Sekarang ni musim peperiksaan SPM berlangsung..Salah seorang adik saya yang paling bongsu menduduki SPM pada tahun ini. Ingat lagi time saya nak ambil SPM dulu-dulu, mesti rasa takut jer..al maklumlah SPM ni penentu hala tuju hidup selepas tu dan harap sangat-sangat dapat masuk universiti...stress jer rasa..
Siapa-siapa pun di antara kita mesti pernah rasa stress...Rasa stress dengan exam,rasa stress dengan pekerjaan dan macam-macam lagi...
Sebenarnya stress ni punca datangnya banyak penyakit-penyakit kronik. Banyak kesan-kesan kurang baik ke atas kehidupa especially wanita. Stress menggangu sistem pencernaan kita (sakit perut,sembelit,cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan. Berat badan naik bukan je sebab kita banyak makan tapi kalau kita stress pun boleh menyumbang ke arah obesiti.
Jadi, untuk mengawal stress kita perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu menangani stress. Mari lihat ahli keluarga Vitamin B-Complex:
- Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
- Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
- Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
- Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
- Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
- Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
- Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.
B-complex pilihan saya
B-Complex Shaklee ni berbeza kerana ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif.....
*Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
*Mudah di telan.
*Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.
Antara kisah dan akibat yang berlaku apabila stress ini tidak dibendung:...
AKIBAT STRESS BEKAS PENGACARA RANCANGAN GOSSIP MINUM CLOROX
Perkhabaran kurang gembira kami terima dari
mereka yang rapat dengan selebriti ini. Hendak percaya pun agak sukar untuk kami
buat masa ini.
Sekitar jam 5.00 petang tadi, seorang selebriti yang bergelar pelakon juga bekas pengacara sebuah rancangan gossip popular telah di’gegaskan ke sebuah hospital.
Khabarnya, sebelum selebriti ini di’kejarkan ke hospital, beliau berasa terlalu tertekan sehingga mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.
Ahli keluarga yang kebetulan berada di’rumah bersama selebriti ini sedar akan perbuatan beliau & tidak mengambil masa lama untuk membawa selebriti ini ke hospital & terus di’gegaskan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Selebriti wanita itu kini di’khabarkan sudah di’pindahkan ke wad rawatan biasa dan akan di’benarkan keluar selewat lewatnya esok hari dengan keizinan doktor.
Kami sangat berharap kisah yang kami terima ini tidak benar & selebriti ini boleh berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan yang di’luar waras fikiran.
Banyak lagi cara untuk selesaikan sebarang masalah yang melanda.
Sekitar jam 5.00 petang tadi, seorang selebriti yang bergelar pelakon juga bekas pengacara sebuah rancangan gossip popular telah di’gegaskan ke sebuah hospital.
Khabarnya, sebelum selebriti ini di’kejarkan ke hospital, beliau berasa terlalu tertekan sehingga mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.
Ahli keluarga yang kebetulan berada di’rumah bersama selebriti ini sedar akan perbuatan beliau & tidak mengambil masa lama untuk membawa selebriti ini ke hospital & terus di’gegaskan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Selebriti wanita itu kini di’khabarkan sudah di’pindahkan ke wad rawatan biasa dan akan di’benarkan keluar selewat lewatnya esok hari dengan keizinan doktor.
Kami sangat berharap kisah yang kami terima ini tidak benar & selebriti ini boleh berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan yang di’luar waras fikiran.
Banyak lagi cara untuk selesaikan sebarang masalah yang melanda.
PELAJAR IPTA HADAPI TEKANAN TERJUN TINGKAT TUJUH BANGUNAN
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, yang dipercayai mengalami tekanan perasaan mengejutkan rakan-rakannya apabila terjun daripada tingkat tujuh asrama penginapannya dalam keadaan berbogel, semalam.
Kejadian berlaku jam 11.30 pagi dan tindakan penuntut lelaki itu disedari seorang kakitangan asrama yang sebelum itu melihatnya dalam keadaan mencurigakan.
Jurucakap polis berkata, penuntut berusia 21 tahun yang juga pelajar tahun satu itu terjun melalui tingkap bilik asrama sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian bawah bangunan berkenaan.
“Mangsa mengalami tekanan perasaan dan tindakannya itu dilakukan dalam keadaan luar sedar. Dia yang parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh pengurusan IPTA berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mangsa kini dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal di wad Zon Merah HPP.
Jurucakap itu berkata, siasatan awal mendapati penuntut terbabit mula belajar di IPTA itu pada tahun lalu dan rekod kesihatannya menunjukkan dia pernah dilaporkan sakit sebelum diberikan cuti rehat.
“Dia dilaporkan baru melaporkan diri untuk meneruskan semula pengajian pada minggu lalu,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan.
Kesimpulannya di sini jelas menunjukkan bahawa jika stress ini tidak dibendung maka bermacam-macam nahtijahnya kepada kita dan juga orang-orang disekeliling kita..Jika kita tidak sayangkan diri kita tetapi ingatlah mereka-mereka yang melahirkan kita serta mereka-mereka yang menyanyangi kita...Apa-apa pun berbaliklah dan memintalah kepada Yang Maha Berkuasa...InsyaALLAH...
No comments:
Post a Comment