"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Tuesday 17 June 2014

BUASIR

Semalam dapat massage dari kawan ofis..katanya dia ada masalah buasir..So dia tanya ada tak produk Shaklee yang sesuai untuk dia bagi megatasi masalah buasir ni...Selepas mengoggle saya pun jumpa lah entry ni...Jom kita baca apa itu buasir,penyebab,jenis-jenis,peringkat-peringkat,cara mengatasi dan vitamin Shaklee apa yang sesuai untuk yang menghadapi masalah ini...
 
Apakah itu Buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membojol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Jenis-jenis Buasir 


 
Buasir Dalaman

Lazimnya buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. 

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.
 Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
 

Punca Buasir
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
- Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir mengandung, mengalamai batuk yang melampau dan berpanjangan, meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
 
Tanda-tanda dan Gejala Buasir
  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. 
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
 
Peringkat Buasir
- Buasir ini ada 4 peringkat, jika anda ada tanda-tanda seperti berikut, dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk elak berlarutan.
Peringkat 1 ( Tahap 1)
- Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
 
 
Peringkat 2 ( Tahap 2)
- Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur
 
 
Peringkat 3 ( Tahap 3 )
- Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya dapat ditolak dengan jari tetapi berasa sedikit sakit.
 
 
Peringkat 4 ( Tahap 4 )
- Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Merasa sangat sakit dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecil untuk dilakukan
 
 
Langkah Pencegahan Buasir
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena.
  • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
  • Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5-2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang : banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan ( makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsang usus (kopi atau teh)
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur) berjumpalah dengan doktor.
Jika langkah-langlah ini gagal, anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat perit.
 
Produk Shaklee yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ini adalah...
 
 
 
 
Jom ikuti pengalaman mereka yang mengalami masalah ini dan selepas mencuba vitamin Shaklee ni..
 
 
 
 
 
 
 
Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama why not try vitamin Shaklee ni..Atasinya sebelum ianya menganggu kesihatan kita dan menganggu pekerjaan kita nanti...InsyaAllah..
 
 
Untuk pertanyaan dan konsultasi boleh menghubungi saya:
Salmizah Omar
Tel/sms/wechat/whatspss : 013-3752001/010-2985359

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah