"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Thursday 8 May 2014

B-COMPLEX


Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi?
 
Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.



Apakah Shaklee B Complex?
Ia mengandungi 8 kumpulan vitamin iaitu;

 

 

*Vitamin B1-Thiamin
Ia menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

*Vitamin B2-Riboflavin
Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

*Vitamin B3-Niacin
Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan tekanan dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

*Vitamin B6-Pyridoxine Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan tekanan

*Folate-Folic Acid Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg

*Vitamin B12-Cyanocobalamin
Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

*Biotin
Membantu dalam pertubuhan sel, pengeluaran asid lemak, metabolisma karbohidrat, lemak & protein. Penting untuk rambut, kulit dan kuku yang sihat. Ia juga memelihara kilang peluh, tisu saraf dan sum sum tulang. Juga boleh melegakan kesakitan otot

*Panthothenic Acid
Memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.  Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Menambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety). 

Wah...sangat kompleks bukan?

Dalam erti kata mudah, vitamin B Complex ialah vitamin yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan. Mengurangkan tekanan dan bertindak sebagai penenang.
 
Keperluan B-Complex untuk kita:
1) Menukar makanan kepada tenaga - Ianya membantu badan kita untuk penghadaman, menukar lemak dan karbohidrat serta protien kepada tenaga..Dengan ini dapat mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
2) Melawan tekanan - meredakan sakit kepala, tekanan, kemurugan dan insomnia.
3) Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
4) Rambut beruban dan gugur - Mengekalkan kesihatan rambut bagi yang menghadapi masalah kelemumur, rambut gugur dan beruban.
5) Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan.
6) Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.
7) Meredakan senggugut 
8) Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah, nafas berbau.

Sebab mengapa sesetengah orang yang mengambil B-Complex air kencing menjadi kekuningan....
Ini adalah kerana B-Complex vitamin larut air dan ianya mengandungi eleman kekuningan. Pada peringkat awal pengambilannya, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

Pengambilan air kosong dengan kadar yang mencukupi adalah digalakkan kerana B-Complex merangsang metabolisma dan ini menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba.




 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah