"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Showing posts with label PERJALANAN MENYUSUKAN HARAZZ 1. Show all posts
Showing posts with label PERJALANAN MENYUSUKAN HARAZZ 1. Show all posts

Monday, 23 June 2014

ESP PLUS HORLICKS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
Pejam celik pejam celik lagi tak sampai satu minggu lagi kita dah nak sambut puasa..rasa macam excited pula nak sambut puasa tahun ni..First time Harazz nak sambut raya ni..

Raya lagi sebulan lah ni..tapi ni bukan nak cerita pasal raya..Nak kongsi pengalaman sendiri..Saya consume ESP dari sebelum mengandung ke Harazz sampai lah sekarang..untuk tujuan penyusuan.


ESP plus Horlicks ...Lihatlah ni hasilnyaaaaa. Memang mervolus lah rasanya..susu bertambah-tambah pekat..Sesi mengempam selama 15 minit dapat 6oz.4oz tu letak dalam botol terus coz nak gi jalan-jalan..senang,tak yahlah nak selak-selak nanti kalau Harazz nak menyusu badan.2oz tu simpan dalam peti sejuk buat stok..

Susu pekat, bila anak minum cepat jer dia rasa kenyang. Badan kita pun rasa bertenaga jer..takdelah rasa letih-letih dan rasa tak bertenaga jer..Kenyang pun kenyang..takde dah rasa kejap-kejap lapar..kejap-kejap lapar..Memang berbaloilah....I like it.

Kepada sesiapa yang mengalami susu badan cair,susu tak meriah,anak cepat lapar dan rasa macam tak puas..why not try ESP plus Horlicks ni.mana tau ianya sesuai dan serasi dengan kita...rasa pun sedap tau..


Sebarang pertanyaan dan tempahan serta konsultasi boleh menghubungi saya:
Salmizah Omar
Tel/sms/whatpss/wechat: 013-3752001/010-2985359

Thursday, 22 May 2014

PERJALANAN MENYUSUKAN HARAZZ 1



Salam...

Hari ini cerita tentang pengamalan sepanjang menyusukan Harazz. Sehingga hari ini Harazz dah nak masuk 5 bulan...masih menyusu badan sepenuhnya. Harazz lebih bersemangat badannya kalau nak dibandingkan dengan abangnya. Yelah sekarang ni Harazz pakai baju pun saiz setahun ke atas dah..Baju abang dia masa umur setahun dah boleh dia pakai..
Selepas bersalin seminggu saya balik ke kampung halaman di Terengganu untuk berpantang di sana. Mula-mula risau lah jugak macam mana nak buat stok susu kalau duk kat kampung tapi melalui pembacaan saya mendapat maklumat bahawa susu badan pun selamat dan masih boleh digunakan kalau kita travel jauh-jauh..Yelah dari Terengganu ke Putrajaya perjalanan mengambil masa dalam 7 jam..risau lah jugak..
Setiap 3 minggu sekali abahnya datang melawat kitaorang kat kampung..dan tiap kali balik ke Putrajaya mesti ada bekalan susu yang akan dikirim..Gambar kat atas tu sepanjang tempoh sebulan setengah punya susu..Orang kata kalau nak bagi susu tahan keras dan ais,masukkan ais dan sekali dengan garam..Dan petua tu saya ikut dan Alhamdulillah perjalanan 7 jam, sampai rumah susu masih elok dan berkeadaan keras dan berais lagi.
Sepanjang mengandung bahkan sebelum mengandung pun saya memang mengamalkan ESP. Dalam tempoh berpantang dan menyusu tu saya mengamalkan ESP dan ALFALFA untuk tujuan penyusuan. Dengan ESP..susu badan jadi bertambah pekat (baby cepat kenyang), memberikan tenaga,mengurangkan lengguh-lengguh badan.Alfalfa ni bertindak sebagai milk booster,mengurangkan sembelit.. 
Saya berharap dapat menyusukan Harazz sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun..Kalau abang dia dulu sampai umur 1 tahun 4 bulan sahaja...

Sekarang Harazz dah 4 bulan setengah..berat masa timbang umur 4 bulan 7.01kg..lagi semangat dari abangnya dulu.

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah