Biasanya pada tiap-tiap hujung minggu kami sekeluarga akan balik rumah family sebelah husband di Kota Damansara..Tapi minggu ni kita orang tak balik ke sana memandangkan mak mertua masih berada di kampug di Kuala Selangor..
Mulalah otak ni ligat duk fikir ke mana destinasi kami pada minggu ni....dapat tahu dari member ofis ada jualan gudang barangan elektrik..bolehlah pergi memandangkan memang tengah cari oven..kononnya nak buat kek,roti tapi tak tahulah bila buatnya...tengok pada kerajinan gak sebenarnya...bila mood rajin datang,apa-apa pun menjadi..
Ni tempat jualan gudang tu..awal-awal pagi kami dah pergi...first time pergi ni, mr waze bantu tunjukkan jalan..
Bertolak pukul10 pagi..sampai dalam pukul11 pagi...memang ramai orang. Nak parking pun susah. Dua kali jugaklah main pusing-pusing..last-last dapat parking dekat dengan gudang...Alhamdulillah...
oven ni lah yang saya beli..dapat harga rm110..murah dan berbaloi kan..barang baru maybe sebab kat atas tu ada kesan kemek cikit,tu sebab harga murah..tapi kalau beli kat luar ni pun dalam rm200 lebih jugak ni...
asalnya memang nak beli oven jer..sekali terjebak beli water dispanser jugak..yang ni dapat harga rm130..kalau tak biasa harga kat luar dalam rm230..balik-balik terus pasang dan guna ni..pas ni senang nak bancuh susu Hafiy...
Habis memborong ni dalam pukul 2 petang. Awal lagi nak balik..Ajaklah husband bawa budak-budak pergi jalan-jalan lagi.Sebab dah janji dengan Hafiy nak bawa pergi main ball, kami singgahlah di Jkids Paradigm Mall...
Bawa Hafiy dan Harazz ke Jkids di Paradigm Mall..first time datang dulu bayaran dalam rm25 untuk weekend..sekarang dah rm30..masa datang dulu Harazz masih dalam kandungan 5 bulan. Untuk baby 6 bulan ke atas diorang dah kira..ni Harazz dah 8 bulan. So bayaran masuk untuk Harazz pun dah dikira,rm30 jugak..
Ini antara yang sempat diambil..
Ini Harazz kepenatan dah...tidur jer dia..bising-bising pun lena jer..Abang dia aktif lagi main..Dalam pukul 5 petang kitaorang pun balik lah....
Memang seronok bawa Hafiy dan Harazz datang sini..Pada sesiapa yang takde idea nak bawa anak-anak jalan-jalan dan nak kan aktiviti indoor bolehlah datang ke sini...harga walaupun mahal cikit tetapi berbaloilah...lagi pun bukannya selalu kita berhabis untuk diorang kan.......
waa..menarik sgt xtvt kat Jkids tu..siap blh main pasir lagi.budak2 mmg suka
ReplyDeletememang best..sekali sekala bw diorang main-main..tp yg kecil tu kena tgk2 kalau x pasir masuk mulut...
Delete