"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Monday, 27 October 2014

KEMASUKAN HAFIY KE TASKA

Memandangkan pada tahun hadapan umur Hafiy dah 4 tahun, saya duk sibuk-sibuklah cari taska untuk dia. Ye lah sepanjang saya bekerja ni Hafiy tinggal dengan pengasuh jer...tak pernah hantar mana-mana taska pun. Kalau dia kecil-kecil tinggal dengan pengasuh ok lah tapi bila dah besar ni dia bosan. Sebab tu kalau duk dengan pengasuh dia tidur jer..pastu kalau malam-malam pukul 12 atau pukul 1 baru tidur. Ada pernah sekali tu dia tak tidur langsung, sampai pukul7 pagi..Time nak hantar rumah pengasuh baru dia tidur.. Seharian tu dia tidur jer lah kat rumah pengasuh..Sah ni mesti kes dia dah puas tidur rumah pengasuh dan malamnya dia berjaga malam lah...tak tidur...last-last kita pun sama-sama turut ikut dia tak tidur..Alih-alih kita yang mengantuk kat ofis....Tahan jer lah...

Kat ofis ramai kawan-kawan yang ada anak umur 4 dan 5 tahun..so pakat-pakat tanya diorang tempat kat mana diorang hantar anak-anak diorang. Kiranya ni survey lah..kalau boleh nak yang banyakkan belajar bab-bab agama ni..maklumlah sekarang ni macam-macam hal berlaku..Pendidikan agama mesti dilebihkan dahulu dan diajar start dari kecil. Bukan kita tak boleh ajar tapi tahu jer lah budak-budak ni..kalau kita yang mengajarnya sekejap jer dia dengar..pastu macam-macam alasan..penatlah,letihlah,nak tidurlah dan macam-macam lagi lah alasanya...

Kalau kat Putrajaya ni antara tempat taska yang boleh menjadi pilihan antaranya...


1)CIC
Lokasi: Presint 14

 
 
Lokasi: Presint 11
 
 
 
Lokasi: Presint 16
 
 
 
4)TADIKA PASTI (PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM)
Lokasi: Presint 8
 
 
 
 
5)KEMAS
Lokasi: Presint 9 dan beberapa lokasi lain sekitar Putrajaya

 
 
6)TADIKA MAIWP (MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN)
Lokasi: Presint 9,16
 
 
Setelah difikir baik buruknya serta dari segi masa, kemudahan nak pergi dan balik maka saya dan husband membuat keputusan nak hantar Hafiy ke PASTI Presint 8..
 
 
  
Ini antara borang dan dokumen yang diperlukan semasa sesi pendaftaran 
 
Cerita pasal nak ambil gambar tu sampai dua kali gak gi kedai foto..ni gara-gara sebab Hafiy tak nak ambil gambar. Selepas dipujuk-pujuk baru dia nak. tu pun kena bagi upah dulu..beli aiskrim baru dia nak.
 
Masa nak daftar pula dia tak nak pula try baju uniform sekolah.. Last-last saya agak-agak jer dan ukur bahu jer lah...sabarlah Hafiy ni macam-macam lah..tu belum masuk sekolah lagi..nanti-nanti bila dah sekolah harap-harap lah dia ok lah..
 
 
 
 

 
 
 
 

4 comments:

  1. haha jangan tak nak pakai baju sudah nnt..anak dara ana masuk hujung tahun baru nak pakai baju sekolah kalau tak bercinta ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor nazliana harap-harap jangan sampai mcm tu lah...xtahu lah nape ank-anak tak nak pki bj sekolah...

      Delete
  2. salam puan.. boleh bg alamt penuh pasti presint 8 tu dan no telefon skali kalau ada.. tq

    ReplyDelete
  3. salam puan.. boleh bg alamt penuh pasti presint 8 tu dan no telefon skali kalau ada.. tq

    ReplyDelete

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah