"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Monday 10 November 2014

KEK GULA HANGUS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Selamat bekerja pada yang mula bekerja pada hari ini..Kalau sebelah pantai timur dan utara semalam lagi diorang dah start kerja...Opssss terlupa sebelah selatan iaitu Johor pun dah start kerja semalam.. Kadang-kadang kalau public tanya hari Ahad ofis buka ker tak di Johor, confiuse jap saya..Al maklumlah dah bertukar waktu operasi...

 Cuti Sabtu dan Ahad minggu lepas saya menrajinkan diri untuk buat kek. Sebenarnya dah lama nak buat cuma mood rajin tu belum nak datang..

Hasilnya....kek gula hangus hujung minggu lepas..
Jom saya kongsikan resipinya kot-kot lah ada yang berminat nak mencubanya..


BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan untuk gula hangus
(Buat yang ni dulu sebelum bancuh adunan)
1 1/2 cawan gula
2 cawan air mendidih
3 sudu besar mentega
 CARA-CARA
1)Masukkan gula dalam periuk dengan api yang sederhana. Kacau gula sampai larut dan warna keemasan.
2) Bila dah keemasaan, masukkan air panas
(Perlu hati-hati sebab takut gula jadi meletup-letup)
kacau samapi gula keemasan yang berketul-ketul tu larut.
3) Masukkan mentega. Kacau sehingga mentega benar-benar larut.
(Tutup api dan sejukkan)

Bahan-bahan lain..
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu esen vanilla
CARA-CARA
1) Pukul telur sampai kembang. Yang ni saya blander ajer.
2) Masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
3) Masukkan esen vanilla
4) Ayak tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder.
5) Masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam blender pastu blend.
6) Last sekali masukkan gula hangus tadi ke dalam blander dan blend lagi.

Bakar lebih kurang 1 jam di antara suhu 150-160 darjah Celsius.

bahan-bahan kek gula hangus


Ni lah hasilnya.....
kek gula hangus
Bersarang-sarang tak kek saya?...
 
 
Jeles tak tengok kek saya? Sedap tau..bersarang-sarang tu..Senang jer kan nak buatnya. Apa lagi jom sama-sama buat...dan selamat membaking!!...






No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah