"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Thursday, 3 July 2014

PETUA DIDIK ANAK PINTAR

PETUA 1
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
 
 
PETUA 2
Membaca surah Al-Fatihah 1 kali dan Alam Nasyrah 1 kali.
 
 
PETUA 3
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu bapa kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
 
 
PETUA 4
Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak. 

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah