"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Wednesday 21 May 2014

KEPENTINGAN AIR

 
 
Jom kita sama-sama audit diri masing-masing...cukup ker air kosong@air masak@air putih yang kita minum dalam sehari??...Saya pun bukannyer jenis yang suka minum air kosong pun. Kalau minum pun 1 hari susah nak capai 1 botol bersamaan 1.5 liter..Kalau air manis-manis tu laju jer.. Oleh sebab sekarang ni menyusu badan,terpaksalah paksa-paksa diri untuk banyak minum air kosong ni..

Untuk info bersama..AIR adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar system dalam tubuh mampu bekerja dengan optimum dan minda juga berindak dengan cergas dan bertenaga.
 

Pengambilan air yang mencukupi dan secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menjana tubuh badab yang cergas dan sihat. Antara fungsinya ialah, untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.

Air berperanan untuk memastikan organ-organ seperti mulut,mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi  menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan. Air bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.


 




Macam mana kita nak tahu jumlah air yang diperlukan oleh badan kita??....

 Ni cara kita nak kira jumlah air tu..
Sebanyak 1 liter air adalah untuk 25kg berat badan.
Contonya, berat badan 75kg..so pengiraan air yang diperlukan adalah:
 
25 kg=1 liter
75kg /25kg=3 liter
 
Maka keperluan jumlah air yang diperlukan oleh badan adalah 3 liter.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? 
Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
 
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek) 
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah 
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak 
  • Tekanan darah menurun 
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk 
  • Lesu pada waktu siang 
  • Sakit belakang 
  • Dehidrasi 
  • Sakit kepala 
  • Memperlahankan kadar metabolisma 
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara 
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan 
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik 
  • Meningkatkan keinginan untuk makan 
  • Darah menjadi pekat 
  • Mudah keliru. 
  • Degupan jantung meningkat 
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

 


SATU daripada tips kesihatan dan kecantikan yang selalu kita dengar ialah amalan minum banyak air. Biasanya, pengambilan air dikaitkan dengan kelembapan dan kesegaran kulit.
 
 
 Sesetengah daripada kita memang malas nak minum air banyak-banyak ni.Alasannya,malas ke tandas..mesti asyik nak terkencing jer nanti..Mulai hari ini hentikan andaian ini kerana kesihatan kita adalah lagi penting. Hentikanlah alasan malas untuk berulang-alik ke tandas. Hargailah kesihatan kita!!!..........


ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah