"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Friday, 5 December 2014

BENGKAK SUSU ATAU MASTITIS

Assalamualaikum w.b.t,..

Hari ni saya nak share pasal bengkak susu atau mastitis sebab 2 hari yang lepas saya mengalaminya..memang rasa macam nak demam dan menggigil jer..

Jom kita ikuti info tentang bengkak susu atau mastitis ni...

tompok merah dan ketulan di bahagian bawah payudara
 
Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.
 
 
tompok merah di bahagian atas payudara
 
 
Antara simptom-simptomnya..
  • Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara
  • Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayi
  • Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)

Pengalaman sendiri sepanjang menyusukan Harazz..

Ni kali kedua saya kena time menyusukan Harazz ni..First time kena masa dalam pantang..Memang menggigil badan..masa tu kat kampung cuaca pagi-pagi memang tersangatlah sejuk tambah kena mastitis ni lagilah tak tahan..dengan bibir-bibir pun ketar-ketar..

2 hari lepas saya ke majlis konvo adik,,Harazz pun ikut sekali..masa dalam kereta on the way ke Uitm Shah Alam tu saya memang dah pam tapi dapat susunya tak banyaklah dalam 3oz jer..Dalam pukul 10 pagi ada try nak bagi direct susu kat Harazz tapi dia menolak..Dia minum sikit lepas tu dia tak nak dah..masa tu gak dia duk gigit-gigit jer....sakit tu..jadi fobia nk bagi direct susu hari tu..Petangnya dalam pukul 2 baru saya start mengempam semula..tu pun sebab duk dalam kereta dan on the way balik..Time pam tu susu banyak dapat dalam 8oz..Pas mengempam baru bagi susu dengan botol kat dia..memang dah takut nak bagi direct..

Masa malam tu dah rasa badan macam semacam dah...rasa macam nak demam jer..tapi breast belum terasa sakit lagi..Time tidur dalam pukul2 pagi tu yang terasa macam kena bentan tu..menggigil dan sejuk2 jer rasa..nak demam pun ya jugak..
 
Seharian tu kat ofis memang sejuk sangat-sangat..rasa macam nak balik jer..duduk dalam econ lagilah bertambah sejuk..balik daripada ofis mandi dengan shower..sambil-sambil tu urut dengan sikat..ni pun masih terasa lagi ni..
 
Nak demam ni saya ambil Vitamin C Shaklee...bagi kuatkan sistem imum badan supaya tak terdedah kena demam dan bagi badan tak rasa lemah..Alfalfa terpasksa stopkan dulu buat masa ni..takut nanti bertambah bengkak sebab Alfalfa ni milkbooster saya..

Ni susu yang saya pam...kat bawah tu macam ada keladak..mulanya takut gak nak bagi kat Harazz tapi bila rasa susu tu tak ada bau dan tak masam boleh jer kan bagi?..lagipun ada ker istilah susu yang baru kita pam tu basi...

 
Melalui pembacaan saya, antara cara untuk merawat bengkak susu ni adalah...

1. Makan Vitamin C 

Bila kena mastitis ni, biasanya kita akan demam.  Since baby pun baru lahir saya tak rasa nak telan ubat sebab baby menyusu.  So pengganti ubat demam terbaik adalah Vitamin C.

Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
 
Saya akan makan Vitamin C bila sahaja ada tanda-tanda nak demam macam rasa seram sejuk, mula nak menggigil ke.. biasanya kita sendiri akan tahu kondisi tubuh badan kita kan? :)
 
Vitamin C pilihan saya


2. Tuam Panas dan Tuam Sejuk Berselang-seli

Tuam panas  -
Tuam panas ini bertujuan untuk mengurangkan sedikit bengkak dan membantu aliran susu lebih baik.
Antara caranya boleh jadi mandi pancuran air suam atau kain yang dicelup air suam atau botol air yang diisi air suam atau macam mana sekalipun lah.  Pancuran air tu hala directly pada bahagian yang bengkak.
 
Tuam dengan tuala panas
 
mandi dengan shower
 
Kita tuam panas ni sambil pam/ menyusukan bayi. Untuk clearkan saluran susu yang tersumbat. sambil pam tu boleh guna sikat biasa dan sikat cik B dari atas/luar ke arah areola atau boleh juga urut secara circular di tompok-tompok yang bengkak perlahan-lahan..
 
urut mana-mana ketulan dengan cara circular/memutar secara perlahan-lahan
  
Tapi satu masalah lain; kalau tuam panas ni adalah susu akan sentiasa keluar dan keluar dan keluar..
Tapi disebabkan ada saluran susu yang tersumbat/ tersekat/ block akan menyebabkan payudara lebih bengkak dan sakit

So the next step membantu..

Tuam sejuk -
Caranya boleh guna ketulan ais yang dibalut dengan kain atau kalau ada ice-pack pun boleh.. Kelopak kobis yang sejuk dari peti sejuk pun adalah salah satu teknik tuam sejuk.
 
Letak kelopak kobis yang telah disejukkan dalam peti ais
 
atau gunakan air kiub yang dibalut dengan kain
 

Tujuan tuam sejuk ni untuk 'sekat' atau 'renjat' atau memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang 'panas' dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa.

Amaran: 
Tuam sejuk tak boleh lama-lama.. sebab boleh stop kan pengeluaran susu terus 

Selang-selikan tuam panas dan sejuk. Sebab kita nak clear kan saluran yang tersekat dan dalam masa yang sama kita taknak pengeluaran susu terganggu jadi kena buat selang-seli sehingga semua saluran susu clear dan susu dapat flow dengan baik..

3. Makan Bawang Putih Mentah Sehingga Simptom Mastitis Hilang
Antara khasiat bawang putih adalah ia membantu dalam melegakan keradangan (inflammation) akibat mastitis. 
 
 
Bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang sangat kuat. Tompok-tompok merah yang sakit tu adalah salah satu tanda radang. Kalau dibiarkan mungkin melarat. Jadi pengambilan bawang putih mentah dalam menu pantang tu membantu.

Caranya, bawang putih yang dah dikopek kulit tu dicincang dan campur dalam nasi putih panas yang kita nak
makan. Saya dulu makan tiap kali 3-4 ulas bawang putih cincang. Rasa memang tak sedap, pedas pedar tapi nak baik, telan juga..
 
Tapi tak semua orang suka bawang putih. So, kalau tak lalu nak telan bawang putih mentah, kat pasaran ada
pilihan supplemen garlic. Boleh gantikan dengan supplemen garlic tu.

Namun begitu, perhatikan juga reaction baby pada bawang putih. Baby maybe tak suka 'rasa' bawang putih bila menyusu. Dan sekiranya perut baby macam tak selesa atau ada kesan sampingan, stop pengambilan bawang putih.


4. Teruskan Penyusuan Bayi Dengan Kerap Untuk Halang Bengkak Susu/ Mastitis Berulang
Ya, maybe akan sakit sikit tapi ini memang wajib dilakukan untuk pastikan saluran susu tidak berterusan tersumbat.

Dan selalu offer baby breast yang bengkak tu dulu. Kadang-kadang mungkin susu tak banyak keluar sebab ada saluran tersumbat tapi teruskan sahaja.
 
5. Berjumpa Dengan Doktor

Mastitis atau bengkak susu yang dibiarkan akan boleh menyebabkan jangkitan seterusnya terkumpul nanah atau terjadinya Breast Abscess.
 
Jadi jangan dibiarkan melarat. Berjumpa dengan doktor.  Mungkin akan diberi antibiotik. Kalau dibiarkan melarat mungkin memerlukan pembedahan membuang nanah.
 
6. Elak Dari Memakai Makaian Yang Ketat

Pakai pakaian yang longgar sahaja dan kalau boleh tak perlu pakai pakaian dalam supaya tidak memberi 'tekanan' pada breast.  Dan tidur dalam keadaan terlentang/ mengiring (bukan meniarap).

7. Minum Air Secukupnya dan Makan Makanan Berkhasiat Serta Cuba Dapatkan Rehat Yang Secukupnya  
 
Memang sewaktu tempoh berpantang, susah sangat nak dapatkan tidur yang mencukupi.  Tapi cubalah.. Mana-mana kerja yang kurang penting, tinggalkan atau dapatkan bantuan orang lain.
 
 
Harap-harap sangat lah ni kali terakhir saya kena bengkak susu ni..dan saya dapat menyusukan Harazz sehingga dia berumur 2 tahun..
 
"YA ALLAH KAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN SEMANGAT SEMOGA DAPAT MENYUSUKAN HARAZZ SEHINGGA DIA BERUMUR 2 TAHUN"...AMIN..

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah