"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Friday, 17 October 2014

EBM HARAZZ TERPAKSA DIBUANG

Sayang sangat-sangat.....tapi apakan daya dah expired....
tak tahu nak cerita macam mana rasa time nak buang semua EBM ni...sedih,pilu jer rasa.
Oleh sebab kesihatan Harazz yang kurang memuaskan, so saya tak bagilah dia minum susu EBM. Hari-hari saya bekalkan dia dengan susu fresh jer...hari ni pam kat ofis..esoknya bawa pergi rumah pengasuh..Setakat ni Alhamdulillah lah susu cukup untuk dia..Harazz pun dah start makan..

Ni stok untuk bulan 1 dan 2..semuanya dah expired...




Ni stok untuk bulan 3. Yang ni pun dah expired. Sayangnyer..



Stok untuk bulan 4 dan 5 masih ada simpan dan peti ais tu..bakal dibuang gak tu...tak banyak sangat kerana time ni Harazz dan tak minum EBM..minum yang fresh jer..so takdelah saya buat stok untuk EBM.


TAHAP KESIHATAN HARAZZ
Sejak dalam pantang kesihatan Harazz kurang memuaskan..Selalu jer bila dia bernafas macam ada bunyi kahak..Mak kata salah satu sebabnya adalah kerana masa lahir tu nurse tak buang habis kahak tu..tapi saya tak pastilah betul atau tak...Selalu gak lah bawa Harazz pergi klinik dan hospital. Kalau kat klinik dan hospital kalau kes macam ni diorang bagi nebulizer lah...Kesian Harazz..Ada tu pernah sekali bawa dia pergi hospital, doctor ambil darah dan buat x-ray kot-kot ada jangkitan kuman. Alhamdulillah Harazz sihat...Melalak-lalak dengar dia menangis...sayu jer rasa dengar dia kena cucuk nak ambil darah...Bila balik kat rumah tengok tangan dia ada 5 bekas diorang cucuk...kesian Harazz. Atas sebab faktor ni saya dah tak bagi Harazz EBM...

 

Harazz sekarang dah berumur 9bulan setengah berat dah 8.4kg(masa timbang umur 8 bulan),fully breastfeed


SEDIKIT PERKONGSIAN TENTANG EBM
Istilah-istilah berkenaan EBM
*EBM-Expressed Breast Milk
*Fresh EBM-susu yang baru diperah
*Chilled EBM-susu yang dah diperah, disejukkan di bahagian sejuk
*Frozen EBM-susu yang disimpan di tempat beku


TEMPOH HAYAT 
*FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik
*CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dah minum perlu habiskan dalam masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dengan susu
*FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yang diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan
 
Sesungguhnya luas sebenarnya ilmu pasal EBM ni. Kite perlu sentiasa mempelajarinya agar anak-anak kita mendapat khasiat yang penting untuk perkembangan dan tahap kesihatan mereka yang baik.
 
 


No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah