"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Tuesday 9 September 2014

KELAS BLOG


Suka suki sekitar kelas berlangsung

Pada 31 Ogos 2014 yang lepas telah berlangsung kelas blog yang diadakan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya area Kampung Pandan. Sebenarnya tu first time pergi situ. So nasiblah ada Mr waze...ia lah yang tunjukkan jalan..
 
Kelas bermula pada jam 10.30 pagi dah berakhir pada jam 5.00 petang. Memang seronok,happening jer. Tempat pun ok. Banyak ilmu blog yang diperolehi..Al maklumlah saya ni bukannya pandai pun dalam dunia blog-blog ni..selalu suka baca blog diorang-diorang..jeles...cantik-cantik dan berinfomasi, tapi nak buat sendiri tak berapa nak pandai.,Sebab tu lah saya pergi kelas blog ni.
 
Kelas blog ni anjuran mak Shaklee saya..Masitah Mamat..serius,jeles tengok blog dia,cantik..Ye lah dia dah 5 tahun menceburi dalam dunia blog ni...saya?...ummmmm baru beberapa bulan jer..Tapi terima kasih kat mak saya ni sebab sudi luangkan masa dan bersama-sama berkongsi ilmu tentang blog...

Antara ilmu yang diperolehi semasa kelas blog ni termasuklah:
*Cara nak bina blog
*Cara nak buat blogwalking
*Nak masukkan gambar dalam entry
*Buat Properties di setiap gambar yang dimasukkan
*Heading gambar...warna
dan banyak lagi lah..semuanya basic jer..

Sebenarnya,blog saya ni masih lagi dalam proses penambahbaikan..mana-mana yang kurang tu adakan ditambah dan diubahsuai..al maklumlah saya budak baru belajar ni...hihihi....
 
Tengaharinya kami disajikan dengan hidangkan nasi dagang..Lama tak makan nasi dagang, sedap pula rasanya..dan macam-macam desert ada. Semuanya atas usaha masing-masing yang hadir untuk turut serta membawa makanan...Alhamdulillah...kenyang...
 
Sebelum kelas ni berakhir, kami disajikan dengan majlis memotong kek..Mak Masitah Mamat yang design kek ni...Serius cantik dan sedap..
 
Memangkan saya ni budak baru balajar, harap-harap selepas ni banyak lagi kelas-kelas yang akan diadakan bagi menampung kekurangan ilmu yang ada ini...Sesungguhnya tak rugi kalau kita banyak ilmu kerana dengan ilmu tu kita boleh menolong mereka-mereka yang memerlukan...InsyaALLAH....


No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah