"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Monday 23 June 2014

GAYA HARAZZ MAKAN

Cuti Sabtu minggu ni saya start bagi Harazz makan..oooo..laju jer dia makan.sampai sudu pun ditariknya daripada kita..punyerlah tak sabar nak makan...
 
Untuk first time ni saya blander jer nasi bubur kosong jer. Keesokkannya saya masak nasi bubur pastu blander campur dengan kismis pula..Bagi dia rasa cam manis-manis sikit..Walaupun kali kedua makan ni takdelah geloyoh macam hari first time makan tapi laju lah jugak dia makan..
 
Tengok gaya-gaya Harazz makan ni...
 
Memang seronok tengok Harazz makan....
 
Selepas ni ummy akan mempelbagaikan lagi perasa bubur nasi untuk Harazz ya..Kan mieniy dah bagi resipi..nanti ummy follow ya sayang...mmmuuuahhhhh...
 

TESTIMONI HERBALAX

Kenyang dah perut ni..pagi makan bihun goreng..petang ni makan nasi putih dengan sambal ikan bawal..Nasib lah boleh makan ikan ni..kadang-kadang tak boleh makan ikan pelik-pelik ni..rasa macam hanyir jer..sebab tu kalau ikan bela atau ikan bukan yang laut masim ni saya tak makan..Bukan cerewet tapi memang takleh nak telan..rasa nak muntah jer..loya semacam jer..
 
Balik ni masak nasi ..makan nasi lagi..Sekarang ni macam-macam penyakit yang datangnya adalah sebab faktor makanan..Yelah masa makan tak ingat semua ni..Sebab tu kalau nak makan nasi,makan sekali jer sehari..kalau nak makan jugak,make sure sikit jer lah nasi tu..lauk-lauk takpe banyak pun.
 
Selepas tu sebelum tidur pastikan ambil Herbalax supaya senang membuang pada keesokkan harinya..kalau tak semua lemak-lemak akan terkumpul dalam badan..Lama kelamaan kalau tak dibuang akan jadi toksin dalam badan..sebab tu nantikan datang macam-macam penyakit...Mintak-mintak lah semua tu dijauhkan...
 
Ni nak share pengalaman mereka yang telah consume Herbalax disamping bersama-sama Lecithin untuk menguruskan badan...

 
 
Assalamualaikum kawan2
Testimonial diri sendiri.
Before: 66-68 kg
After: 58 kg
Sy cuma consume Herblax dan Lecithin sahaja. Pada mulanya sy consume utk masalah sembelit yg agak kronik dan kolesterol tinggi (naik bintik kolesterol kt mata dan ikut report medical, kolesterol tinggi), but then after 2 - 3 months badan semakin susut. Kesan yg best: Bintik kolesterol tu dh hilang, kolesterol dh paras normal (kdg2 kurang dari tu) and sembelit makin baik. Sy jenis yg rangka besar, jadi berat sy tak banyak yg turun berbanding org lain, TAPI inch loss mmg banyak. Sekarang ni, kdg2 je sy mcm lecithin dan herblax, bdn tak naik pun. cuma kena kawal makan yer.
Alhamdulillah sy dh dpt berat normal (^_^). To all people out there, kena cuba yer. Kite mampu untuk ubah dan SIHAT. Yang penting, perlu yakin dan konsisten. hehehe
TERIMA KASIH SHAKLEE
 
Pada mereka-mereka yang rasa-rasa badan tu dah berat semacam jer better lah ambil Herbalax ni untuk detox,cuci usus tu kalau-kalau ada toksin dan lemak terkumpul kat situ..Mencegah lebih baik daripada mengubati..
 
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh menghubungi saya....
Salmizah Omar
Tel/sms/whatsps/weechat: 013-3752001/010-2985359
Email: salmizahomar@gmail.com

ESP PLUS HORLICKS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
Pejam celik pejam celik lagi tak sampai satu minggu lagi kita dah nak sambut puasa..rasa macam excited pula nak sambut puasa tahun ni..First time Harazz nak sambut raya ni..

Raya lagi sebulan lah ni..tapi ni bukan nak cerita pasal raya..Nak kongsi pengalaman sendiri..Saya consume ESP dari sebelum mengandung ke Harazz sampai lah sekarang..untuk tujuan penyusuan.


ESP plus Horlicks ...Lihatlah ni hasilnyaaaaa. Memang mervolus lah rasanya..susu bertambah-tambah pekat..Sesi mengempam selama 15 minit dapat 6oz.4oz tu letak dalam botol terus coz nak gi jalan-jalan..senang,tak yahlah nak selak-selak nanti kalau Harazz nak menyusu badan.2oz tu simpan dalam peti sejuk buat stok..

Susu pekat, bila anak minum cepat jer dia rasa kenyang. Badan kita pun rasa bertenaga jer..takdelah rasa letih-letih dan rasa tak bertenaga jer..Kenyang pun kenyang..takde dah rasa kejap-kejap lapar..kejap-kejap lapar..Memang berbaloilah....I like it.

Kepada sesiapa yang mengalami susu badan cair,susu tak meriah,anak cepat lapar dan rasa macam tak puas..why not try ESP plus Horlicks ni.mana tau ianya sesuai dan serasi dengan kita...rasa pun sedap tau..


Sebarang pertanyaan dan tempahan serta konsultasi boleh menghubungi saya:
Salmizah Omar
Tel/sms/whatpss/wechat: 013-3752001/010-2985359

Friday 20 June 2014

TESTIMONI OSTEMATRIX

Apa kata mereka yang telah merasai perubahan apabiala mengamalkan Ostematrix ini...

KEPERLUAN OSTEMATRIX UNTUK KITA


OSTEMATRIX kalsium Shaklee lengkap untuk pembinaan tulang yang kukuh! Terdiri calcium citrate, magnesium, vitamin D, boron dan segala macam mineral untuk pembinaan matriks tulang, bukan sekadar bina tulang.

 
 
Ostematrix Shaklee adalah pil Kalsium yang paling seimbang.
Kenapa seimbang?

Ini adalah kerana Ostematrix Shaklee mengandungi mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang terdiri daripada kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengan mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yg telah berumur secara berkesan.


Kalsium adalah mineral paling banyak yang diperlukan oleh tubuh kita. Berikut merupakan keperluan kalsium harian purata:


Bayi (0-6 bulan) -200mg
Bayi (7-12 bulan) -260mg
1-3 tahun -700mg
4-8 tahun -1000mg
9-18 tahun -1300mg
19-70 tahun -1000mg

Ibu hamil dan menyusu -1200mg

Wanita terutamanya yang hamil dan menyusu badan mempunyai risiko yang tinggi kekurangan kalsium kerana mereka memerlukan jumlah kalsium yang lebih tinggi daripada orang lain. Lebih-lebih lagi wanita yang tak suka susu dan alah pada susu dan tak kurang juga yang sering mengamalkan pemakanan yang kurang sihat. Bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusui akan mengambil kalsium dari ibu mereka. Maka, wanita yang hamil dan menyusu kan bayi secara ekslusif haruslah mengambil kalsium tambahan bagi menampung keperluan kalsium. Kalau tidak ibu akan menanggung risiko tulang reput atau osteoporosis. 

Selain wanita hamil dan menyusukan nak, siapakah lagi yang memerlukan ostematrix?

  • Mereka yang kurang mendapat zat-zat membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang.
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gayahidup yang boleh menghadkanatau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

    MENOPAUS AWAL MENGUNDANG OSTEOPOROSIS

    Satu kajian menunjukkan wanita yang melalui proses menopaus lebih awal berisiko menderita diserang penyakit tulang reput atau osteoporosis.

    Sekumpulan penyelidik Sweden mendedahkan, individu yang putus haid sebelum umur 47 tahun tanpa alasan perubatan didapati berisiko tinggi berdepan masalah patah tulang dan mati awal.

    Di Britain, purata umur wanita mula menopaus adalah pada umur 51 tahun.

    Menurut kajian itu, mereka yang mencapai menopaus sebelum menjangkau usia 47 tahun juga berisiko berdepan masalah penipisan tulang dan menemui ajal lebih awal.
     
    Katanya, kekurangan estrogen bermaksud wanita kehilangan perlindungan semulajadi daripada serangan penyakit jantung dan pereputan tulang.

    Kajian itu tidak mengambil kira wanita yang mencapai menopaus awal disebabkan rawatan kanser atau pembedahan pengalihan ovari.


    sumber pix : google
     
    Putus haid pada umur seawal 47 tahun boleh menyebabkan masalah tulang reput

    Sumber : Kosmo 29 April 2012
    MENOPAUS ... OSTEOPOROSIS...

    Ajal, maut semuanya di tangan Allah s.w.t .. namun, jika kita hanya berserah pada takdir tanpa berusaha untuk mencegah sebarang penyakit, itu adalah salah..Nabi Muhammad S.A.W ada menyatakan bahawa : "setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" ( maksud hadis ) namun Nabi juga berpesan : "mencegah itu lebih baik dari mengubati" ( maksud hadis ).

    Lebih baik mencegah sebelum terlewat......saya sendiri pon rasa cuak jugak bila baca artikel nih...dengan amalan dan tabiat pemakanan serta gaya hidup orang zaman sekarang, tak mustahil jika kita alami masalah begini......punca segala penyakit nih, datangnya dari perut...so, kenalah jaga pemakanan, ikut piramid makanan yang dah disyorkan oleh pakar kesihatan.tapi , boleh ker nak ikut?? dengan kesibukan kerja seharian, membuatkan kita nak benda yang segera jer...ini saya tak cakap orang lain la...hehehe..saya sendiri memang cam tu ...sume pon nak segera...mee segera, bubur segera, berger segera, sayur segera, ikan segera, segala-galanya segera lah..huhuhu..jimat masa kan......!! akibatnya kita akan hadapi di kemudian hari....oleh sebab itu lah, betapa pentingnya makanan tambahan....mulakan sekarang walaupun hasilnya untuk 10 tahun yang akan datang.....cegah sebelum terlambat....
     
    credit to: Masitah Mamat

    Thursday 19 June 2014

    POWER PUMPING

    Apa itu Power Pumping? 
    • teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu 
    • melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik 
    • Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu. 
    Siapa yang perlukan Power Pumping? 
    • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu. 
    • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan. 
    • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc. 
    • Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja. 

    Bagaimana Nak Buat Power Pumping?
    Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).

    Macammana tu ?? Haaa, ini dia secara ringkasnya :-

    0-10min : Pam B1
    10-20 min : Pam B2
    20-30 min : Pam B1
    30-40 min : Pam B2
    40 – 50 min : Pam B1
    50 – 60 min : Pam B2



    Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam.

    Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam (waktu rehat tu cuba minum seteguk air ok).

    Ini pulak kalo anda guna double pumping :-

    0-10min : Pam
    10-20 min : Rehat
    20-30 min : Pam
    30-40 min : Rehat
    40 – 50 min : Pam
    50 – 60 min : Rehat

    Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

    Power pump di hujung minggu
    Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

    Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
    Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.



    Tips umum mengepam
    • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :) 
    • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya 
    • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan 
    • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam. (saya suka teknik nie, lumba sama ada baby kenyang dulu atau botol penuh dulu.., baby saya pun macam dah faham je, ehehehehe) 
    • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu 
    • Pum setiap 2-3jam sekali 
    • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :) 
    • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :) 
      
    Untuk mama-mama diluar sana yang mengambil suplemen bagi menjayakan penyususan, anda haruslah :- 
    • Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya. 
    • Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules. 
    • Minum air sebanyak 3 liter. 
    • Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah. 
    DOA yang berterusan.

    Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.
     
    credit to:masitah mamat

    Wednesday 18 June 2014

    PERBEZAAN NUTRIWHITE DAN ENFUSELLE

    "Set Enfuselle? Set Nutriwhite? Mana satu yang sesuai untuk saya ya?"... Confuse??! Anda keliru mana satu set kecantikan Shaklee yang patut anda pilih untuk kegunaan seharian? Jangan risau. Kami ingin share dengan anda beberapa panduan tentang perbezaan di antara Set Nutriwhite dan Set Enfuselle ini.

     
    Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah samada anda masih mempunyai masalah jerawat atau tidak... Perkara kedua, ketahui samada kulit anda jenis kering, berminyak keseluruhan muka, atau berminyak di zone T sahaja. Sekiranya anda telah kenal pasti dua perkara ini, anda boleh hubungi pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan cadangan set kecantikan Shaklee yang bersesuaian dengan anda. 

    Pilihlah set kecantikan yang bersesuaian dengan jenis kulit anda, bukannya pilih secara hentam kromo... Kulit adalah bahagian yang sensitif dan perlu dijaga dengan rapi. Pemilihan set yang betul adalah penting supaya set kecantikan anda boleh membantu merawat kondisi kulit anda dan bukannya menjadikannya lebih teruk.
      SET NUTRIWHITE ➻ Kulit Normal
    SET ENFUSELLE NORMAL-DRY ➻ Kulit Kering yang berjerawat
    SET ENFUSELLE NORMAL-OILY ➻ Kulit Berminyak yang berjerawat
     
    Apa kata mereka yang telah mencubannya..



    Tuesday 17 June 2014

    PROMOSI JUN 2014-VITAMIN E

    PROMOSI JUN 2014 VITAMIN E MASIH LAGI BERLANGSUNG SEHINGGA HUJUNG BULAN INI

    Buy 6 free 1
    Get free membership..
    get rebat tunai rm25++ untuk next month
    Cantik dalaman dengan consume setiap hari
    Cantik luaran dengan buat masker!

    Antara kebaikannya...



    Apa kata mereka yang telah merasai perubahannya..
     

    ESP KETIKA HAMIL

    SELAMAT PAGI...
    Pagi-pagi Isnin  ni mood mesti ok...kalau tak semua kerja rasa serba tak kena jer..So far hari ni dah 15 Jun..dalam 2 minggu lagi dah nak sambut puasa.. rasa macam kejap jer masa berlalu..
     
    Semalam tidur awal..bangun pagi tadi tengok handphone ada kawan hantar massage kat instagram..sambil baca senyum lebar je...
     
     
    Nak tahu kenapa?..Jom baca ni...
     
     
     
     
     
     
    Alhamdulillah tumpang gembira dengan result kawan ni..Semoga anak yang lahir nanti sihat walaafiat dan gebu macam mama dia jugak..
     
     
    Kepada sesiapa yang ingin turut merasai perubahan yang memuaskan ini,sila hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi:
    Salmizah Omar
    Tel/sms/wechat/whatspss: 013-3752001/010-2985359
     
     

    BUASIR

    Semalam dapat massage dari kawan ofis..katanya dia ada masalah buasir..So dia tanya ada tak produk Shaklee yang sesuai untuk dia bagi megatasi masalah buasir ni...Selepas mengoggle saya pun jumpa lah entry ni...Jom kita baca apa itu buasir,penyebab,jenis-jenis,peringkat-peringkat,cara mengatasi dan vitamin Shaklee apa yang sesuai untuk yang menghadapi masalah ini...
     
    Apakah itu Buasir?
    Buasir atau hemoroid adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membojol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

    Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


    Jenis-jenis Buasir 


     
    Buasir Dalaman

    Lazimnya buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. 

    Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


    Buasir Luaran

    Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

    Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.
     Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
     

    Punca Buasir
    • Sentiasa duduk
    • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
    • Cirit-birit
    • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
    • Batuk yang teruk
    • Bersalin
    • Mengangkat berat
    • Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
    Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
    - Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir mengandung, mengalamai batuk yang melampau dan berpanjangan, meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
     
    Tanda-tanda dan Gejala Buasir
    • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. 
    • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
    • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
     
    Peringkat Buasir
    - Buasir ini ada 4 peringkat, jika anda ada tanda-tanda seperti berikut, dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk elak berlarutan.
    Peringkat 1 ( Tahap 1)
    - Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
     
     
    Peringkat 2 ( Tahap 2)
    - Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur
     
     
    Peringkat 3 ( Tahap 3 )
    - Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya dapat ditolak dengan jari tetapi berasa sedikit sakit.
     
     
    Peringkat 4 ( Tahap 4 )
    - Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Merasa sangat sakit dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecil untuk dilakukan
     
     
    Langkah Pencegahan Buasir
    • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
    • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.
    • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
    • Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena.
    • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
    • Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5-2 liter sehari
    • Makan makanan seimbang : banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
    • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan ( makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsang usus (kopi atau teh)
    • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur) berjumpalah dengan doktor.
    Jika langkah-langlah ini gagal, anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat perit.
     
    Produk Shaklee yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ini adalah...
     
     
     
     
    Jom ikuti pengalaman mereka yang mengalami masalah ini dan selepas mencuba vitamin Shaklee ni..
     
     
     
     
     
     
     
    Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama why not try vitamin Shaklee ni..Atasinya sebelum ianya menganggu kesihatan kita dan menganggu pekerjaan kita nanti...InsyaAllah..
     
     
    Untuk pertanyaan dan konsultasi boleh menghubungi saya:
    Salmizah Omar
    Tel/sms/wechat/whatspss : 013-3752001/010-2985359

    Monday 16 June 2014

    RESIPI UNTUK ANAK...HARAZZ

    Lagi 3 minggu Harazz cukup umur 6 bulan...Dalam fikiran ni tengah fikir macam-macam resipi nak bagi dia makan ni..Sekarang ni pun kalau tengok kita makan apa-apa,dia pun macam nak makan jugak jer....kesian plok dia..Baru-baru ni abang dia makan epal..Dia pandang jer..Ambil sikit picit-picitkan epal tu bagi hancur..pastu suap kat dia...ooo..laju jer dia hisap jari kita ni..siap pegang-pegang lagi tangan ni..

    Ni nak share mieni(mak saudara) dia hantar resipi makanan untuk Harazz..Katanya Harazz jangan bagi makan banyak sangat..kan bertambah tembam..tak larat nak dukung kan..siap pesan lagi tu..hihihi...
     
     
    Tak sabar rasanya nak bagi Harazz makan ni..mesti laju jer dia makan ni..Harazz tunggu 3 minggu lagi ya sayang...mmmuuuaahhh...
     

    Friday 13 June 2014

    ESP MENGATASI MASALAH PERUT BERANGIN

    Bulan puasa hampir tiba..Ingat lagi tahun lepas saya dapat puasa penuh..Alhamdulillah..time tu pregnant kat Harazz 3 bulan setengah..sesetengah orang time ni lah macam-macam alahan yang dialami..Tapi saya..Alhamdulillah,tak adalah alahan yang teruk sangat..cuma time nak gosok gigi tu mesti muntah-muntah...
     
    Sejak awal mengandung lagi saya ni cepat jer lapar...kejap-kejap makan...kejap-kejap makan..makanan tu mesti sentiasa ada. Kalau pergi mana-mana tu dalam beg mesti spare biskut...kang lapar senang..sampai penuhlah dalam handbeg..kalau tak makan mesti perut rasa macam 'sebu' jer..macam masuk angin..
     
     
    Saya consume ESP bersama-sama oat...Memang menjadi kesukaan saya..Best sangat..
     
     
    Tapi sejak saya consume ESP Shaklee...Alhamdulillah masalah asyik lapar dan perut 'sebu' dapat diatasi..1 hari berpuasa pun boleh tahan...badan pun rasa cergas jer..tak ada dah rasa lapar-lapar ni..
     
    Apa istimewanya ESP Shaklee ni untuk ibu mengandung...
    • Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
    • Mencantikan kulit ibu dan bayi dalam kandungan...Macam kulit Harazz sekarang..putih gebu..kalau jumpa kawan-kawan mesti diorang tegur dia..Baby ESP..
    •  Harazz sekarang dah 5 bulan..berat pun dah 7.4kg..
        
    • Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
    • Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua atau muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Selamat dan sesuai diminum oleh ibu-ibu yang ada masalah kencing manis...Setiap kali pregnant kan sekarang kena minum air gula pastu kena ambil darah..isshhh..tak sukanyer...
     
    Semasa mengandung,berpantang dan bahkan time menyusu ni  pun saya consume ESP kerana ESP ni bertindak sebagai milk booster saya..susu pun pekat..Badan pun rasa bertenaga jer...Memang berbaloi lah..
     
     
    Sesi mengempam pagi tadi sebelum pergi kerja selama 10 minit..susu pun pekat jer..Suka sangat-sangat...
      
    Kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama why not ambil ESP ni..Sesungguhnya kalau kita tak cuba mana kita tahu ianya serasi tak dengan kita..Betul tak??

     
    Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh menghubungi saya..
    Salmizah Omar
    Tel/sms/wechat/whatps: 013-3752001/010-2985359

    Thursday 12 June 2014

    PHYTOCOL-ST

    Pada majlis NC minggu lepas Shaklee telah memperkenalkan satu produk baru..iaitu Phytocol-ST..tu dia..terbelik lidah nak sebutnya..Semalam husband tanya produk terbaru ni..belik-belik lidah nak sebut..hihihi..
     
     
     
     
    Phytocol-ST adalah vitamin khusus untuk KOLESTROL!..KOLESTROL ni pembunuh dalam diam tau..haaa,jangan dibuat main dengan KOLESTROL tinggi..ianya menjadi penyebab kepada serangan JANTUNG..sebut pasal penyakit jantung,korang mesti dah tau komplikasinya apa kan..ianya melibatkan antara HIDUP dan MATI..jantung kita ada 1 je kan..dah tiada galang gantinya lagi..Siapa yang ada masalah kolestrol tinggi, atau pun masalah nafsu makan tak terkawal..lebih-lebih lagi makanan berlemak..sangat digalakkan beli produk baru Shaklee, Phytocol-ST ni..



     

    Apakah Kolesterol Tinggi
    Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi satu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia
     

    Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL ) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi ( HDL) , dan ketumpatan perantaraan ( IDL ). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui yang kepadatan anda mengalaminya.
     
     



    Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :
    Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;

    • Masalah Pernafasan
    • Sakit dada
    • Pening
    • Denyutan jantung yang tidak tetap
    • Loya dan muntah-muntah
    • Kebimbangan melampau
    • Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
    • Berpeluh dingin

     
    Rawatan yang boleh dilakukan
    Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.

    • Senaman yang kerap
    • Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
    • Had pengambilan alkohol
    • Berhenti merokok
    • Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
    • 6-8 jam tidur satu malam
     



    Fungsinya ia mampu menurunkan kolestrol secara semulajadi. Bahaya yer kalau kolestrol tinggi.. Mungkin sekarang tak nampak, hepi je rasa sihat.. tapi dalam tak sedar kolestrol yang tinggi tu lah yang boleh membawa maut..

     
    Cara pengambilannya, kena ambil suplemen ni sebelum makan makanan berlemak tu.. Jadi memang kena ada sentiasa lah.. sebab korang ni kan pagi-pagi dah makan nasi lemak , tengahari karang nasi lauk masak lemak, eh macam-macam lauk lagi lah yang korang nak ngap...tu tak masuk lagi dinner karang entah apa lagi korang nak makan.... jadi bawaklah produk ni gi mana-mana..
     


     
     

     
    Oleh itu sayangilah diri anda dan orang-orang disekeliling anda yang turut menyayangi anda!!

     

    MIGRAIN



     
     
    Pernah tak kita mengalami sakit kepala yang amat sangat..nak kata demam,tak demam pun..nak kata banyak fikir rasanya takdelah fikir perkara yang berat-berat pun...Mungkin sebab kita mengalami migrain..






    Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan.....pernah customer tanya"aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan? badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kena ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa-apa pun kita kena lah tahu punca-punca maka dapatlah cari jalan penyelesaian..kan kan..

    Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

    Sakit kepala kerana tekanan
    Sakit kepala kerana sinus
    Sakit kepala kerana migraine
     
    Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
     
    Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
     
    Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

    Kekurangan zat dan nutrisi 
    Faktor keturunan
    Kesan dari pengambilan ubat-ubatan 
    Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
    Terlalu banyak mengambil kafeinMengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
     
    Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
     
    Supplemen/vitamin yang sesuai untnk merawat migrain:
     
     
    1)Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
    Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
    Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
    Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
     
    Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

     
    Apa kata mereka yang telah merasai perbezaannya...

     
     
    Pengambilan supplemen adalah lebih baik daripada pengambilan ubat tahan sakit atau painkiller untuk jangka masa panjang...So,sayangilah dan hargailah diri anda!!!
     
    Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh menghubungi saya:
    Salmizah Omar
    Tel/sms/wechat/whatsps: 013-3752001/010-2985359

    ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah