walaupun interferon sel nie dihasilkan oleh badan kita namun disebabkan gaya hidup dan pemakanan kita selalunya tidak menggalakan penghasilan interferon ini secara cukup untuk melawan penyakit. Oleh itu nutriferon dari shaklee ini boleh membantu meningkatkan imun badan terutamanya kanak-kanak.
Kenapa saya yakin utuntuk memberi anak-anak saya nutriferon? Kerana semua bahannya adalah dari tumbuhan jadi sudah pasti tidak ada kesan sampingan. Tidak ada bahan pengawet dan tidak ada bahan kimia yg merbahya.

Untuk anak-anak saya, saya beri 1/2 sachet seorang kerana mereka dibawah umur 12 tahun tapi bila ada sakit seperti demam atau selsema saya akan beri 1 sachet penuh dan jika demam/selsema terlampau teruk saya akan beri 2 kali sehari dan 1 sachet setiap kali. Saya bancuh dgn air 1/4 gelas dengan ribena, orange sunquick atau 100 plus.

Hari ini dalam pukul 2.30pm Hafiy pula demam jadi saya telah campurkan 1 sachet nutriferon dgn sebotol penuh botol sus air ribena. Dia belum kurang lagi tapi badannya tidak terlalu panas. Merengek lebih. Saya juga letak vitamin C di dalam air ribenanya. Vitamin C nie mudah larut jadi mmg tak ada traces dlm airnya. Saya akan update bila dia recover. harapnya esok demam dia dah berkurang.
Hafiy pukul 8pm minum air ribena dicampur dgn nutriferon 1 scahet dgn 1 vitamin c
 
Saya memang sangat nak menggalakan agar pembaca semua consider mula member anak2 sekurang2nya vitamin C supaya mereka kurang kerap diserang demam/selsema. Jadi saya akan menawarkan trial pack untuk vitamin c dengan nutriferon untuk percubaan.

Today update 16 May Monday - Pagi tadi dlm pukul 11 saya telefon rumah dan pembantu mengata Hafiy dah tak demam.Sudah bermain dgn car hotwheel dia. Bila saya balik ptg ni di ammg dah tak terbaring lagi seperti semalam. Berdiri tengok spongebob..

 
Antara perkongian lainnya daripada blog Ummitiqah...
 
Semasa Muadz baru 3 bulan dia kena selsema yang agak teruk. Hidung tersumbat sampai tak mau menyusu. Masa tu takut nak bawa ke doktor sebab tak mahu bagi baby makan ubat. Tapi bila dia dah sampai tak nak menyusu terus pergi ke klinik.

Doktor kata paru-paru dia dah kena infection dan kena masuk hospital. Masa tu Allah sahaja yang tau betapa risaunya hati ini. Nasib baik ayahnya ada sekali. Seboleh-bolehnya tak mahu dia tinggal di hospital. Selepas berbincang dengan doktor, doktor bagi nebulizer. Katanya ok sedikit tetapi masih banyak kahak dalam paru-paru.

Doktor ni memang sangat bagus. Dia ajar cara tepuk belakang anak secara cupping untuk longgarkan kahak. Doktor juga pesan supaya sedut hingus anak dengan mulut sebab lebih berkesan. (walaupun masa tu rasa geli tapi buat juga sebab nak anak cepat sihat.) Doktor pesan lagi, kalau nampak anak susah bernafas cepat2 bawa ke klinik/hospital terus. Petang nanti datang lagi ambil nebulizer. Doktor bagi MC untuk kami berdua 2 hari untuk monitor baby.
 
 
Masa tu Muadz memang sedikit tak bermaya. Tak mahu senyum, tak mahu main. Sedangkan dia anak yang ceria. Dah la anak pertama, baru 3 bulan pula tu. Jadi memang saya sangat risau. Balik tu bagi juga ubat sedikit kemudian saya ambil bancuh sepeket nutriferon dan minum dan pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah, dia menyusu juga walaupun sekejap-sekejap berhenti untuk bernafas sebab hidung tersumbat.
 
Doktor kata kalau dia muntah kahak lebih cepat keluar tapi muadz tak muntah pula. Petang tu nampak muadz dah macam sihat sikit tapi kami bawa juga ke klinik untuk check semula dan ambil nebulizer. Bila jumpa doktor dan check doktor sangat terkejut. Dia kata ‘A lot of improvement.’

 
Doktor bagi juga nebulizer sekali lagi dan kata tak perlu datang dah. tak perlu ke hospital. Alhamdulillah. Masa tu gembira sangat-sangat. Tak sangka cepat juga kesan nutriferon tersebut. Ada juga tanya doktor ke mana kahaknya pegi sebab sepanjang hari dia tak buang air besar atau muntah. Doktor kata tak mengapa, kahak tu akan cair dalam badan.



Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa yang mengalami masalah kesihatan yang sama tak kira pada anak atau pada diri sendiri..Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubati....


6 comments:

  1. alahainya cumeynya budak demam yang dok dalam tab mandi tu.. hi3.. cute..
    Haii.. cakkk..
    singgah sini jap, nak follow tapi tak jumpa butang follow pun..
    jom follow me back.. leh kita saling kunjung-mengungjung pasni kan..
    salam kenalan yea.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    kalau minat kucen meh le follow sini jugak..
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    mekasih.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenku butang thanks sebab sudi singgah..

      Saya masih baru dlm dunia blog ni...masih belajar-belajar.mana-mana yang kurang sila beri tunjuk ajar ya..

      nanti saya singgah tgk kucen ya..minat lah jugak tapi xsuka bela sebab tak rajin nak basuh berak dia..hihihi...

      Delete
  2. hi... singgah tinggal jejak. kite polo awak balik... tengs sudi singgah, follow dan drop komen. salam perkenalan dari saya

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan.. comelnye baby.. kiut je dia dlm kolam mandi baby tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina Haireina memang dia suka main air wlpn x berape chat...

      Delete

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah