"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Friday, 15 August 2014

PERLUKAH BOIKOT SHAKLEE KERANA ISRAEL?

 Boikot Shaklee kerana Terlibat dengan Israel?

Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Itulah yang terjadi apabila ramai yang tersalah faham mengenai status Ustaz Dr. Zaharuddin di Facebook beliau pada 8 Ogos 2014 yang lalu. Maka wujudlah komen-komen negatif mengenai shaklee antaranya berbunyi ” Shaklee israel”, “pemilik shaklee orang israel”, “Shaklee israel punya”, ” Boikot barangan USA” dan macam-macam lagi..Akibat emosi ingin menghentam Shaklee yang kuat tanpa kajian yang menyeluruh, maka “PERSOALAN” yang diajukan oleh Ustaz di salah anggap sebagai “ARAHAN” atau “SURUHAN” tanpa usul periksa oleh orang ramai. Disini saya kongsikan kronologi salah faham yang berlaku.
 
boikot israel Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
 

Kronologi Persoalan Boikot Shaklee

1) Pada awal pagi, hari Jumaat 8 Ogos 2014. Ustaz Dr. Zaharuddin meletakkan status di Facebook Fanpage beliau mengenai “PERTANYAAN” boikot shaklee iaitu:

“Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee ?”
 
pertanyaan ustaz zaharudin 1 576x1024 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?

Ia berkaitan kenyataan Elie Wiesel yang mendakwa Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai perisai. Boleh rujuk Observer di sini.
- Posting tersebut lebih kepada perbincangan ilmiah, tetapi ramai yang tersalah tafsir. Ramai orang telah SHARE dan berbalas komen untuk menghentam Shaklee dan galakkan untuk boikot Shaklee

2) Sebagai mengelakkan kekeliruan ramai, adik saya iaitu Hafizan Lutfi Abdul Hamid telah menghantar mesej secara peribadi kepada Ustaz Dr Zaharuddin seperti berikut:

soal jawab boikot shaklee 999x1024 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
 
-Ustaz menjawab dan jelas sekali daripada jawapan ustaz, kenyataan yang dikeluarkan adalah berbentuk pertanyaan

3) Ustaz kemudian mengubah statement asalnya untuk kali pertama bagi mengelakkan kekeliruan

pertanyaan ustaz zaharuddin Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
 
- Tetapi, di bahagian komen perbalahan dan ajakan untuk boikot semakin menjadi-jadi. Ramai yang anti-Shaklee telah bertepuk gembira pada ketika ini. Peniaga-peniaga Shaklee berada dalam keadaan yang membimbangkan. Jika benar Shaklee terlibat dengan Israel tak mengapa, kami akan keluar dari Shaklee. Tetapi, tidak ada menunjukkan Shaklee terlibat dengan Israel zionis, tindakan untuk boikot Shaklee semakin menjadi-jadi

4) Ustaz kemudian mengubah sekali lagi status di FB beliau untuk kali kedua.

pertanyaan ustaz zaharuddin 3 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
- Walaupun ustaz dah edit, tetapi masih lagi perbalahan berlaku diantara orang ramai. Setelah ia menjadi tidak menentu, akhirnya Ustaz memadam status FB nya mengenai persoalan boikot Shaklee.
-jelas sekali persoalan yang diajukan oleh ustaz telah di salah ertikan oleh orang ramai. Kurangnya penyelidikan dan pembacaan menjadikan ramai orang salah faham dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dan memboikot Shaklee.
-Usaha boikot Shaklee yang disarankan orang ramai(akibat salah faham) bertentangan dengan penulisan ustaz mengenai hukum penglibatan dengan syarikat yahudi (baca di sini).
-Di antara quote yang menentang pemboikotan dipetik dari website Ustaz adalah:
 
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.
Jelas sekali , tiada pengesahan rasmi penglibatan Shaklee dengan Israel dan syarikat Shaklee Malaysia menafikan sekeras-kerasnya.

5) Shaklee Malaysia membuat kenyataan balas seperti berikut:

- Jelas sekali, President Shaklee Malaysia iaitu Roger Barnett tidak terlibat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Elie Wiesel. Kenyataan tersebut adalah bersifat individu.
kenyataan penafian shaklee 215x300 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?

Kenapa saya masih bersama SHAKLEE dan tidak Boikot Shaklee?

1) Produk Shaklee terbukti bersih dan halal.
- Shaklee mempunyai sijil halal oleh Islamic Services of America (ISA), iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Sijil Halal Shaklee 2014 231x300 Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?


 2) Produk Shaklee berkualiti dan berkesan dengan izinNya

- Produk Shaklee telah menjalani beribu-ribu kajiselidik setiap tahun bagi mengekalkan dan memantapkan kualiti keberkesanannya. Ramai ibu-ibu termasuk saya sendiri menggunakan Set penyusuan Shaklee bagi membantu meningkatkan kualti dan kuantiti pengeluaran susu badan. Ia terbukti berkesan dengan izinNya. Terlalu banyak testimony oleh pengguna Shaklee dan pengalaman diri sendiri menyebabkan saya yakin dengan produk Shaklee berkesan merawat penyakit dengan izin Allah

3) Tiada sebarang bukti bertulis atau hebahan rasmi dari syarikat

-Tiada hebahan bahawa Shaklee terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada Zionis Israel untuk menyerang palestin. Kenyataan yang disiarkan di NY Observer adalah datang dari individu dan bukan daripada pengerusi Shaklee seperti kenyataan balas oleh pihak Shaklee Malaysia jika jelas terbukti penglibatan Shaklee dalam memberi bantuan kepada israel, kami akan berhenti sebagai pengedar Shaklee yang sah sertamerta.

4) Penglibatan dengan shaklee mampu untuk membantu ramai orang dari segi kesihatan dan kewangan.

- InsyaAllah sedikit sebanyak mampu meningkatkan ekonomi orang Islam.
 
Kesimpulan usaha untuk boikot Shaklee
- Akhir kata, semoga penjelasan ringkas ini dapat membuka minda untuk berfikir secara rasional. Tiada arahan dan bukti bertulis penglibatan Shaklee dengan zionis Israel dan produk Shaklee masih halal dan dibenarkan jual-beli mengikut syariat islam.
 
 
Kredit to:UmmiMama Biz
 

No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah