Karnival Upin dan Ipin tinggal beberapa hari jer lagi nak start..Bermula daripada iklan kat TV hari-hari Hafiy tengok sampaikan dia pun dah hafal liriknya..
"Saksikan Karnival Upin dan Ipin di PICC pada 21-23 November ini dan nantikan kemunculan istimewa Ultraman"...
..ni antara lirik iklan yang Hafiy selalu sebut..sampaikan saya pun dah sama-sama terikut dan ingat..
Dan selepas iklan tu mesti dia tanya bila Upin dan Ipin nak datang Putrajaya?..
Betul-betul tak sabar dia nak jumpa dengan Upin dan Ipin. Pernah sekali kami sekeluarga terjumpa dengan maskot Upin dan Ipin di Tesco Puchong pada tahun 2013. Masa jumpa tu dia betul-betul teruja,lain benar mukanya..excited. Kalau gi kedai buku nampak komik Upin dan Ipin mesti dia nak beli walaupun dia belum pandai membaca lagi...Tengok gambar-gambar je lah..
Masa balik kampung 2 bulan lepas pak saudara dia ada bawa balik buluh untuk buat sangkar burung..Hafiy tanya pokda (gelaran untuk pak saudara) buat apa tu? Pokda kata nak buat sangkar burung..."oooo...atuk pun buat gak..atuk buat layang-layang...atuk Upin" katanya....
tergelak pokda dia dengar sebab dia ingatkan atuk dia (kat Kota Damansara) rupa-rupanya atuk Upin dan Ipin.
Gaya percakapan Hafiy hari-hari pun dah macam Upin Dan Ipin...Semua watak-watak dalam citer tu pun dia dah kenal. Memang watak Upin Dan Ipin memberi pengaruh yang besar keapada Hafiy. Sekarang ni pun adik dia,Harazz yang berumur 10 bulan pun dah pandai..kalau dengar iklan Upin dan Ipin kat TV cepat-cepat jer dia tengok...
InsyaAllah...sempena karnival Upin dan Ipin saya sekeluarga akan ke sana..berjumpa dengan Upin dan Ipin beserta Ultraman...Anak tak sabar..Umi nya jugak tak sabar nak tengok reaksi Hafiy nanti macam mana...Al maklumlah hari-hari dia duk tanya jer..bila nak datang...bila nak datang..
Sempena musim cuti sekolah jugak jom kita pakat ramai-ramai memeriahkan karnival ini..
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
JUMPA DI SANA!!!!
.......Hafiy bersama-sama Upin dan Ipin..........
No comments:
Post a Comment