"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Tuesday, 18 November 2014

RIADAH HUJUNG MINGGU KAMI

Salam pagi semua...

Hari ni nak story aktiviti kami anak beranak pada cuti minggu lepas. Pagi-pagi bangun terfikir nak masak apa untuk hari tu...Biasanya kalau cuti macam tu lah..Dah dapat idea tu check kat dapur ada tak bahan-bahannya.. Kalau semua ada laju jer.............
Nak tahu apa sarapan kiteorang anak beranak?....

pulut kelapa
....PULUT KELAPA@ PULUT NYIOR...
sebab ikan takde so makan dengan ikan bilis dan keropok keping aje lah...sedap. Kalau Hafiy makan pulut dengan keropok keping jer..kalau dengan kelapa dia tak makan...untuk Harazz suap roti kosong cicah air masak jer..
 
 
Memandangkan cuaca hari tu agak panas, so tengaharinya Hafiy dan Harazz kami ajak mandi kolam. Nak pergi mandi kolam kat luar saya tak berapa nak suka sangat sebab airnya saya tak suka..kalau air terjun ker air sungai ker ok lah jugak..Lagipun kot tak sesuai untuk Harazz...kan tak pasal-pasal selsema dia datang semula...Bila dia selsema mesti dia bernafas macam ada bunyi..Tu yang risau tu..
 
Hafiy dan Harazz berendam kat kolam di beranda rumah. Harazz mula-mula takut sebab masa abah dia pam kolam ada bunyi bising..tapi lama kelamaan ok dah..siap main tepuk-tepuk lagi air tu...bukan main suka dia..Hafiy memang antara kesukaan dia ni...lama-lama berendam pun ok jer....
 
 
Petangnya cadang nak bawa diorang gi jalan-jalan area Masjid Putra tapi petang tu mendung jer..so tak jadilah..duk umah jer lah kiteorang..Hafiy biasa lah macam-macam aktiviti dia..Harazz pun ikut sama layan dengan abang dia..
 
Tengok Hafiy ni...badminton antara kesukaan dia..asal gi kedai mainan kalau nampak badminton mesti nak. Adik duk tengok jer..Bila duk walker ni laju jer ke sana ke mari..Hafiy masuk bilik depan dia ikut,masuk bilik belakang pun dia ikut....Memang suka dia ikut abang dia..
 
 
Sekarang Harazz dan 10 bulan. Masa check up minggu lepas berat dah 9kg...masih fully breastfeed..Gigi pun dah tumbuh 2 batang kat bawah..atas gigi kapak baru nak tumbuh...Dah pandai nak menggigit. Setakat ni belum pernah menggigit time menyusu. Merangkak pun dah laju..meniti kat tepi-tepi sofa belum lagi berani sebab kalau dia meniti mesti kena pegang dia sebab belum pandai nak imbang badannya sendiri lagi..Kalau dia meniarap mesti kena tengok-tengok sebab si Harazz ni suka mengutip pastu masuk mulut. Kalau Hafiy dulu tak pandai nak mengutip-gutip ni....
 
 
Setakat ni cerita hujung minggu kami yang lepas.
 
 
Nanti saya akan ceritakan pula untuk hujung minggu yang akan datang sebabnya ada sesuatu yang istimewa untuk Hafiy.
Nak tahu apa? Tengok poster di bawah ni....
 
KARNIVAL UPIN DAN IPIN
 
KARNIVAL UPIN DAN IPIN di PICC,Putrajaya...
 
Jom kita bersama-sama memeriahkanya..Sempena cuti sekolah bolehlah bawa anak-anak ke sana nanti....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah