"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Thursday 22 May 2014

PERJALANAN MENYUSUKAN HARAZZ 1



Salam...

Hari ini cerita tentang pengamalan sepanjang menyusukan Harazz. Sehingga hari ini Harazz dah nak masuk 5 bulan...masih menyusu badan sepenuhnya. Harazz lebih bersemangat badannya kalau nak dibandingkan dengan abangnya. Yelah sekarang ni Harazz pakai baju pun saiz setahun ke atas dah..Baju abang dia masa umur setahun dah boleh dia pakai..
Selepas bersalin seminggu saya balik ke kampung halaman di Terengganu untuk berpantang di sana. Mula-mula risau lah jugak macam mana nak buat stok susu kalau duk kat kampung tapi melalui pembacaan saya mendapat maklumat bahawa susu badan pun selamat dan masih boleh digunakan kalau kita travel jauh-jauh..Yelah dari Terengganu ke Putrajaya perjalanan mengambil masa dalam 7 jam..risau lah jugak..
Setiap 3 minggu sekali abahnya datang melawat kitaorang kat kampung..dan tiap kali balik ke Putrajaya mesti ada bekalan susu yang akan dikirim..Gambar kat atas tu sepanjang tempoh sebulan setengah punya susu..Orang kata kalau nak bagi susu tahan keras dan ais,masukkan ais dan sekali dengan garam..Dan petua tu saya ikut dan Alhamdulillah perjalanan 7 jam, sampai rumah susu masih elok dan berkeadaan keras dan berais lagi.
Sepanjang mengandung bahkan sebelum mengandung pun saya memang mengamalkan ESP. Dalam tempoh berpantang dan menyusu tu saya mengamalkan ESP dan ALFALFA untuk tujuan penyusuan. Dengan ESP..susu badan jadi bertambah pekat (baby cepat kenyang), memberikan tenaga,mengurangkan lengguh-lengguh badan.Alfalfa ni bertindak sebagai milk booster,mengurangkan sembelit.. 
Saya berharap dapat menyusukan Harazz sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun..Kalau abang dia dulu sampai umur 1 tahun 4 bulan sahaja...

Sekarang Harazz dah 4 bulan setengah..berat masa timbang umur 4 bulan 7.01kg..lagi semangat dari abangnya dulu.

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah