"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Friday, 18 July 2014

KELEBIHAN BERSEDEKAH

 
 
Hari Jumaat, penghulu segala hari...


"صدقه"
Suatu perkataan yang mudah.
Semudah menyebutnya, semudah juga melaksanakannya.
Namun, seramai mana yang gemar untuk melakukan perbuatan itu.
Permudahkanlah benda yang mudah agar ianya tidak menyusahkanmu.



"SEDEKAH"
Senyum itu SEDEKAH...
Berkata baik itu SEDEKAH...
Setiap langkah ke masjid itu SEDEKAH
Membantu orang melintas jalan itu SEDEKAH
Mendamaikan orang yang bertelagah itu SEDEKAH


Adakah "SEDEKAH" itu menggunakan DUIT, EMAS, INTAN, PERMATA?
Sudah tentu, TIDAK.
Adakah "SEDEKAH" itu akan mengurangi atau menghabiskan HARTAmu?
Sudah tentu, TIDAK.
Bahkan, ALLAH akan melipatgandakan ganjarannya sehingga tidak terhitung olehnya.

 

Firman Allah (S.W.T.)
"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya". (At-Talaq : 2-3)

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah