"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Friday 16 January 2015

UMUR BERAPAKAH ANAK BOLEH BERJALAN



Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ini hanya bererti dia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum boleh berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.



PERKEMBANGAN SETERUSNYA
Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula mengasah kemampuannya untuk bergerak:
  • Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri sendiri, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan mengundur.
  • Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.
  • Pada usia sekitar usia 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.
  • Kebanyakan kanak-kanak usia 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik.
  • Pada usia 25 bulan atau usia 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia lebih selesa dengan pergerakan tumit ke jari kaki seperti orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.
  • Apabila hari jadi anak anda yang ketiga tiba, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.
sumber:babycenter


Harazz sekarang dah berusia 1 tahun 10 hari...Tak boleh berjalan lagi tapi dan boleh berdiri dengan sendirinya dan berpaut..Kalau Hafiy dulu umur 1 tahun 4 bulan baru pandai berjalan. Yang si adik ni tak tahulah pula umur berapa tapi dah ada gaya-gaya nak berjalan dah tu..
Tengoklah gayanya ni...
ni pun antara port yang dia suka..meja tulis abang..


siap lambai-lambai tangan lagi
habis barang-barang dalam almari dia punggah


kaki pun dah nak masuk dalam almari
tempat yang Harazz suka sangat lepak
nak belajar naik tangga ni...

Tak sabar rasanya nak tunggu dia pandai jalan ni...Nanti kite update lagi ya bila dia dah 'dapat kaki'..










Thursday 15 January 2015

RAWATAN PRE KANSER RAHIM


Assalamualaikum..
 

 
 
 
 
 
 


 
 
 


Monday 5 January 2015

SELAMAT HARI LAHIR HARAZZ

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGGGGG

Macam-macam gaya Harazz makan kek...nak suap sendiri,tak mau orang suapkan...

Hari ni 5 Januari genaplah umur Harazz 1 tahun..Rasa sekejap jer masa berlalu..Masih teringat saat-saat nak melahirkan dia dulu..lebih mudah dan cepat berbanding abangnya..Hafiy dan Harazz lahir 9 hari lebih daripada tarikh due...sama jer dua beradik ni.
Harazz sekarang umur setahun tapi belum boleh jalan lagi..gigi dah tumbuh 4 batang...dah pandai menggigit orang..kadang-kadang fobia gak time nak menyusukan dia.Sekarang ni pagi-pagi pening nak memikirkan nak masak apa untuk bekalan dia ke rumah pengasuh sebab dia dah tak nak makan bubur nasi...dah bosan agaknya...hari-hari kena masak lauk lah macam ni...try bagi kicap laju jer dia makan..dia nak mencuba rasa makanan yang dia tak pernah makan..hari tu masak macaroni sup,waaa.. laju jer dia menelan ..kalau suapkan nasi bubur dia mesti korek nasi dari dalam mulut dia dan keluarkannya...
Apa-apa pun umy dan abah sayangkan Harazz..Harazz amanah yang berharga untuk umy dan abah.Semoga Harazz membesar menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat dan semoga Harazz menjadi kebanggaan umy dan abah nanti..InsyaALLAH....
SAYANGGGGGGG....UUUMMMHHHH....
Harazz dulu dan kini...

 Alhamdulillah Harazz masih menyusukan badan sepenuhnya sehingga kini..Pernah try bagi susu formula bila susu nak merundum dan fikir dia tidak boleh minum EBM, tapi alhamdulillah susu badan masih mencukupi....pengalaman menyusukan dia adalah pengalaman yang sangat indah..Saya berharap dapat menyusukan dia sehingga dia berumur 2 tahun..InsyaALLAH...

Friday 2 January 2015

VITALEA UNTUK KANAK-KANAK


Yeayyyy....Vitalea untuk kanak-kanak sudah kembali!!!!..
Rasanya dalam setahun lebih jugaklah Shaklee memberhentikan pengeluaran Vitalea ini..
 Bagi kanak-kanak yang susah dan minum yang bancuh-bancuh ni (Mealshakes), boleh bagi Vitalea ni..
 
 
Apa yang bestnya Vitalea untuk anak-anak kite ni,nanti saya akan ceritakan lagi..



ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah