"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Tuesday, 2 September 2014

PROMOSI SEPTEMBER 2014

..Dengan rasa berbesar hati saya mengumumkan bahawa pada bulan September ni Shaklee buat promosi untuk dua produk sekaligus....Banyak syok ooo............


 COLAGEN POWDER
 BUY 6 FREE 1
*Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma
*Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit
*Mencerah  - mencerahkan pigmentasi dan jeragat
*Menegang - menegangkan payudara dan pinggul
*Menyubur - menyuburkan rambut,kulit,kuku
*Meningkatkan pergerakkan - badan lebih bertenaga dan aktif
*Mengembalikan keanjalan - kulit lebih muda bermaya


MEALSHAKES
BUY 3 FREE 1
*Rasa vanilla yang menjadi kegemaran kanak-kanak sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
*Sesuai untuk seisi keluarga
*Boleh menjadi instant sahur meal/breakfast sekeluarga
*Rendah lemaknamun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
*Mealshakes memberikan tenaga dan menguatkan system imum kanak-kanak
*Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
*Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
*Meningkatkan selera makan anak-anak
*Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
*Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplemen yang berbentuk tablet
*Menanangi masalah sembelit pada kanak-kanak
*Amat baik untuk kanak-kanak yang obesiti
 
 
Waahhhh...!!!!!Dua produk yang terbaik untuk bulan September 2014 ini...
Menarik sungguh...
Jangan ketinggalan untuk merasai keistimewaan pada bulan ini...

ANAK SIHAT MAMA GEBU

collagen powder mealshakes
DAPATKAN SEBELUM PROMOSI INI BERAKHIR


Tuesday, 26 August 2014

MENARIK LUAS DAN SELESA

HQ SHAKLEE BERPINDAH
 
Pada 25 0gos 2014 HQ Shaklee sudah berwajah baru.....kalau ofis dulu di Empire Subang..sekarang ni dah berpindah di Bandar Sunway..lagi dekat lah kalau nak pergi selepas ni kalau dari Putrajaya ni..
 
Ofis baru ni lagi besar,cantik dan luas...ada disediakan playground gak..kalau sebelum ni pergi stokis dalam sejam mesti selepas ni kalau pergi mau 2 3 jam..duk melayan si Hafiy main-main lagi...



Alamat
Sunway Pinnacle
Shaklee Products (M) Sdn.Bhd
Level 9, The Pinnacle
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
47500 Subang Jaya
Selangor
Tel:03-56223188
Fax:03- 56223099
03-56223199(customer service)
Toll Free:1800 88 6577
 
 
Ni antara yang menarik di HQ Shaklee yang baru...cantik kan...
 

 
Tak sabar nak serbu HQ baru ni...MENARIK...
 

Monday, 25 August 2014

KENAPA SAYA SAYANG

UKWAH YANG TERJALIN DI KELAS MARKETING
 
Semalam(Ahad, 24 Ogos 2014), saya ada menghadiri kelas marketing Shaklee anjuran bawah Cik Pau di Faizland Seri Kembangan..Sebenarnya ni first time saya menjejakkan kaki ke Faizland..ofis PM Shahreza a.k.a kak Cery. Sebelum-sebelum ni pernahlah lalu area situ tapi tak pernah singgah situ. Mula-mula datang semalam 2 kali gak lah pusing cari tempat ni..So far tak susah pun nak cari cuma tu tempat baru...belum biasa lagi..Dulu-dulu masa zaman bujang memang tinggal area situ gak..tu rasa tak jauh pun kalau dari Putrajaya ni...

Ni saya share antara ilmu yang saya perolehi semasa dalam kelas tu semalam..

*Bagaimana cara untuk memulakan bisnez Shaklee ni..
1)Mentor
perlu mentor yang kuat.maksud kuat di sini ialah mentor tu perlu orang yang dah Berjaya di dalam Shaklee,yang boleh membimbing.yang boleh dijadikan rujukan.

2)Buku impian dan perancangan
buku ini penting kerana ianya sebagai rujukan kita.sesetengah perkara tu perlu dilakarkan(ditulis) baru ianya Nampak. Perancangan tu penting dalam sesebuah perniagaan. Dalam buku ni juga kita jadikan ianya sebagai database kita...maklumat-maklumat pelanggan perlu dicatit agar senang untuk kita follow up mereka.

3)Kalkulator
setiap apa-apa perniagaan pun kita wajib ada mesin kira-kira atau kalkulator..

4)smartphone/pc/laptop/internet
sekarang semuanya dah dihujung jari...klip-klip jer..saluran marketing ni memang perlu sangat-sangat...zaman sekarang ni kan handset amatlah perlu..bab kata sesetengah orang..takleh hidup sekarang ni kalau takde telefon..

5)Flyers

6)Namecard

8)bunting/banner

9)masa dan kesungguhan
Ini adalah yang paling penting..masa dan kesungguhan perlulah seiring. kalau ada masa tapi takde kesungguhan takde gunanya gak...perlu sama-sama baru menjadi.

*Pengurusan masa yang betul. Ini boleh refer pada master checklist..


*Trust of Allah(Back to basic)
1)solat wajib 5 waktu- wajib di awal waktu

2)solat taubat- kalau boleh setiap hari sebelum tidur sebab kadang-kadang 1 hari kita
buat silap.

3)solat tahajud-mulakan dengan seminggu sekali dahulu...lama-lama dah jadi kebiasaan boleh upkan lagi.

4)solat dhuha-waktu dhuha antara 10 pagi ke atas sehingga sebelum masuk waktu zohor.

5)100 ayat Al-Quran sehari-Yassin..

6)Isyhtifar,selawat,Zikir- Ya Wahab,Ya Hayum Qayum.

7)RCA-bagus sebelum tidur atau selepas bangun tidur.

8)Rebonding..


*Kuasa minda
1)Law of Universal Attraction
LUA- Pemikiran
        - Perkataan
        - Perasaan
        - Tindakan

GOAL AND BACK TO BASIC
 
Semoga apa yang diperolehi semasa kelas ini dapat dipraktikan dalam kehidupan seharian..
 
Sesetengah ahli daripada yang turut serta dalam kelas ni saya tak pernah jumpa..adalah dalam 2 3 orang saya pernah jumpa sebelum-sebelum ni..Ini dapat mengeratkan lagi ukwah sesama kami...seronok dan meriah..lepas habis kelas ada jamuan makan-makan..Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi..
 
Ni antara gambar yang sempat diambil semasa dan setelah habis sesi ini..
 
antara sharing daripada salah seorang SID gak..
 
 
Bersama SID di bawah susur galur Master Zura>>Masitah Mamat>>Salmizah Omar
Dari kiri: Faizah,Salmizah,Rasidah,Su dan Ana.
 
 
Ini antara mereka-mereka yang hadir..Yang tudung oren tu lah dia Cik Pau..
 
 
Sekian untuk sesi kali ini..tunggu saya update untuk sesi kelas blog pada minggu depan pula..
 

Friday, 15 August 2014

PROMOSI OSOS 2014 - GLA COMPLEX

 
GLA Complex shaklee
 
Sempena bulan Promosi GLA Complex Shaklee, sedikit info untuk berkongsi dengan anda.

Pentingnya asid gamma-linolenik(GLA) untuk cantik dan langsing. GLA di kedai-kedai farmasi kebanyakkannya dijual dari sumber evening primrose oil (EPO). EPO memang sinonim dengan wanita.

Soalan lazim:
Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee takde jual EPO?
Jawapan simple:
EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO... tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua2nya. BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Soalan yang patut anda tanya adalah:
Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?Anda buat keputusan sendiri. Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Lagi soalan HOT:
Kenapa produk shaklee disebut GLA COMPLEX? Kenapa tak disebut minyak borage je?
Kerana kandungannya memang COMPLEX bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik
Sekarang anda boleh jawab samaada nak EPO atau GLA Complex.
Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak.Jangan pening-pening.

notakaki:
GLA Complex bukan sahaja untuk wanita. Ia juga penting untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa lelaki dan wanita.
Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?*

√ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
√ Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
√ Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
√ Membantu dalam menangani menopos
√ Menguatkan kuku dan rambut
√ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
√ Membantu menangani ekzema
√ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
√ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
√ Menguatkan imuniti tubuh
√ Memperlahankan proses penuaan
√ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
√ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
√ Mengawal kolesterol
√ Untuk fungsi saraf

*Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


PERLUKAH BOIKOT SHAKLEE KERANA ISRAEL?

 Boikot Shaklee kerana Terlibat dengan Israel?

Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Itulah yang terjadi apabila ramai yang tersalah faham mengenai status Ustaz Dr. Zaharuddin di Facebook beliau pada 8 Ogos 2014 yang lalu. Maka wujudlah komen-komen negatif mengenai shaklee antaranya berbunyi ” Shaklee israel”, “pemilik shaklee orang israel”, “Shaklee israel punya”, ” Boikot barangan USA” dan macam-macam lagi..Akibat emosi ingin menghentam Shaklee yang kuat tanpa kajian yang menyeluruh, maka “PERSOALAN” yang diajukan oleh Ustaz di salah anggap sebagai “ARAHAN” atau “SURUHAN” tanpa usul periksa oleh orang ramai. Disini saya kongsikan kronologi salah faham yang berlaku.
 
boikot israel Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
 

Kronologi Persoalan Boikot Shaklee

1) Pada awal pagi, hari Jumaat 8 Ogos 2014. Ustaz Dr. Zaharuddin meletakkan status di Facebook Fanpage beliau mengenai “PERTANYAAN” boikot shaklee iaitu:

“Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee ?”
 
pertanyaan ustaz zaharudin 1 576x1024 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?

Ia berkaitan kenyataan Elie Wiesel yang mendakwa Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai perisai. Boleh rujuk Observer di sini.
- Posting tersebut lebih kepada perbincangan ilmiah, tetapi ramai yang tersalah tafsir. Ramai orang telah SHARE dan berbalas komen untuk menghentam Shaklee dan galakkan untuk boikot Shaklee

2) Sebagai mengelakkan kekeliruan ramai, adik saya iaitu Hafizan Lutfi Abdul Hamid telah menghantar mesej secara peribadi kepada Ustaz Dr Zaharuddin seperti berikut:

soal jawab boikot shaklee 999x1024 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
 
-Ustaz menjawab dan jelas sekali daripada jawapan ustaz, kenyataan yang dikeluarkan adalah berbentuk pertanyaan

3) Ustaz kemudian mengubah statement asalnya untuk kali pertama bagi mengelakkan kekeliruan

pertanyaan ustaz zaharuddin Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
 
- Tetapi, di bahagian komen perbalahan dan ajakan untuk boikot semakin menjadi-jadi. Ramai yang anti-Shaklee telah bertepuk gembira pada ketika ini. Peniaga-peniaga Shaklee berada dalam keadaan yang membimbangkan. Jika benar Shaklee terlibat dengan Israel tak mengapa, kami akan keluar dari Shaklee. Tetapi, tidak ada menunjukkan Shaklee terlibat dengan Israel zionis, tindakan untuk boikot Shaklee semakin menjadi-jadi

4) Ustaz kemudian mengubah sekali lagi status di FB beliau untuk kali kedua.

pertanyaan ustaz zaharuddin 3 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
- Walaupun ustaz dah edit, tetapi masih lagi perbalahan berlaku diantara orang ramai. Setelah ia menjadi tidak menentu, akhirnya Ustaz memadam status FB nya mengenai persoalan boikot Shaklee.
-jelas sekali persoalan yang diajukan oleh ustaz telah di salah ertikan oleh orang ramai. Kurangnya penyelidikan dan pembacaan menjadikan ramai orang salah faham dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dan memboikot Shaklee.
-Usaha boikot Shaklee yang disarankan orang ramai(akibat salah faham) bertentangan dengan penulisan ustaz mengenai hukum penglibatan dengan syarikat yahudi (baca di sini).
-Di antara quote yang menentang pemboikotan dipetik dari website Ustaz adalah:
 
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.
Jelas sekali , tiada pengesahan rasmi penglibatan Shaklee dengan Israel dan syarikat Shaklee Malaysia menafikan sekeras-kerasnya.

5) Shaklee Malaysia membuat kenyataan balas seperti berikut:

- Jelas sekali, President Shaklee Malaysia iaitu Roger Barnett tidak terlibat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Elie Wiesel. Kenyataan tersebut adalah bersifat individu.
kenyataan penafian shaklee 215x300 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?

Kenapa saya masih bersama SHAKLEE dan tidak Boikot Shaklee?

1) Produk Shaklee terbukti bersih dan halal.
- Shaklee mempunyai sijil halal oleh Islamic Services of America (ISA), iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Sijil Halal Shaklee 2014 231x300 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?


 2) Produk Shaklee berkualiti dan berkesan dengan izinNya

- Produk Shaklee telah menjalani beribu-ribu kajiselidik setiap tahun bagi mengekalkan dan memantapkan kualiti keberkesanannya. Ramai ibu-ibu termasuk saya sendiri menggunakan Set penyusuan Shaklee bagi membantu meningkatkan kualti dan kuantiti pengeluaran susu badan. Ia terbukti berkesan dengan izinNya. Terlalu banyak testimony oleh pengguna Shaklee dan pengalaman diri sendiri menyebabkan saya yakin dengan produk Shaklee berkesan merawat penyakit dengan izin Allah

3) Tiada sebarang bukti bertulis atau hebahan rasmi dari syarikat

-Tiada hebahan bahawa Shaklee terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada Zionis Israel untuk menyerang palestin. Kenyataan yang disiarkan di NY Observer adalah datang dari individu dan bukan daripada pengerusi Shaklee seperti kenyataan balas oleh pihak Shaklee Malaysia jika jelas terbukti penglibatan Shaklee dalam memberi bantuan kepada israel, kami akan berhenti sebagai pengedar Shaklee yang sah sertamerta.

4) Penglibatan dengan shaklee mampu untuk membantu ramai orang dari segi kesihatan dan kewangan.

- InsyaAllah sedikit sebanyak mampu meningkatkan ekonomi orang Islam.
 
Kesimpulan usaha untuk boikot Shaklee
- Akhir kata, semoga penjelasan ringkas ini dapat membuka minda untuk berfikir secara rasional. Tiada arahan dan bukti bertulis penglibatan Shaklee dengan zionis Israel dan produk Shaklee masih halal dan dibenarkan jual-beli mengikut syariat islam.
 
 
Kredit to:UmmiMama Biz
 

Wednesday, 13 August 2014

APA ITU OVARIAN CYST

 

Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ocarian Cyst? Adakah Ovarian Cyst Sejenis Penyakit Berbahaya atau cuma Penyakit Biasa?

Ovarian cysts biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan. Antaranya ialah:
  • Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.
  • Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.
Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak mengganggu kesuburan, antaranya:
  • Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  • Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  • Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

Bilakah pembedahan itu perlu ?
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,
  • Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan
  • Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc)  dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain
  • Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.
Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:
  • Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  • Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  • Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • Pesakit adalah gadis remaja.
  • Pesakit telah menopause.
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
Walaupun terdapat beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan:
  • imej CT scan abdomen, dan
  • laporan pathology tisu yang diambil, atau
  • jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
  • wanita itu sudah mengalami menopause atau
  • saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.
Berdasarkan sumber dari: Drzubaidi.com

Wednesday, 6 August 2014

PERBEZAAN ANTARA OMEGA GUARD DAN LECITHIN

 
 antara omega guard dengan lecithin
 
Sebelum memilih untuk proses pembakaran lemak,jom kita fahami dulu bagaimana kedua-dua supplemen ini berfungsi.

 LECITHIN SEBAGAI PENGEMULSI LEMAK
Lecithin yang berasal dari minyak biji soya yang berfungsi untuk mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan  diri ke dinding membran dan seterusnya menjadi lemak kental.

Elmusi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan oleh molekulnya kepada yang lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak ke dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukanya membakar lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Jadi..boleh kurus ker dengan mengambil Lecithin ni? sebenarnya terpulang lah..kalau tiada lemak termendap,maka kuranglah lemak terkumpul. Ada sesetengah orang yang mengalami kekurangan berat dan ada juga yang maintain berat tak turun-turun. So Lecithin bukanlah pembakar lemak. Ia adalah pengemulsi lemak.  Untuk keluarkan lemak yang telah termulsi ini kita perlukan Alfalfa atau Herbalax.
 
kandungan lecithin
 
 
OMEGA GUARD
Omega guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak yang termendap. Nampak tak macam mana kalau Lecithin dan omega guard ini digabungkan...Macam mana omega guard ini membantu dalam peroses pembakaran lemak? Fungsi omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku.

Cara macam mana Omega Guard ini berfungsi..
 
Menghalang pembentukan lemak>>Menambah metabolism>>Membakar lemak

Ianya juga berfungsi..
1)menghalang penghasilan hormone cortisole yang menggalakan penyimpanan lemak.
2)memperbaiki kadar gula dalam darah..dapat beri lebih tenaga untuk bersenam.
3)menambah kadar penghasilan serotonin ..kimia otak yang buat kita rasa kenyang...boleh kawal rasa nak makan.
 
Pengambilan Omega akan membantu tahap insulin berada pada 50% daripada kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah, pembakaran lemak akan membantu. Insulin rendah juga membantu dalam mengawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak.
 
omega guard
 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi,bolehlah menghubungi saya..Nanti saya akan cadangan mana yang sesuai untuk anda..sesetengahnya mungkin sesuai untuk orang lain tapi belum tentu sesuai untuk kita..sebab itu perlunya konsultasi..Jangan malu-malu dan segan-segan untuk sms/pm/whatsaps saya. InsyaAllah saya akan membantu anda!!!..
 
 
Salmizah Omar
013-3752001/010-2985359

Tuesday, 5 August 2014

BILA SELSEMA@DEMAM MENGAPA VITAMIN C SHAKLEE KENA PATAHKAN DUA

Assalamuaikum dan selamat pagi...
 
Selamat Hari Raya...rasanya blog ni dah nak naik sawang dah..lama tak dipost..raya lah katakan..tak sempat nak mengarang...hihihi..alasan tu sebenarnya..

Pagi ni dapat message dari kawan adik..katanya dia ada makan vitamin C Shaklee sebab dia selalu selsema dan ada resdung..Saya ada cadangan kepada beliau supaya ambil Vitamin c dan Alfalfa..tapi buat masa ni dia nak try dulu Vitamin C sebabnya sebelum ni dia pernah makan Vitamin C tapi dah lama stop ..ni nak start makan semula. saya ada cadangkan kat dia agar masa nak makan Vitamin C tu adalah elok jika dipatahkan kepada dua..Dia Tanya kenapa ek???
...Sebenarnya Vitamin C Shaklee ni kan Sustained Released..yang bermaksud vitamin ini akan dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita. Ia larut air dan mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu  seperti stress, cuaca panas dan sebagainya..

Tetapi kalau demam atau selsema adalah dinasihatkan untuk mengambil 2biji Vitamin C Shaklee...sebiji pagi sebiji malam. Adalah elok patahkan kepada 2 supaya Vitamin C itu merembeskan kesemua vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan Vitamin C pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa.



 
 vitamin c shaklee
 
Selain itu Vitamin C Shaklee ini elok untuk ....
 
1) Vitamin C melindungi tubuh badan dari jangkitan selesema serta meningkatkan sistem imun.
2) Vitamin C mengelakkan dan merawat penyakit ‘scurvy”. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
3) Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Jadi, vitamin C adalah anti penuaan.
4) Vitamin C melegakan “tension” dan “stress” kerana ia menggalakkan pengeluaran hormone antistress. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah.
 5) Vitamin C berupaya mengelakkan keracunan. Vitamin C mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.
 
Kalau untuk budak-budak boleh bagi Chewable Vitamin C...budak-budak mesti suka..boleh kunyah-kunyah macam gula-gula..Kalau Hafiy ni suka sangat Chewable Vitamin C ni..kalau bagi sebiji mesti nak lagi...Lagi elok bagi supplemen ni daripada makan ubat-ubat hospital ni kerana budak-budak contohnya macam Hafiy susahnya nak bagi makan ubat....nak kena pujuk dengan macam-macam cara.Elok untuk kesihatan diorang gak..alahai anak...sabar jer lah..
 
 
 cheawable vitamin c shaklee
 
Untuk sebarang pertanyaan dan  konsultasi boleh menghubungi..
 
Salmizah Omar
013-3752001/010-2985359 

Wednesday, 23 July 2014

TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN

 
Sama ada kita sedar atau tidak bila kita buat apa-apa kerja atau aktiviti mesti kita terasa cepat letih...Pernah tak kita rasa macam ni??
 
Kalau nak membuang tu memang susahlah...kadang-kadang berjam-jam duduk dalam bilik air..Takpun badan rasa lenguh-lenguh..bila nak tidur pula susahnya nak lelapkan mata..rasa serba tak kena..mata pun merah..timbul pula masalah sinus,alahan...
 
Kalau kita ada mengalami simptom-simptom di atas, itu bermakna berkemungkinan dalam badan kita ni ada toksin yang berlebihan atau banyak..Andaikata toksin-toksin ini tidak disingkirkan, maka nanti akan timbul macam-macam penyakit..Nak ker...tak takut ker??....
 
 
 
 
Jom kita baca serba sedikit tentang toksin ni..

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
 
Antara tanda tanda lain toksin yang berlebihan yang ada dalam badan kita

  1. seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi
 
 
 
Untuk mengatasi masalah ini kita perlulah singkirkan toksin ini melalui proses detox.. (proses singkirksn toksin).
 
Detox ni sangat penting tau sebab jika badan dipenuhi toksin, ambil lah supplemen apa pun, kesannya kurang lah..Bila badan dah detox, jadi sel-sel lebih bersedia untuk menerima nutrien dan zat lain, jadi penyerapannya lebih efisyen.

 
Dengan supplemen Shaklee, HERBALAX atau ALFALFA boleh diambil bagi membantu membuang toksin-toksin yang berlebihan ini..
 
 
 herbalax
HERBALAX
 
 
alfalfa shaklee
ALFALFA
 
 
Sesungguhnya mengatasi lebih baik daripada mengubati..maksudnya kat sini adalah lebih baik kita singkirkan toksin ini daripada ianya berkumpul di dalam badan kita dan seterusnya nanti boleh timbul macam-macam penyakit.Bila dah ada penyakit tu, nak kena ubat pula..Jadi,,,fikir-fikirkan lah...........
 
 
Untuk sebarang konsultasi,pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi..
 
Salmizah Omar
013-3752001/010-2985359

Tuesday, 22 July 2014

SISTEMIK LUPUS ERITEMATOSUS (SLE)

 
Lupus adalah penyakit kronik auto imun di mana ianya lebih banyak menyerang golongan wanita.'LUPUS' berasal daripada perkataan Latin yang bererti ' serigala'. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat penyakit lupus mengibaratkan tompak-tompak kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala. Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
 
 
JENIS-JENIS
1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
    Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE selalunya menyerang mereka yang berumur 15 dan 45 tahun. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil penghidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
 
2) Diskois lupus Eritematosus (DLE)
    Merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah di muka,kulit kepala,bahagian badan,kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
 
3) Lupus Neonatal
    Keadaan yang boleh berlakupada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibody di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro(SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit,masalah hati,dan masalah darah. Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang dijumpai, namun bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin akan mengalami masalah jantung.
 
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini dipanggil 'drug- induced lupus'. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
 

SIAPA PENGHIDAP SLE
Dianggarkan lebih kurang 90 % mereka yang nmendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10% yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


PENYEBAB
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa ahli keluarga, gen lupus yang khusus belum lagi dikenal pasti. Kajian menyarankan ada beberapa gen mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami.
 
Bagaimanapun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji factor-factor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi,pengambilan ubat-ubat tertentu dan juga kuman virus. SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila system daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan factor-factor keturunan,alam sekitra serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibody yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
 
Jenis antibody yang lazim didapati dalam penghidap SLE dipanggil antibodi antinuklear kerana ia bertindak balas dengan bahagian sel nukleus. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
 

GEJALA-GEJALA SLE
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh dating dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis),demam yang tidak diketahui puncanya dan keletihan yang amat sangat.
 
Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung serta bentuk 'kupu-kupu'. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua belah lengan dan tangan,bahu dan dada.
 
Oleh kerana penghidap SLE sensitive kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Sama ada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seoarng yang lain.
 

CIRI-CIRI PENYAKIT  SLE
*Demam,keletihan dan penurunan berat badan
*Sakit dan bengkak sendi selama beberapa minggu
*Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
*Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
*Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
*Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling
*Sawan,strok dan gangguan mental
*Risiko untuk mendapat darah beku
*Kerap keguguran bayi
*Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
*Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


MENJEJASKAN ORGAN-ORGAN
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:
*Buah pinggang
*Paru-paru
*Sistem saraf
*Saluran darah
*Darah
*Jantung
 

sumber:Mingguan wanita
 
 
 
 
 

Friday, 18 July 2014

KELEBIHAN BERSEDEKAH

 
 
Hari Jumaat, penghulu segala hari...


"صدقه"
Suatu perkataan yang mudah.
Semudah menyebutnya, semudah juga melaksanakannya.
Namun, seramai mana yang gemar untuk melakukan perbuatan itu.
Permudahkanlah benda yang mudah agar ianya tidak menyusahkanmu.



"SEDEKAH"
Senyum itu SEDEKAH...
Berkata baik itu SEDEKAH...
Setiap langkah ke masjid itu SEDEKAH
Membantu orang melintas jalan itu SEDEKAH
Mendamaikan orang yang bertelagah itu SEDEKAH


Adakah "SEDEKAH" itu menggunakan DUIT, EMAS, INTAN, PERMATA?
Sudah tentu, TIDAK.
Adakah "SEDEKAH" itu akan mengurangi atau menghabiskan HARTAmu?
Sudah tentu, TIDAK.
Bahkan, ALLAH akan melipatgandakan ganjarannya sehingga tidak terhitung olehnya.

 

Firman Allah (S.W.T.)
"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya". (At-Talaq : 2-3)

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah