Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ini hanya bererti dia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum boleh berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.
PERKEMBANGAN SETERUSNYA
Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula mengasah kemampuannya untuk bergerak:
- Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri sendiri, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan mengundur.
- Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.
- Pada usia sekitar usia 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.
- Kebanyakan kanak-kanak usia 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik.
- Pada usia 25 bulan atau usia 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia lebih selesa dengan pergerakan tumit ke jari kaki seperti orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.
- Apabila hari jadi anak anda yang ketiga tiba, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.
Harazz sekarang dah berusia 1 tahun 10 hari...Tak boleh berjalan lagi tapi dan boleh berdiri dengan sendirinya dan berpaut..Kalau Hafiy dulu umur 1 tahun 4 bulan baru pandai berjalan. Yang si adik ni tak tahulah pula umur berapa tapi dah ada gaya-gaya nak berjalan dah tu..
Tengoklah gayanya ni...
ni pun antara port yang dia suka..meja tulis abang..
siap lambai-lambai tangan lagi
habis barang-barang dalam almari dia punggah
kaki pun dah nak masuk dalam almari
tempat yang Harazz suka sangat lepak
nak belajar naik tangga ni...
Tak sabar rasanya nak tunggu dia pandai jalan ni...Nanti kite update lagi ya bila dia dah 'dapat kaki'..
No comments:
Post a Comment