"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Sunday 20 December 2015

SUPPLIEMN SELAMAT, SUPPLIMEN SIHAT


ANAK ADALAH ANUGERAH TUHAN DAN HARTA YANG PENTING DALAM SEBUAH KELUARGA.
IBU DAN BAPA PASTINYA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK AKAN-ANAK MEREKA MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN BERJAYA.
MEMBERIKAN PERLINDUNGAN YANG SECUKUPNYA KEPADA MEREKA ADALAH TANGGUNG JAWAB IBU DAN BAPA.

PILIHAH YANG TERBAIK UNTUK MEREKA AGAR MEREKA MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN SENYUM GEMBIRA.

PROMOSI DIBULAN DECEMBER SHAKLEE 2015



TERBAIK DIBULAN DECEMBER 2015.
PASTINYA LAGI MENARIK MENUNGGU DI TAHUN 2016.

Wednesday 5 August 2015

TIADA PROMOSI BULAN OGOS ?????

Tiada promosi produk shaklee dibulan ogos ini ???? kenapa yer ?????
Aduh.....!!!! sedih plakk rasanya..


Haha... jangan terkejut atau sedih kerana shaklee ada membuat promosi dibulan ogos ini tapi hanya untuk ahli-ahli shaklee yang berdaftar sahaja..hehehe biasanya pelanggan sahaja kan tapi kali ni speacial sikit sebab ianya hanya untuk kami ahli-ahli dengan promosi bonus berganda dalam bentuk set-set vitamin.
tapi hanya untuk bulan ogos sahaja berdasarkan prestasi ahli-ahli dibulan ogos ini.
kalau yang score banyak point , banyak lah habuanya.. best kan hehe.. kalau sesiapa nak yang menarik bersama ahli-ahli shaklee apa tunggu lagi jom lah joint shaklee bersama kami.




Tapi kepada pelanggan-pelanggan setia shaklee janglah risau kerana ada YES PACK  SHAKLEE yang berlansung hingga oktober 2015.
Anda boleh memilih 4 jenis YES PACK  SHAKLEE nikmati diskaun 5% setiap YES PACK  SHAKLEE. Dan sekiranya anda memilih  YES PACK  SHAKLEE no 4 anda akan mendapat keahlian percuma , penghantaran percuma dan rebit tunai.

MENARIK KANNNN....


Memang menarikkan shaklee ini.. Apatah lagi kalau anda menjadi ahli shaklee , lagi berganda income anda.
Jadi kalau sesiapa yang berminat mai lah joint shaklee bersama-sama kami. Pasti anda sukakannya. Bukan sahaja incomenya malah supplimen shaklee yang sentiasa selamat , sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

JOM HUBUNGI KAMI SEKARANG :)





Tuesday 28 July 2015

TEKANAN DAN PENING



Pernah tak kita mengalami sakit kepala yang amat sangat..nak kata demam,tak demam pun..nak kata banyak fikir rasanya takdelah fikir perkara yang berat-berat pun...Mungkin sebab kita mengalami migrain..






Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan.....pernah customer tanya"aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan? badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kena ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa-apa pun kita kena lah tahu punca-punca maka dapatlah cari jalan penyelesaian..kan kan..

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

Sakit kepala kerana tekanan
Sakit kepala kerana sinus
Sakit kepala kerana migraine
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

Kekurangan zat dan nutrisi 
Faktor keturunan
Kesan dari pengambilan ubat-ubatan 
Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
Terlalu banyak mengambil kafeinMengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Supplemen/vitamin yang sesuai untnk merawat migrain:
 
1)Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

Apa kata mereka yang telah merasai perbezaannya...

Pengambilan supplemen adalah lebih baik daripada pengambilan ubat tahan sakit atau painkiller untuk jangka masa panjang...So,sayangilah dan hargailah diri anda!!!

PENYAKIT BATU KARANG .... SAKIT DOOHHH..

ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis

Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.





Faktor risiko
Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Sepertimana yang tahu pelbagai rawatan yang ada seperti melalui tradisional , pembedahan dan pemakan kesihatan ( supplimen )

jadi yang mana satu piliha anda .

Sunday 5 July 2015

PROMOSI JULAI 2015 BEST... BEST...BEST


Promosi Vivix Shaklee BUY 6 FREE 1
~PERCUMA 1 dengan setiap pembeli 6 botol
JIMAT RM475
PERCUMA Keahlian Shaklee (Bernilai RM69)
PERCUMA penghantaran seluruh Malaysia (Bernilai RM10.60)
PERCUMA 1 botol Vitalea (Bernilai RM88.75)
Promosi Vivix Shaklee Buy 2 Get 5% off

~DISKAUN sebanyak 5%
JIMAT RM47.50
PERCUMA Keahlian Shaklee (Bernilai RM69)
 PERCUMA penghataran seluruh Malaysia (Bernilai RM10.60)
Dan anda layak untuk terima BONUS Shaklee pada bulan seterusnya.


Promosi B-Complex Buy 3 FREE 1 & 
Promosi Vitalea Children Buy 3 FREE 1


B-COMPLEX JIMAT SEBANYAK RM53.75 DAN VITA-LEA FOR KIDS JIMAT SEBANYAK RM111 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang sedang dijalankan boleh hubungi saya. Tawaran ini hanya sah sehingga 31 JULAI 2015.

Friday 8 May 2015

PROMOSI HANGAT DI BULAN MAY 2015


Di umumkan  PROMO di bulan MEI 2015 yang awesome!!!

» BUY 6 FREE 1
#Omega guard
#Phytocol ST


» BUY 3 FREE 1
#Vitalea for Children

Bulan ni adalah bulan untuk turunkan badan , turunkan kolesterol, elakkan serangan jantung, untuk minda lebih bijak dan juga untuk kesihatan yang menyeluruh.

jadi apa tunggu lagi.. dapatkan segera untuk anda atau orang tersayang.cepat...cepat...cepat sebelum habisnya bulan may ini.

anda nak jom hubungi kami dan untuk tambahan kami akan memberikan jadual pemakanan yang terbaik mengikut umur / berat badan / waktu yang sesuai

Friday 3 April 2015

PROMOSI DI BULAN APRIL

Promo Shaklee April 2015

Buy 6 Free 1 Lechitin
Buy 6 Free 1 GLA Complex
Buy 2 Less 5% Lechitin
Buy 2 Less 5% GLA Complex
Buy 3 Free 1 Cinch Shake Chocolate
Buy 3 Free 1 Cinch Shake Cafe Latte
Buy 3 Free 1 DTX
Buy 3 Free 1 Vitalea for Children

Monday 9 March 2015

LAGI MENARIK PROMOSI BULAN MARCH 2015


Makin menarik kan promosi shaklee nii.. belum lagi yang jadi ahli lagi melambak keistimewaan nya.
kalau nak citer peehhh,,, dasyat lerrr :)..

Apa-apa pun pada yang singgah kesini dan jatuh hati pada shaklee jom hubungi kami :)

Friday 16 January 2015

UMUR BERAPAKAH ANAK BOLEH BERJALAN



Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ini hanya bererti dia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum boleh berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.



PERKEMBANGAN SETERUSNYA
Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula mengasah kemampuannya untuk bergerak:
  • Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri sendiri, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan mengundur.
  • Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.
  • Pada usia sekitar usia 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.
  • Kebanyakan kanak-kanak usia 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik.
  • Pada usia 25 bulan atau usia 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia lebih selesa dengan pergerakan tumit ke jari kaki seperti orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.
  • Apabila hari jadi anak anda yang ketiga tiba, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.
sumber:babycenter


Harazz sekarang dah berusia 1 tahun 10 hari...Tak boleh berjalan lagi tapi dan boleh berdiri dengan sendirinya dan berpaut..Kalau Hafiy dulu umur 1 tahun 4 bulan baru pandai berjalan. Yang si adik ni tak tahulah pula umur berapa tapi dah ada gaya-gaya nak berjalan dah tu..
Tengoklah gayanya ni...
ni pun antara port yang dia suka..meja tulis abang..


siap lambai-lambai tangan lagi
habis barang-barang dalam almari dia punggah


kaki pun dah nak masuk dalam almari
tempat yang Harazz suka sangat lepak
nak belajar naik tangga ni...

Tak sabar rasanya nak tunggu dia pandai jalan ni...Nanti kite update lagi ya bila dia dah 'dapat kaki'..










Thursday 15 January 2015

RAWATAN PRE KANSER RAHIM


Assalamualaikum..
 

 
 
 
 
 
 


 
 
 


Monday 5 January 2015

SELAMAT HARI LAHIR HARAZZ

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGGGGG

Macam-macam gaya Harazz makan kek...nak suap sendiri,tak mau orang suapkan...

Hari ni 5 Januari genaplah umur Harazz 1 tahun..Rasa sekejap jer masa berlalu..Masih teringat saat-saat nak melahirkan dia dulu..lebih mudah dan cepat berbanding abangnya..Hafiy dan Harazz lahir 9 hari lebih daripada tarikh due...sama jer dua beradik ni.
Harazz sekarang umur setahun tapi belum boleh jalan lagi..gigi dah tumbuh 4 batang...dah pandai menggigit orang..kadang-kadang fobia gak time nak menyusukan dia.Sekarang ni pagi-pagi pening nak memikirkan nak masak apa untuk bekalan dia ke rumah pengasuh sebab dia dah tak nak makan bubur nasi...dah bosan agaknya...hari-hari kena masak lauk lah macam ni...try bagi kicap laju jer dia makan..dia nak mencuba rasa makanan yang dia tak pernah makan..hari tu masak macaroni sup,waaa.. laju jer dia menelan ..kalau suapkan nasi bubur dia mesti korek nasi dari dalam mulut dia dan keluarkannya...
Apa-apa pun umy dan abah sayangkan Harazz..Harazz amanah yang berharga untuk umy dan abah.Semoga Harazz membesar menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat dan semoga Harazz menjadi kebanggaan umy dan abah nanti..InsyaALLAH....
SAYANGGGGGGG....UUUMMMHHHH....
Harazz dulu dan kini...

 Alhamdulillah Harazz masih menyusukan badan sepenuhnya sehingga kini..Pernah try bagi susu formula bila susu nak merundum dan fikir dia tidak boleh minum EBM, tapi alhamdulillah susu badan masih mencukupi....pengalaman menyusukan dia adalah pengalaman yang sangat indah..Saya berharap dapat menyusukan dia sehingga dia berumur 2 tahun..InsyaALLAH...

Friday 2 January 2015

VITALEA UNTUK KANAK-KANAK


Yeayyyy....Vitalea untuk kanak-kanak sudah kembali!!!!..
Rasanya dalam setahun lebih jugaklah Shaklee memberhentikan pengeluaran Vitalea ini..
 Bagi kanak-kanak yang susah dan minum yang bancuh-bancuh ni (Mealshakes), boleh bagi Vitalea ni..
 
 
Apa yang bestnya Vitalea untuk anak-anak kite ni,nanti saya akan ceritakan lagi..



ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah