"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Tuesday 22 July 2014

SISTEMIK LUPUS ERITEMATOSUS (SLE)

 
Lupus adalah penyakit kronik auto imun di mana ianya lebih banyak menyerang golongan wanita.'LUPUS' berasal daripada perkataan Latin yang bererti ' serigala'. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat penyakit lupus mengibaratkan tompak-tompak kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala. Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
 
 
JENIS-JENIS
1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
    Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE selalunya menyerang mereka yang berumur 15 dan 45 tahun. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil penghidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
 
2) Diskois lupus Eritematosus (DLE)
    Merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah di muka,kulit kepala,bahagian badan,kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
 
3) Lupus Neonatal
    Keadaan yang boleh berlakupada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibody di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro(SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit,masalah hati,dan masalah darah. Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang dijumpai, namun bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin akan mengalami masalah jantung.
 
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini dipanggil 'drug- induced lupus'. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
 

SIAPA PENGHIDAP SLE
Dianggarkan lebih kurang 90 % mereka yang nmendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10% yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


PENYEBAB
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa ahli keluarga, gen lupus yang khusus belum lagi dikenal pasti. Kajian menyarankan ada beberapa gen mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami.
 
Bagaimanapun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji factor-factor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi,pengambilan ubat-ubat tertentu dan juga kuman virus. SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila system daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan factor-factor keturunan,alam sekitra serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibody yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
 
Jenis antibody yang lazim didapati dalam penghidap SLE dipanggil antibodi antinuklear kerana ia bertindak balas dengan bahagian sel nukleus. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
 

GEJALA-GEJALA SLE
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh dating dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis),demam yang tidak diketahui puncanya dan keletihan yang amat sangat.
 
Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung serta bentuk 'kupu-kupu'. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua belah lengan dan tangan,bahu dan dada.
 
Oleh kerana penghidap SLE sensitive kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Sama ada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seoarng yang lain.
 

CIRI-CIRI PENYAKIT  SLE
*Demam,keletihan dan penurunan berat badan
*Sakit dan bengkak sendi selama beberapa minggu
*Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
*Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
*Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
*Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling
*Sawan,strok dan gangguan mental
*Risiko untuk mendapat darah beku
*Kerap keguguran bayi
*Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
*Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


MENJEJASKAN ORGAN-ORGAN
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:
*Buah pinggang
*Paru-paru
*Sistem saraf
*Saluran darah
*Darah
*Jantung
 

sumber:Mingguan wanita
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah