"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Monday 12 May 2014

LECITHIN

Asasnya, Lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhanan seperti jantung, telur dan kacang soya.
 
Kandungan Lecithin
Asid Linoleik (essential fatty acid) - amat diperlukan oleh badan tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya. Jadi, ia perlu diambil melalui diet harian.
Kolin - satu komponen neurotransmitter.
Asetilolina- bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf.
Inositol - sebagai kompenen utama membran/selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
 
Kegunaan Lecithin
*Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
* Membantu mengawal paras triglycerides.
*Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.
 
Kepentingan Lecithin untuk fungsi otak
Acethylcholine penting untuk gungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, penghadaman dan sebagainya.
Ianya merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi ini akan tergugat.Acethylcholine dihasilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
 
Kepentingan Lecithin untuk kaum tua
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin. stroke (angina ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh orang tua.
Selain itu ianya juga untuk mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi ,sejuk kaki dan sebagainya.
 
Kepentingan Lecithin untuk penghadaman
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.
 
Kepentingan Lecithin untuk sel
Lecithin diperlukan untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Choline dan lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.
 
Kepentingan Lecithin untuk kesihatan kardiovascular (sistem jantung)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai 'fat Emulsifier' dan ianya amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
 
 


 
 

 

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah